04 : thank you

83 6 0
                                    

Hae Soo yang baru sahaja selesai mengisi perut terus mengorak langkah ke kelas. Plastik roti di tangan dibuang sebelum berlalu meninggalkan kawasan padang.

Kenapa tak rehat dekat kantin ? Well aku tak ada kawan so buat apa nak melepak dekat kantin.

Sebaik sahaja kakinya menyentuh lantai kelas, sebuah baldi yang berisi air 'ter'tumpah ke atas kepalanya. Atau sebenarnya disengajakan. Uniform sekolahnya sudah basah kuyup. Gelak tawa rakan sekelasnya mula kedengaran.

Hae Soo menggenggam tangannya. Geram. Kepalanya yang hanya menunduk memandang lantai diangkat untuk memandang gerangan manusia yang tidak layak dipanggil manusia.

" Alololo. Sian dia. Basah ", ejek seorang pelajar lelaki yang menyentuh rambut Hae Soo.

" Kena ribut dekat mana ni basah-basah ni ? ", tambah salah seorang daripada mereka.

" Hmm sejuk eyy. Meh sini abang peluk ", ejek seorang lagi pelajar lelaki yang merupakan kawan kepada lelaki tadi, Pil-Soo. Tangannya didepakan untuk memeluk Hae Soo.

Sebelum pelajar lelaki itu menyentuh Hae Soo, badan Hae Soo terlebih dahulu ditarik ke belakang. Pelajar lelaki tadi terus menurunkan tangannya.

" Tak malu ke nak peluk awek orang tanpa izin ? ", tanya Haechan. Tangannya menarik Hae Soo agar berada di belakangnya.

Mata-mata yang hanya memandang aksi tadi mula mengeluarkan telefon masing-masing.

" Kau siapa ? Tak pernah aku tahu pun perempuan tu laku ".

" Tak tahu la pulak bila buli orang ni, otak tak berfungsi. Nak baca nama pun tak boleh. Dan kalau kau nak tahu, dia ni laku jauh daripada kau ! ", jawab Haechan selamba. Dia mencebik.

Pelajar lelaki tadi terus mengetap gigi. Matanya dialih pada nametag yang tersangkut elok pada uniform Haechan.

" Lee Dong Hyuck ? Longkangnya nama ".

Haechan tersenyum sinis sebelum membuka mulut.

" Selongkang-longkang nama aku, longkang lagi hati kau. Pengecut ! ". Hatinya puas bila melihat pelajar lelaki itu sudah mula naik angin. Nak kutuk orang tapi terkena diri sendiri.

Tak boleh jadi ni. Pelajar lelaki itu terus mengepal penumbuk dan dihayunkan ke muka Haechan. Haechan yang sudah mengagak terus mengelak. Giliran Haechan pula mengepal penumbuk dan dihayunkan ke muka pelajar lelaki tadi.

Pelajar lelaki itu terus terdorong ke belakang. Hujung bibirnya sudah berdarah. Belum sempat dia membalas, Haechan terus menarik kolar baju lelaki itu dan ditolak rapat ke dinding.

" Kau jangan kacau dia lagi. Kalau tak, kau tahu la apa nasib kau ", bisik Haechan sebelum merentap kasar baju lelaki itu.

Mata-mata yang memerhati terus menekup mulut. Tidak sangka pengakhirannya berpihak pada Haechan.

Haechan terus menanggalkan kot pada uniformnya. Kakinya diarah kepada Hae Soo yang masih tidak percaya apa yang telah berlaku. Kot itu terus disarung pada tubuh Hae Soo. Senyuman terukir di bibir Haechan bila tangannya naik menggosok rambut Hae Soo sebelum berlalu pergi.

***

Hae Soo yang duduk di bangku terus berdiri sebaik sahaja melihat Haechan. Kakinya melangkah menghampiri Haechan yang sibuk berbual dengan kawan-kawannya.

" Awak ", sapa Hae Soo.

Haechan yang baru sedar akan kehadiran Hae Soo terus menoleh ke belakang. Haechan menepuk-nepuk bahu kawannya sebelum mereka berlalu pergi. Pandangannya kini beralih kepada Hae Soo.

" Haechan. Panggil saya Haechan ", kata Haechan. Beg dibahu dibetulkan.

" Haechan, terima kasih sebab tolong saya. Kalau awak tak ada, mungkin saya dah disaluti dengan tepung sekarang ni ". Hae Soo sudah biasa dibuli dengan cara begitu. Mula-mula air, lepastu telur, lepastu tepung. Dah macam ayam penyet pun ada.

" Tak ada apalah. Lagipun saya terlalu depan kelas awak tadi, bila nampak ada orang kena buli. Saya tolonglah ", jelas Haechan. Bibirnya mula menguntum senyuman.

" Boleh saya tahu nama awak apa ? ", tanya Haechan. Keningnya dijongketkan.

" Oh sorry. Saya Park Hae Soo. Awak boleh panggil saya Hae Soo ". Hae Soo terus menghulurkan tangan. Ingin berjabat tangan.

Haechan tersenyum. Huluran Hae Soo disambut.

" Awak dah nak balik rumah ke ? Kalau tak boleh kita jalan sekali ", ajak Haechan.

" Hah ? Jalan sekali ? Tapi... ", belum sempat Hae Soo menghabiskan ayatnya Haechan terlebih dahulu memotong.

" Tapi apa ? Takut jalan tak sehaluan ? Jangan risau. Jalan kita sehaluan. Saya selalu nampak awak pagi-pagi nak pergi sekolah, tapi segan pulak nak tegur, sebab awak tak kenal saya ", jelas Haechan. Tangannya naik menggosok belakang lehernya.

" Ooh ".

" So i will take your 'ooh' as yes. Jom ! ". Haechan terus mengorak langkah meninggalkan kawasan sekolah. Tangannya menarik hujung baju Hae Soo.

***

Selepas sahaja menghantar Hae Soo, Haechan terus berjalan balik ke rumahnya.

Hae Soo terus menanggalkan kasut di kakinya dan diletakkan di atas rak. Tangannya naik menolak pintu rumah.

" Eomma, Hae Soo dah balik ! ", laung Hae Soo sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.

" Naik mandi lepastu turun makan ", jawab emaknya yang berada di dapur.

Tanpa membuang masa, Hae Soo terus melangkah ke biliknya. Pintu biliknya dikuak dan beg di bahu diletakkan di atas meja. Badannya dihempaskan ke atas katil. Siling kosong ditatapnya.

Kenapa Haechan tolong aku ? Kenapa dia cakap dekat Pil-Soo yang jangan kacau aku lagi ? Hae Soo menggeleng-gelengkan kepalanya.

Kan dia dah cakap yang dia tolong sebab ada orang kena buli. Dan kebetulan orang yang kena buli tu kau, Hae Soo. Ka fikir dia tolong kau sebab dia suka dekat kau ke apa ? Hae Soo terus menampar-nampar mukanya.

Kot di badan ditanggalkan. Tuala di hujung katil terus dicapai sebelum dirinya diloloskan ke dalam bilik air.

****

So guys sorry sebab aku tukar story line sebab chapter 4 sebelum ni aku terdelete so i made new. Lepastu aku fikir ada 2 chapter more for this flashback. Fikir je la tak tau la betul ke tak. Lepastu semua orang tak nak vote ke cerita aku ? Aku sendu gila

Unexpected | jisung ; haechanWhere stories live. Discover now