Seram: Dalam Kegelapan

23 2 0
                                    

Aku kaku melihat skrin komputerku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku kaku melihat skrin komputerku.

Ceritanya bermula setahun yang lalu, ketika aku sedang bermain permainan Blair Witch di komputerku.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, permainan Blair Witch ini memberikan pemain watak bekas polis yang sedang menyelesaikan misteri kehilangan kanak-kanak di hutan.

Jam sudah beranjak ke pukul 3 pagi, bilikku gelap hanya berbekalkan cahaya lampu meja dan skrin komputerku. Headphone kupakai untuk mendapatkan impak bunyi yang lebih gempak ketika bermain.

Skrin komputerku tiba-tiba terpadam. Aku terpaku. Perkara ini pertama kali berlaku dalam hidupku. Takkanlah komputerku boleh rosak tiba-tiba macam ni pula.

Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi helaan nafas. Aku memandang sekeliling sebelum tersedar bahawa aku masih menyarung headphone.

Bunyi itu datang dari headphone ku. Bukan, tepatnya dari komputerku.

Bulu romaku menegak. Segala punat ku tekan untuk memastikan apakah masalah komputerku ini. Ku lihat lampu on masih menyala bermakna komputerku dalam keadaan dihidupkan tetapi kenapa skrin hanya memaparkan skrin gelap. Muncul sedikit rasa takut di hatiku kalau-kalau komputerku sedang digodam.

Tiba-tiba saja terdapat satu animasi api yang sedang marak muncul di tengah-tengah skrin komputerku.

"Welcome to the Darkside of the Internet"

Sebuah tulisan muncul. Sah, komputerku sedang digodam. Aku mulai panik, aku percaya pada cerita-cerita seram yang dimomokkan tentang sisi gelap internet dan aku tidak pernah berminat untuk melayarinya. Namun, apa harus aku lakukan sekarang? Kenapa tiba-tiba sahaja aku menjadi mangsa sedangkan aku tidak pernah mendekati laman sesawang gelap itu.

"ARE YOU SURE? CLICK ENTER TO CONTINUE."

Ayat seterusnya muncul. Berserta butang

ENTER

Ah, itu dia! tentu saja aku tidak akan menekan butang ENTER. Namun, perlahan-lahan ku lihat anak panah (cursor) ku bergerak menuju ke butang ENTER.

Aku tidak menggerakkannya! Aku pegang tetikus komputerku, dalam kegelapan cuba meraba wayar penghubung untuk mematikannya. Terlupa aku boleh mematikan dari papan kekunci.

Hanya 2 sentimeter sebelum anak panah mencapai butang ENTER aku berhasil menghentikannya. Jantungku berdegup kencang. Sedikit lega namun tidak berpanjangan.

Kedengaran salah satu papan kekunciku diketuk. Di depan mataku melihat butang ENTER telah ditekan. Mataku beralih perlahan ke papan kekunciku, dengan jelas ku lihat jari berkuku panjang mengetuk butang ENTER di papan kekunciku.

"Uwaaahh!!" Aku terperanjat lalu terjatuh dari kerusi. Headphoneku terlepas dari kepalaku, terhumban ke lantai. Ku lihat sekelilingku namun tiada siapa kelihatan di bilik ini. Aku berlari mendapatkan suis lampu bilikku lalu butang on ku tekan. Ketika cahaya lampu berkelipan sebelum lampu sepenuhnya terpasang, aku dapat melihat bayangan susuk tubuh manusia semakin menghampiri. Pantas ku matikan suis lampu semula. Bilik kembali gelap. Di antara meja dengan sedikit cahaya lampu meja dan tempat aku berdiri sekarang disempadani oleh sebuah ruangan gelap. Jantungku berdebar-debar. Peluh jantan merecik. Adakah susuk tubuh itu sekarang berada di dalam kegelapan itu?

Aku tidak tahu mana yang lebih menakutkan sekarang, komputerku yang sudah menekan butang ENTER atau susuk tubuh di dalam kegelapan yang sedang menunggu.

***

"Welcome to new version of Blair Witch. Ready to enter the wood? "

Versi baru permainan video Blair Witch kini bertemakan pencarian dan penyelamatan remaja hilang ditelan ke dalam Blair Witch 1.0.

#DudukRumah
#SeramMY

#DudukRumah Bersama WattpadWhere stories live. Discover now