02 : works with taeyong

77 6 1
                                    

" Huarghhh mengantuknya ". Hae Soo menguap luas sebaik saja Teacher Hyo keluar dari kelas. Sudah kali ke berapa dia menguap pun dia tidak tahu tapi yang pasti dia banyak kali terlelap dalam kelas Sejarah tadi. Biasanya dia tidak begini di dalam kelas. Entah mengapa kali ini dia mengantuk yang teramat.

" Hae Soo, jom pergi kantin ", ajak Jisoo, rakan semeja Hae Soo. Tangannya sibuk menyimpan buku di bawah laci.

" Mian Jisoo. Ada orang book la untuk rehat hari ni. Esok okay ? ".

" Okayla.. Untung la kawan aku ni. Kalau aku tak ada pun, ada orang nak temankan ", kata Jisoo. Bukan nak berdengki tapi dia sedar bahawa dirinya bukan sesiapa. Tanpa Hae Soo, belum tentu ada pelajar yang akan mengingati namanya.

" Ala kau ni kan. Aku buat kerja la, bukannya berfoya-foya. Nanti dapat duit, aku belanja kau okay ". Bahu Jisoo ditepuk tepuk sebelum kakinya keluar daripada kelas.

***

Hae Soo menyisip sedikit jus oren di hadapannya. Taeyong di sebelah tidak dihiraukan. Bukan nak palau, masalahnya dia tu yang tengok aku sampai tak berkelip. Meremang aku. Hae Soo mengukir senyuman sebelum menghadap Taeyong di sebelah. Boleh dikatakan senyuman palsu.

" Sayang, you tak lapar ke ? ", tanya Hae Soo. Sebenarnya dia tak kesah pun si Taeyong ni lapar ke tak.

" Tengok you pun i dah kenyang. Sayang, i nak air you sikit boleh ? ". Tangan Taeyong sudah mula melingkar pada pinggang Hae Soo.

Hish dia ni gatal la

" Everything for you ", Hae Soo mengangkat jusnya lalu dibawa ke mulut Taeyong.

Taeyong menghisap jus oren dengan straw yang berbekas lipstick Hae Soo. Dia sengaja mahu ' direct kiss ' melalui straw ni.

Aku dah cakap si Taeyong ni gatal. Tak percaya

" You, i masuk kelas dulu boleh tak ? Lepas ni subjek Miss Soo, nanti kalau lewat, i kena marah ". Hae Soo menundukkan wajahnya.

" Boleh tapi... " Taeyong mendekatkan wajahnya pada telinga Hae Soo.

" You kena tengok i dulu ".

Tanpa menjangkakan apa apa, Hae Soo memalingkan wajahnya menghadap Taeyong di sebelah dan..

Cupp !

Sebuah kucupan hinggap di pipi Hae Soo. Hae Soo membuntangkan matanya luas. Terkejut dengan perbuatan Taeyong. Pipi Hae Soo mula berona merah. Malu dan geram bercampur baur.

" Okay dah. Pergi la balik kelas you ", Taeyong menolak lembut Hae Soo yang kaku di sebelahnya.

Hae Soo mengangkat punggunggnya dan beredar dari kantin. Hatinya terasa ingin meletup.

Kau tunggu la aku blacklist nama kau dari customer list aku.

Pipi yang dikucup Taeyong tadi digesel kuat. Kakinya tetap melangkah ke kelas.

Unexpected | jisung ; haechanWhere stories live. Discover now