Perintah Kawalan Pergerakan?
Hashtag Duduk Rumah?
Untuk orang sepertiku yang suka bercerita, bagaikan sebuah pengalaman biasa.
@AmbassadorsMY ingin menemaniku.
Ikuti kisah-kisah 500 patah perkataan, #DudukRumah bersama Wattpad untuk melupakan sek...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sudah agak lama aku tidak menerima pengikut baru di instagram. Aku bukanlah seorang instafamous, aku hanya seorang pengguna instagram biasa yang memuat naik gambar-gambar harianku dalam akaun instagram sebagai cara ku berkomunikasi dengan dunia maya.
Permintaan mengikuti instagram kali ini agak pelik sekali, aku sudah biasa menerima permintaan dari pelbagai jenis profil selama ini tetapi profil yang satu ini seperti membawa sebuah memori yang samar.
Pengikutnya tidak terlalu ramai, hanya dalam puluhan profil, isi kandungan profilnya kebanyakkannya berbentuk lukisan manakala gambar profilnya pula adalah gambar permandangan. Biasa saja.
Namun, apa yang luar biasanya adalah sebuah lukisan yang telah di muat naik 3 hari yang lalu telah mengetuk pintu memoriku ketika aku di bangku sekolah menengah.
***
"Lari, lari, cikgu datang!!" bisikan keras itu membuatkan hatiku berdebar. Aku terkaku di balik tangki dengan harapan cikgu tidak akan menemuiku.
Shafik, salah seorang rakan sekelasku tiba-tiba menarik tanganku.
"Alisa, ikut aku!"
Aku terhuyung-hayang ditarik olehnya. Kami berhenti sejenak mengendap dari balik tangki untuk memastikan keberadaan cikgu Sobariah.
Salah kami juga yang mencari penyakit, suka ponteng kelas dan melepak di kawasan tangki sekolah. Di antara ramai-ramai itu, hanya aku murid perempuan. Aku boleh dikatakan sebahagian dari mereka pabila setiap kali guru tidak masuk ke kelas kami, aku akan turut serta keluar dari kelas untuk melepak di port kegemaran kami ini.
Ah! zaman remaja memang semuanya dirasakan benar. Zaman di mana segala kebebasan di dunia ini hendak kita kecapi.
Kelihatan Cikgu Sobariah berjalan mendekati tangki tempat kami bersembunyi. Apabila dia sudah berada di arah yang bertentangan dengan kedudukan kami, kami mengambil kesempatan itu untuk bergerak dari tangki tersebut menuju ke sebuah kalbut parit yang terbengkalai di tepian tali air berdekatan pagar sekolah. Tanpa berlengah, kami terus masuk ke dalam.
Aku duduk memeluk lutut mencuba mengecilkan diri sekecil yang mungkin di dalam kalbut yang sempit itu. Shafik pula mencangkung menghadapku sambil matanya meliar-liar cuba menggunakan telinga arnab yang ada untuk mengenalpasti pergerakan cikgu Sobariah.
Aku mendongakkan pandangan memandang ke wajah Shafik dan dia meletakkan telunjuknya ke bibirku sebagai isyarat supaya aku berdiam diri. Aku kaku seperti patung. Tiba-tiba terbit rasa malu kerana berada sedekat ini dengan Shafik. Tapi aku sangat faham sekarang adalah masa yang sangat genting untuk kami, dan aku sepatutnya tidak punya masa untuk itu.
Darah panas mula menerpa ke wajahku dan aku tahu wajahku sedang merona merah sekarang.
"Cikgu dah takde!" Bisik Shafik membuatkan aku kembali ke alam nyata.
Perlahan-lahan kami bergerak keluar. Bayangan cikgu Sobariah sudah tidak kelihatan, rakan-rakan kami yang bertempiaran lari pun sudah tidak kelihatan. Kami menarik nafas lega.
***
Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum mengenang kelakuanku di sekolah menengah dulu.
Aku tersedar yang aku sedang 'mengendap' profil pengikut baruku ini dan ya, postingan yang ku lihat itu adalah sebuah lukisan kalbut tempat aku dan Shafik bersembunyi. Jantungku berdegup kencang pabila aku membuka postingan itu dan membaca captionnya.
"Tempat nyorok dari kena tangkap cikgu. Debarnya sebab ngan crush siot! Cukup 20 likes I'll make her notice me."