Jam sudah memaparkan tepat pukul 8.00 malam. Ivan, Remy, Dany, Alex dan Avian kelihatan sangat kacak. Mereka berkumpul di ruang tamu sebelum berangkat pergi ke hotel. Ivan sebenarnya tidak mahu menyambut hari lahirnya di hotel itu kerana dia yakin bahawa musuh-musuhnya akan turut berada di sana. Tapi disebabkan dia merupakan ahli perniagaan, dia perlu mengadakannya dengan megah dan mengajak rakan-rakan perniagaannya bagi mengukuhkan aktiviti perniagaan masing-masing.
"Lamanya Ayden dengan Bella nak sampai. Diaorang buat apa lah sampai lambat sangat ni" keluh Loco
Janji pukul 8.00 dah gerak tapi ni dah pukul 8.15 dah
"Macam lah kau tak tahu Bella tu macam mana. Memang selalu lambat lah kita kalau dia ada" balas Avian
"Haah. Adalah tu dia buat hal dengan Ayden" sokong Alex
( Di rumah Ayden)
"Bella, kau lambat lagi ke? Dah pukul 8.00 dah ni" tegur Ayden
"Ish sabarlah. Baju ni susah nak pakai la. Zip dekat belakang" laung Bella dari tingkat atas. Dah suku jam dia cuba untuk mengzipkan bajunya namun hampa kerana tangannya tidak sampai.
"Kau turun bawah. Biar aku zipkan" arahnya.
"Nak pakai baju pun lembap" ujarnya lagi.
Bella yang mendengar omelan itu terus memasamkan muka. Dihempas pintu biliknya sekuat hati. Benci! Ayden yang berada si bawah hanya menayangkan muka bekunya kepada Bella. 'Cantik' getus Ayden. Bella segera menuruni tangga rumah itu lalu segera menghampiri Ayden. Mereka menghadap antara satu sama lain. Tidak tunggu lama, Bella segera memusingkan badannya bagi memudahkan kerja Ayden mengzipkan bajunya. Ayden terus mengzipkan baju Bella
"Sabar Ayden. Kang tak dapat pergi majlis birthday karang" monolog hati Ayden
"Dah jom" ajak Bella
(Rumah Avian)
Mereka yang berada di ruang tamu hampir mati tercekik dek kerana terkejut dengan teriakan Bella dari luar rumah.
"Guys, lama ke korang tunggu?" Jerit Bella dengan gembira
"Asal kau lambat. Dahlah jom" ujar Ivan
Mereka semua keluar dan melihat Ayden yang berada di dalam kereta. Dany menghampiri kereta Ayden dan mengetuk tingkapnya. Ayden pantas menurunkan cermin keretanya.
"Kau asal lambat?"
"Budak tu buat hal. Tak boleh pakai baju la. Itu lah ini lah" jeling Ayden ke arah Bella yang sedang bercakap dengannya yang lain.
"Hahahahaha padan muka kau"
"Guys, gerak sekarang. Majlis dah nak mula" kata Ivan
( Grand Classic Hotel Suites )
Vroom
Vroom
Vroom
Bunyi beberapa kenderaan mewah mula memasuki kawasan parking. Semua yang berada di situ terlopong memandang kereta-kereta mewah yang baru sahaja sampai. Walaupun mereka yang hadir boleh dikatakan semuanya golongan elite, tetapi mereka tidak mampu untuk membeli kereta-kereta mewah sebegitu. Lagi-lagi kereta yang dinaiki Ayden. Bugatti
YOU ARE READING
The Faceless Evil [hold on]
Short Story꧁As known as THE MAFIA IS MINE ꧂ "𝓺𝓾𝓮𝓮𝓷𝓼 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓯𝓸𝓻𝓮𝓿𝓮𝓻 𝓼𝓽𝓪𝔂 𝓫𝓪𝓭𝓭𝓮𝓻 𝓽𝓱𝓪𝓷 𝓫𝓲𝓽𝓬𝓱𝓮𝓼" Mereka berdua tak sesweet pasangan lain. Tapi mereka ada cara sweet mereka sendiri "Ayden! Yang you tambah lag...