Aku terlopong. Seakan tidak percaya melihat selebriti pujaan hatiku yang dilaporkan menghilang merupakan jiran ku."Ch.. Cha.. Chan? From.. Stray Kids?"
Tergagap-gagap aku mengeluarkan suara.Dia hanya tersengih menampakkan lesung pipitnya yang dalam.
"Ha? apa? Puding roti? err.. okey"
Begitulah bagaimana aku pun tidak jadi pergi membeli barang dan sebaliknya bertandang ke rumah jiranku pada petang itu.
***
Chan membawa aku ke dapur rumahnya. Aku berjalan terjengket-jengket sambil memandang sekeliling memerhatikan seluruh dekorasi rumah Chan. Boleh tahan rumah dia ni. Tapi kejap, kenapa aku setuju ikut dia masuk rumah, kalau dia ni ada niat jahat nak apa-apakan aku macam mana?
"Welcome to Chan's kitchen~"
Tiba-tiba suara Chan mematikan prasangka burukku. Kami kini sudah sampai ke dapur.
"Err.. awak ni.. peminat kumpulan kami ke?" Chan menoleh memandangku membuatkan hatiku berdebar-debar.
"Ya, saya peminat Stray Kids! Sangat-sangat minat!" Jawabku bersemangat.
Chan tersenyum.
"Terima kasih, kerana meminati dan menyokong kami.. Saya sangat hargainya. Apa-apapun, siapa nama awak wahai jiran yang cantik?"
Wajahku mulai terasa panas, malu mendengar pujian berunsur nakal dari Chan itu."Ss.. saya Hanna.." Jawabku masih gugup.
"Serius lah? Adik saya pun bernama Hannah!" Chan kelihatan teruja.
Aku mengangguk.
"Ya, saya kenal Hannah. Saya minat Bang Sibling"
Memiliki nama serupa adik perempuan Chan merupakan sebuah anugerah buatku. Oleh itu, aku samgat mengagumi Chan bukan sahaja karismanya sebagai seorang ketua, tetapi juga sebagai seorang abang di dalam kumpulan itu.
"Hanna boleh duduk kat kerusi sana sambil saya siapkan puding roti, nanti kita boleh makan sama-sama" Chan mempelawaku duduk dahulu.
Aku merasa tidak enak pula datang ke rumahnya hanya untuk makan maka aku berasa sedikit keberatan.
"Err.. takde apa-apa yang saya boleh tolong ke? macam.. bancuh minuman ke?" Aku menawarkan diri.
"Awak nak tolong saya?" Tiba-tiba wajah Chan serius merenungku.
"Yy.. ya.. " Jawabku.
"Betul juga kan, buat kerja sama-sama lebih seronok kan.. cepat siap, boleh cepat kita boleh makan hehe" Balas Chan.
Aku tersenyum. Lalu menyinsing lengan bajuku dan kami pun bersama-sama menyediakan juadah minum petang kami sambil berbual.
***
"Awak kalau ada kelapangan tu, jemput lah datang ke sini, kita boleh lepak, minum-minum, makan-makan sama-sama" Chan berkata sebelum menghirup tehnya.
"Terima kasih jemput saya." Aku membalas
"Eh, jamahlah puding roti tu. Dari tadi saya tengok awak asyik minum je. Jangan lah segan silu" Chan menegurku.
Aku terdiam. Alasan apa harus aku gunakan? perlukah aku jamah saja untuk menyedapkan hati Chan?
Aku cuba menjamah sedikit dan sungguh mengejutkan, ia terasa enak. Tidak seperti puding roti yang pernah kumakan sebelum ini.
"Sedap." Komenku.
Diam seketika.
"Hanna" Tiba-tiba namaku diseru.
Aku memandang Chan sambil mengunyah puding roti dalam mulutku
"Boleh tak Hanna jadi 'ibu' untuk anak-anak Stray Kids yang lain? Sebab saya.. kena rehatkan diri saya buat sementara waktu, jauh dari media, jauh dari agensi.."
Aku tergamam.
"Mana manager-hyung?" Aku yakin apa-apa kejadian, pengurus mereka sentiasa mengambil tahu. Apa sebenarnya yang terjadi terhadap Stray Kids.
"Tipu je! Chan cuma nak jirannya jadi kawan Chan yang sunyi!"
Eh?
#DudukRumah
#FanFiksyenMY
YOU ARE READING
#DudukRumah Bersama Wattpad
RandomPerintah Kawalan Pergerakan? Hashtag Duduk Rumah? Untuk orang sepertiku yang suka bercerita, bagaikan sebuah pengalaman biasa. @AmbassadorsMY ingin menemaniku. Ikuti kisah-kisah 500 patah perkataan, #DudukRumah bersama Wattpad untuk melupakan sek...