JEALOUS ✨

478 15 0
                                    

Selepas 3 jam majlis mula melabuhkan tirai. Sedikit demi sedikit tetamu yang hadir mula meninggalkan majlis itu. Dapat dilihat Ivan yang masih busy dengan melayan karenah tetamu-tetamu perempuan yang menggedik. Nak tangkap gambar la nak ajak keluar la. Ish semua perempuan memang kena gedik eh? Jaga lah maruah tu sikit!

Tapi kelihatan di suatu sudut ada satu padangan yang sedang bertengkar. Tak macam pasangan langsung gayanya.

"Ayden jom la ambil gambar dekat situ" pujuk Bella. Bella memuncungkan mulutnya ke arah tempat bergambar. Dari tadi lagi tau duk pujuk si Ayden ni. Tapi Ayden tak nak layan pun. Ayden hanya menyandarkan badannya ke dinding sambil berbual-bual dengan Alex dan Loco. Dany, Avian dan Remy hanya mentertawakan Bella yang dipalau itu. Muka tu jangan cakap lah memang masam habis.

Bella sedaya upaya memujuk Ayden tapi semuanya hanya sia-sia. Bella yang berasa geram itu segera memegang lengan Ayden dan mula mencubit lengannya. Well, it's Ayden mestilah dia tak rasa apa-apa. Bella meneruskan perbuatannya itu sehingga Ayden mula memaparkan riak masamnya. Lama-kelamaan Ayden mula berada rimas.

"Ishh Bella dah la" tegur Ayden dengan wajah bekunya. Dia menepis tangan Bella dan menyambung perbualannya dengan Alex.

Bella diam. Dah mula merajuk la tu. Mulutnya mula dicebikkan menunjukkan tanda protesnya. Ayden memandang sekilas. Dah nak start perangai dia la tu.

"Haa cebik lagi mulut tu. Aku kiss dekat sini baru tahu" ugut Ayden

Bella segera mengemam bibirnya. Tak rela bibirnya diperkosa dengan cara begitu. Ayden yang melihat aksi spontan Bella itu tersenyum sekilas.

"Dah aku ajak kau ambil gambar kau tak nak. Kalau kau tak nak ambil gambar, aku boleh ambil gambar dengan orang lain lah" rajuk Bella.

Bella bukannya terasa pun sebab dia dah biasa dilayan macam tu. Saja je nak tunjuk yang dia ni laku. Bella mula memulakan langkah dan menjauhi Ayden. Ayden hanya memerhati Bella melalui ekor matanya.

"Nak cari mangsa" getus hati Bella

Bella meliarkan matanya di serata dewan. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekumpulan lelaki yang asyik melihatnya dari tadi. Lagi senanglah kerja Bella nak cari mangsa.

Mereka mula melangkah menuju ke arah Bella. Bella tersenyum sinis. Sampai sahaja di hadapan Bella mereka mula menyapa dengan mesra.

"Hye young lady. What is your name, beauty?" tanya salah seorang lelaki.

Bella memaparkan senyuman manis yang mampu mencairkan hati si pelihat.

"Ouh, l'm Vanicia. And you?" Jawab Bella. Tak kuasa lah nak bagitahu nama betul. Nak kena sembelih dengan Ayden?!

Bella menjeling sekilas Ayden. Dapat dilihat Ayden yang sedang memerhatikannya. Ayden hanya bersikap selamba sahaja walaupun tunangnya sedang dipikat orang. Walau banyak mana pun yang cuba memikatnya, hanya Ayden je yang mampu mencairkan hatinya.

"My name is Hans. And this is Arone, James and the last one is Carl" bicaranya.

Bella hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Ahh kesah apa nama kau apa pun.

Mereka berbual dengan rancaknya. Hampir 15 minit mereka berbual.

'Ahh aku dah bosan ni' bisik hati Bella

Bella cuba mencuri pandang Ayden yang berada di bucu dewan. Kelihatan Ayden sedang duduk di atas kerusi sambil memerhatikannya. Bella tersenyum sinis sekali lagi.

'Ready start' bisik hati Bella sekali lagi

"Guys, let's take a picture" ajak Bella

The Faceless Evil [hold on]Where stories live. Discover now