" Aku nak korang semua berhati-hati. Kalau tersilap langkah, kau mati. " pesan Tuan Ishkandar tegas. Semua yang mendengar ketika itu mengangguk faham. Mana tidaknya, jika tersilap langkah, nyawa yang menjadi mangsa.
Mereka semua pun berjalan mendekati satu rumah yang agak usang. Terlihat ada dua orang lelaki yang sedang mengawal di pintu hadapan rumah tersebut. Barangkali pengawal.
Tuan Ishkandar mengangkat tangannya. Dengan segera semua anak-anak buahnya berhenti. Tuan Ishkandar memberikan beberapa signal kepada anak-anak buahnya. Signal itu merujuk kepada tempat persembunyian mereka sebelum menunggu signal untuk menyerang. Semua fokus melihat signal yang diberikan. Selepas beberapa minit, mereka mengangguk faham. Terus bergerak ke tempat yang ditetapkan.
Semua sudah bersedia di tempat yang diarahkan hanya tunggu signal untuk menyerang sahaja. Masing-masing melihat ke arah Tuan Ishkandar. Sebelum Tuan Ishkandar memberi signal untuk menyerang, ada satu tangan menarik lengan baju lelaki tua itu. Lelaki tua itu terus menoleh ke arah sisi kirinya.
" Ayah, " satu perkataan sahaja yang keluar daripada mulut remaja lelaki itu. Jelas reaksi kerisauan terpampang di wajahnya.
Tuan Ishkandar melihat anaknya dengan reaksi wajah yang sangat lembut. Berbeza sungguh dengan reaksi yang dipamerkan ketika dia memberi arahan kepada anak-anak buahnya. Seolah-olah itu merupakan tatapan terakhirnya sebagai seorang ketua dan juga seorang ayah.
Tuan Ishkandar mengusap lembut ubun remaja lelaki itu. Tapi hanya untuk beberapa minit, setelah itu Tuan Ishkandar kembali serius. Mempamerkan wajah yang dingin dan tiada belas kasihan. Dengan kiraan 1, 2 dan 3 mereka terus menyerang rumah usang itu.
Suasana yang sunyi kini berubah menjadi huru-hara. Keadaan yang kian menegang. Bunyi das tembakan yang berselang-selang ganti. Sorang-sorang mati ditembak. Selepas beberapa minit berperang, tiada lagi bunyi das tembakan. Hanya melihat badan manusia yang kejung dan berlumuran darah akibat mati ditembak.
Lelaki remaja itu masuk ke rumah usang itu untuk mencari ayahnya. Pada ketika itu dia dapat melihat yang ayahnya masih lagi bertarung dengan seorang lelaki yang juga agak berumur. Mungkin sebaya dengan ayahnya. Belum sempat remaja lelaki itu bergerak menuju ke arah ayahnya, lengannya dipegang. Pergerakan lelaki itu terbehenti.
" Eden, kamu tak boleh ke sana. bahaya. "
" Tapi uncle, Ayah dalam bahaya. Saya kena selamatkan ayah. " mata Eden mula bergenangkan air mata. Dia sangat takut kehilangan ayahnya.
Lelaki itu tetap tidak membenarkan Eden ke sana. Dia telah diamanahkan oleh ayah Eden iaitu Tuan Ishkandar untuk sentiasa menjaga anaknya.
" Jangan letakkan anak aku dalam bahaya tak kira apa jadi sekalipun. Janji dengan aku, Am? " arahan terakhir yang perlu dia akur.
...
Kelihatan Tuan Ishkandar sedang bergelut dengan lelaki tua tadi. Masing-masing tidak mahu memberi peluang untuk bernafas. Tuan Ishkandar mengambil pistol yang berada didalam kocek seluarnya di bahagian punggung lalu diacukan ke arah muka lelaki tua itu. Belum sempat Tuan Ishkandar menarik picu pistol, lelaki tua itu berjaya menyepak pistol tersebut sehingga terpelanting ke sisi kirinya.
" Hey man, ne sois pas lâche. (don't be a coward) " kata lelaki itu sambil tersenyum sinis. Mengejek. Tuan Ishkandar terus bangun dan mengepal penumbuknya.
Mereka dua terus bergelut. Saling tumbuk-menumbuk. Peluh sudah mula membanjiri muka. Lelaki tua itu ingin menumbuk muka Tuan Ishkandar tetapi gagal. Tuan Ishkandar dapat menangkis serangan lelaki tua itu. Dengan itu, secara tidak langsung memberi peluang kepada Tuan Ishkandar. Tanpa membuang masa, Tuan Ishkandar terus menumbuk kuat ke arah muka lelaki tua itu sehingga terkeluarnya darah. bertubi-tubi.
Lelaki tua itu kelihatan separuh nazak. Tuan Ishkandar tidak leka. Dia terus memerhati gerak-geri musuhnya. Tetapi, tanpa dia sedar lelaki tua itu sempat mencapai pistol yang berada tidak jauh daripadanya ketika dia giat dibelasah oleh Tuan Ishkandar. Dengan sepantas kilat, lelaki tua itu menghentak kepala Tuan Ishkandar menggunakan pistol yang selamat berada di tangannya.
Tuan Ishkandar menjerit kesakitan. Bukan itu sahaja, lelaki tua itu sudah bersedia mengacukan pistolnya ke arah Tuan Ishkandar. Sempat dia tersenyum sinis.
" Maintenant c'est ton heure d'aller au ciel. au revoir, bâtard. (now it's your time to go to the heaven. Goodbye, bastard) " ucap lelaki tua itu sambil menarik picu pistol.
BANG!!
BANG!!
Terdengar bunyi dua das tembakan dilepaskan. Sebelum peluru yang dilepaskan oleh lelaki tua itu terkena tepat pada dada Tuan Ishkandar, peluru lain terlebih dahulu hinggap tepat dijantungnya. Siapa? Sudah tentu Encik Amri. Dia sempat melepaskan satu das tembakan tepat ke arah jantung lelaki tua itu. Dalam beberapa saat sahaja lelaki tua itu rebah dan mati. Tetapi malang sekali, das tembakan yang di keluarkan oleh lelaki tua itu tidak dapat dihalang daripada hinggap ke dada Tuan Ishkandar.
Terbuntang mata Eden apabila melihat susuk tubuh ayahnya berlumuran darah akibat tembakan musuh. Cepat-cepat dia berlari ke arah lelaki itu lalu memangku kepalanya.
" Ayah.. Bangun ayah. " remaja lelaki itu menggoyang-goyangkan tubuh ayahnya. Air matanya mula mengalir ke pipi.
Lelaki itu membuka matanya sedikit. Melihat susuk tubuh anaknya buat kali terakhir. " Eden, Jan.. Jangan na.. Nangis nak. Its okay. " lelaki tua itu cuba menenangkan anaknya.
Eden terus sahaja mengelap pipinya. " Ayah, tahan ye. Jangan pejam mata. Everything is gonna be okay. Kita pergi hospital ya. "
" Ayah dah tak lama Eden. Eden kena kuat. " suara lelaki tua itu mula perlahan.
Eden tidak mampu menahan air matanya. Sebelum ayahnya menutup mata, dia sempat mengajar ayahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah. Selepas itu, ayahnya pergi buat selama-lamanya.
Lima belas orang anak-anak buahnya yang terselamat turut berasa simpati dan berduka atas pemergian ketua kumpulan mereka. Semua berdoa agar ketua mereka ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman.
Usai sahaja perkebumian ayahnya, Eden masuk ke dalam rumahnya yang kini sunyi tanpa lawak jenaka ayahnya. Walaupun ayahnya seorang yang serius ketika bekerja, tetapi dia sangat lawak dan peramah orangnya apabila dia bersama Eden.
Eden mengambil frame gambar arwah ayahnya bersama ibunya. Ditatap dengan penuh kasih sayang. Perasaan rindu kepada kedua-dua ibu bapanya terpancar pada wajahnya. Frame gambar tersebut dicium berkali-kali. Air mata semakin laju menuruni pipinya.
" Eden janji Eden akan tuntut bela atas kematian ayah dan ibu. " Eden meletakkan frame itu diatas meja. Air matanya dikesat dengan kasar. Tangannya mula mengepal penumbuk dan rahangnya mula diketap.
" Just wait and see. Let's the game begin. "

ANDA SEDANG MEMBACA
His Wife [In Editing]
Storie d'amoreSelepas ayahnya meninggal, Eden Naufal tidak lagi merasakan suasana sebuah keluarga. Hidupnya ada ayahnya sahaja. Ibunya? Dia tidak pernah langsung mengenali perempuan yang telah melahirkannya itu. Ayahnya juga tidak pernah cerita secara terperinci...