COP ✨

451 15 0
                                    

Ayden memakirkan keretanya di dalam garaj di villanya. Kenapa dia tak balik rumah? Memang tak lah. Dengan Bella yang penuh cop mahar lagi kat leher tu. Memang habis lah Bella kena bahan. Nasib villanya ini berada berhampiran hotel tadi. Kalau tak letih nak drive. Ayden memalingkan wajahnya ke sisi kanannya. Kelihatan Bella yang nyenyak tidur. Wajahnya kelihatan amat penat. Mungkin penat sebab gaduh tadi kut.

 Mungkin penat sebab gaduh tadi kut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Villa Ayden)

Ayden memerhatikan setiap inci muka Bella. Tiada sikit pun cacat cela di mukanya. Tak dinafikan lagi Bella memang seorang yang cantik. Tetapi yang membuatkan Ayden tertarik dengannya ialah personalitinya yang lain daripada yang lain. Walaupun Bella mungkin kelihatan lembut, tetapi dia sebenarnya ialah seorang yang lasak, kuat dan cekap. Budak tu pun dah pandai bergusti dah sekarang. Ayden mengaku yang kadang-kadang perangai Bella ni boleh mengalahkan baby. Tetapi dia tidak kisah kerana Bella hanya manja dengannya sahaja.

Bella yang tidur itu mula mengerutkan dahi.

'Siapa pulak yang kacau ni. Main-main rambut pula'  bicara Bella di dalam hati

"Jangan kacau" marah Bella dalam keadaan mamai

Tetapi Ayden tidak mengendahkannya. Saja nak kacau budak ni. Bella yang berasa rimas mula mencelikkan matanya. Belum sempat matanya terbuka luas, bibirnya sudah melebar memaparkan senyuman. Terpampang muka Ayden yang rapat dengan mukanya.

"Dah sampai ke?" tanya Bella sambil menatap mata Ayden. Dia menenyeh matanya sekejap.

Ayden menjarakkan dirinya dengan Bella.

"Dah" jawab Ayden sepatah.

Ayden membuka pintu dan keluar. Dia meninggalkan Bella yang berada di dalam kereta. Bella kemudiannya keluar daripada kereta dengan muka yang masam. Sejak akhir-akhir ni muka Bella asyik masam saja. Mereka kemudian masuk melangkah ke dalam villa tersebut.

"Aku tak pernah tahu pun kau ada villa kat sini." kata Bella

"Aku baru beli."

"Kenapa tak balik rumah je terus? Aku mana bawa baju. Aku nak pakai apa ni?" tanya Bella

Ayden yang ingin membuka peti ais itu berhenti. Dia mengambil minuman tin dan terus menyandarkan badannya di pintu peti. Dia meneguk dahulu sedikit air tin itu.

"Kalau kau okay aku boleh je drive pergi rumah sana. Aku kesiankan kau je" kata Ayden

Bella mengerutkan dahi

'Nak kesian apanya' getus Bella

"Aku okay lah. Kenapa nak kesiankan aku pula" balas Bella

Ayden terus meletakkan tin minumannya itu dan segera menghampiri Bella yang berada di kerusi ruang tamu. Bella berganjak kebelakangan sedikit.

'Tak faham lagi budak ni' bicara hati Ayden

The Faceless Evil [hold on]Where stories live. Discover now