Hae Soo melangkah masuk ke dalam kelas. Geramnya masih lagi tidak hilang. Bahunya dicuit.
Hae Soo berpaling ke arah Jisoo di sebelah." Apa ? ", tanya Hae Soo.
" Tadi ada orang cari kau. Dia cakap jumpa dia lepas sekolah dekat bawah pokok, dekat padang ", jelas Jisoo. Buku di dalam laci dikeluarkan dan diletakkan di atas meja.
" Siapa ? ". Hae Soo mengerutkan dahinya.
" Entah. Customer kau rasanya ".
Customer ? Aku rasa lepas sekolah tak ada yang book.
***
Sebaik sahaja loceng berbunyi, Hae Soo terus menyimpan buku-bukunya ke dalam beg. Rambutnya yang terjuntai diikat kemas. Kakinya terus melangkah keluar dan menuju ke padang.
Matanya menangkap figura seorang lelaki di bawah pokok. Kakinya melangkah cepat.
" Hai Hae Soo ", ujar lelaki di hadapannya yang menghembus keluar asap rokok. Putung rokok di tangan dilempar ke tanah sebelum dipijak.
Hae Soo mengerutkan dahinya. Macam pernah dengar suara ni. Takkanlah...
" Kau tak rindu aku ke ? Ke kau dah lupakan aku ? ", lelaki di hadapannya itu terus bergerak mendekati Hae Soo yang terkaku di hadapannya. Rambut Hae Soo yang diikat kemas dilepaskan dengan satu tarikan.
" Kau nak apa lagi, Haechan ? ", tanya Hae Soo. Kepalanya ditundukkan. Tidak sanggup melihat lelaki di hadapannya. Sesungguhnya kehadiran Haechan dalam kisah hidup Hae Soo ialah kisah yang paling teruk. Jika masa itu boleh diputar kembali, Hae Soo tidak akan pernah mahu berjumpa dengan Haechan.
***
This chapter memang short sebab aku simpan for next chapter sebab aku akan cerita how they met and what happened in the past so stay tune !! Dont forget to vote ⭐️⭐️⭐️
YOU ARE READING
Unexpected | jisung ; haechan
FanficHae Soo, seorang pelajar yang dikenali di sekolahnya kerana menyediakan servis gadis untuk disewa. Dipanggil perampas kerana keluar dengan teman lelaki orang ? Perkataan yang tidak usang baginya. Tetapi dia tidak kisah. Tidak pernah dibayangkan tahu...