Perintah Kawalan Pergerakan?
Hashtag Duduk Rumah?
Untuk orang sepertiku yang suka bercerita, bagaikan sebuah pengalaman biasa.
@AmbassadorsMY ingin menemaniku.
Ikuti kisah-kisah 500 patah perkataan, #DudukRumah bersama Wattpad untuk melupakan sek...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
#DudukRumah #FanfiksyenMY
Apakah aku sedang bermimpi?
Tatkala ku membuka kelopak mataku, perkara pertama yang kulihat adalah skrin TV 50-inci ku yang sudah gelap. Kerancakan konsert Stray Kids yang baru saja mengisi suasana di ruang tamu rumahku sekarang sepi.
"STRAY KIDS HAN IN THE BUILDINGGGG!!!"
Jika bola mataku boleh terkeluar dari soket mata seperti dalam anime memang sudah terkeluar pabila tiba-tiba saja laungan itu memecah kesunyian.
Aku drastik berpaling ke arah suara itu. Kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam, berambut perang sedang berdiri kira-kira 2 meter dariku. Bukan. Dia bukan lelaki asing yang menceroboh rumahku, dia datang dari kaca TV yang ku tonton tadi. Aku bukan bermimpi.
Aku tidak terkata apa-apa
Dia berjalan mendekati televisyenku.
"Ok. Aku sampai dengan selamat. Malaysia. Rindunya."
Aku memerhatikannya dengan kerutan yang sangat dahsyat.
"Maaf buat kau terkejut. Yang tu kod isyarat. Aku kena laung untuk beri signal pada Chan bahawa aku dah selamat mendarat."
"Kod isyarat, signal, mendarat otak kau lah! Sekarang kau bagi penjelasan kenapa kau ada kat sini?!"
"Tenang, aku bukan ada niat jahat pun." Balasnya.
Aku rasa hendak gigit saja telinganya.
"Tim kami telah mengalami kepincangan sistem dari program Cubase yang kami gunakan. Pendekkan cerita, aku boleh kembali ke masa lalu melalui TV baru kau ni. Lagipun aku memang ada benda hendak settle dengan kau"
Aku menggaru kepala. Begitu juga Han.
"Tak apa lah, biar aku tunjukkan sesuatu. Cuba tengok skrin TV ni lama-lama."
Aku melakukan seperti yang disuruh dengan perasaan yang masih tertanya-tanya.
Skrin hitam lama-kelamaan bertukar menjadi cerah dan diriku kini berada di sebuah padang rumput hijau dengan bunga-bunga mekar mewangi. Sekali pandang seperti landskap dalam cerita Teletubies.
Di mana aku?
Aku lihat dua orang budak, lelaki dan perempuan berlari dengan girang sekali. Gelak tawa mereka bergema di bumi yang asing itu.
Mereka kemudiannya sampai ke lereng bukit, terdapat sebuah tangga untuk turun di sana.
'Buk!' dalam sekelip mata saja ku lihat budak perempuan tadi sudah terbaring di tanah. Dia tidak bergerak lagi, darah mulai mengalir keluar dari kepala dan mulutnya.
"Jeeraaa!!"
Budak lelaki itu pula menjerit lantang. Secepat kilat dia berlari menuruni anak tangga mendapatkan budak perempuan itu. Aku terlopong melihat kejadian itu di depan mataku. Aku turut sama ingin memberikan pertolongan kepada mereka namun langkah ku tiba-tiba saja terpaku.
***
"14 tahun yang lalu aku tidak sengaja telah tertolak adik kembarku, Jeera sehingga dia terkorban."
Jelas Han dengan nada sayu. Aku menutup mulut terkedu dengan cerita sedih itu.
"Jeera, telah lahir semula sebagai kau. Tapi yang membezakan antara Jeera dan kau adalah, Jeera seorang yang suka tersenyum tapi kau tidak. Aku datang hendak meminta kau kembalikan senyuman Jeera agar aku boleh rasa tenang. Sampai sekarang aku tak boleh maafkan diri sendiri sebab bila Jeera tak senyum aku rasa dia tak maafkan aku yang menyebabkan kematiannya."
Senyum?
Dia datang sejauh itu hanya untuk menagih senyum?
Aku tidak ingat lagi bagaimana Han masuk semula ke skrin TV yang aku tahu itu adalah pengalaman yang paling aneh sekali sepanjang hidupku.