f o u r

194 27 2
                                    

Kini tiba la masanya untuk tuan rumah berucap di ruang utama. Selepas memastikan yang semua orang menumpukan perhatian kepada yang berucap, A Spy mula membontoti pelayan pelayan lain ke dapur. Tiba tiba ada seseorang yang membebel di belakang diorang.

"Entah apa nya si joon tu suh aku jadi pelayan. Fikir aku ni bibik ke apa? Nak melayan orang sana sini. Kalau ajak makan sekali takpe la jugak ni suka suki arah orang suh ambik itu ini bla bla" seorang lelaki berbibir tebal. Siapa lagi? Kim Seokjin la. Tiga orang manusia yang maybe geng dia jugak cuba untuk memujuknya.

"Sudah hyung. Sudah. Lepas dia berucap nanti hyung kerjakan la dia" kata orang yang bergigi arnab pula. Jeon Jungkook namanya. Fuh ensem. Tapi yang pendek tu lagi sem.

"Betul tu hyung. Ada ke dia suh kita jadi pelayan. Ish ish ish kawan jenis apa la dia ni" Jimin menggelengkan kepalanya. Taehyung pula membuka mulut.

"Bwi pon setuju! Tapi kita kena kemas semua ni dulu. Nanti bising pulak Joon hyung tu" kata Taehyung. Mereka berempat melihat kearah A Spy.

"Ha korang. Korang pergi ambikkan sabun" arah Seokjin. A Spy hanya mengangguk. Setelah mengambil sabun, diorang terus memberikan alasan untuk balik. Memang nahas la kalau tetiba hilang camtu.

"Em korang. Kitorang kena balik cepat. Omma appa marah sebab kluar malam malam buta. Takpe kan?" tanya Hongjoong. Dia still pakai topeng mata tu.

"Ha takpelah. Korang balik lah. Ramai lagi pelayan kat sini" jawab Jimin. A Spy mula beredar. Lepas kluar je dari dapur, diorang terus berlari ke bilik kebal. Diorang terhenti bila ternampak ada dua orang yang jaga bilik kebal tu. Fuh badan besar tegap je. Diorang bersembunyi di sebalik dinding.

"Yun. Kau ada bawak tak pistol elektrik kau?" tanya Mingi. Dia membuka topeng mata nya. Begitu juga yang lain.

"Ada ada" Yunho mengeluarkan pistol tersebut lalu melempar ke arah Wooyoung yang dekat dengan guard berdua tu. Wooyoung menembak leher kedua dua manusia tersebut. Dan diorang pengsan.

"Eleh harap badan je tegap. Kena renjatan elektrik sikit dah pengsan. Heh" ejek San. Diorang berlapan mendekati bilik kebal tersebut. Yeosang menekan password. 1209. And yup! Pintu tu terbuka. Apa kejadah letak password birthday sendiri ni. Letak la password birthday awek ke ha. Birthday mak ayah ke.

Jejak je kaki diorang kat dalam bilik kebal tu, perangkap lazer mula menyala. Lampu merah berada di merata tempat. San dengan lafaz bismillah nya, dia melepasi satu persatu lazer tersebut. Berbelit badan dia jadinya.

Sampaila dekat part last ni. Dia kena straightkan kaki dia 180°. And tu membuatkan A Spy start tutup telinga. Mata still memandang. San mengengsot, and engsot sikit lagiii. Dah nak sampai dah sikittt je lagi ha rambut dia nak kena cahaya lazer tu. Kalau dia gerak lagi sikit, konfem kena punya.

Dia merendahkan badannya sikit, and dia mengengsot kedepan lagi sikit. And sikit lagiiiii ha dah sampai. Dia berdiri. A Spy menghembuskan nafas lega. San menutup perangkap lazer. A Spy mula berjalan ke arahnya.

"Syukur alhamdulillah" mereka berlapan mula buat sujud syukur didalam bilik kebal tersebut.

"Haih. San. Aku harap kau tak apa apa untuk tu" Seonghwa berkata. Dia menunjuk kearah laluan yang berjubin(jubin ke duh).

"Kalau aku mati nanti, cakap kat Bos Keykiyu yang boxer spiderman warna pink dia aku dah bakar tau. Seonghwa hyung, aku mintak maaf sebab selama ni senduk hyung tu aku yang main berus berus jamban. Hongjoong hyung aku mintak maaf sebab laptop hyung yang hilang haritu tu, aku yang suruh Chris curi. Yunho, patung Ice Bear kau aku ada terkoyakkan sikit kat bahagian ekor dia. Yeosang, kau punya skateboard aku dah patahkan sebab kau usik Shiber aku and aku taknak mintak maaf. Drone kau pon aku sorokkan. Mingi, sentiasa la senyum setiap hari ye. Wooyoung, aku sayang kau. Cari la lelaki lain untuk bersama kau"

"Andwaeeee" dah mulalah drama dia.

"And Jongho, jadilah adik yang terbaik untuk abang abang kau ye" ha habis pon luahkan segala benda yang dirahsiakannya selama ni.

"Patutla aku cari senduk fav aku tak jumpa jumpa. Kau buat main rupanya"

"Dah tak perlu cakap. Aku dah belasah dia dah pon"

"Oh my Ice Bear!!"

"Kalau kau selamat, balik nanti aku koyak koyakkan Shiber kau"

"Aku sentiasa memberikan senyuman yang begitu manis bak bunga taik ayam"

"Andwaeeee. Awak la laki saya yang saya takleh lepaskan huwaaa my mountainnn"

"Ha boleh boleh. Nanti bagi upah kat sana ya"

San mula mendekati lantai tersebuttt. Ada corak. Macammn nombor? 1, 2, 3 sampai 10. Eh fikir ni mainan budak tadika ke? Budak tak pandai kira sampai 10 terus mampos? Gitu?

"Mesti dia ada nak perangkap kita ni. Takkan la sesenang ni dia bagi" kata Yeosang. Yang lain mengangguk menyetujuinya.

"Aku jalan dulu ea" kata San. Dia memijak jubin yang terukir nombor 1. Diorang tengok sekeliling. Takde pape jadi. Kemudiannya nombor 2. Diorang pon tengok sekali lagi takde pape jugak. Benda yang sama dibuat pada setiap jubin bernombor sampai la nombor 9. Kat jubin terakhir tu ada dua pilihan.

Nombor 10 and 11. San baru je nak pijak 10, yang lain menjerit.

"Kejap San!" terbantut si San dibuatnya. Sudahla dia tu hampir nak tercabut jantungnya takut pape jadi. Yang lain pulak menjerit.

"Mana tau kalau dia saje nak perangkap kita. Antara 10 ngan 11, memangla 10 jawapannya. Tapi dia fikir yang kita ni lurus bendul then suruh kita pijak 10 padahal tu perangkap" Seonghwa berkata. Memang cekap habis duh spy ni.

"Betul jugak cakap kau Hwa" Hongjoong bersetuju.

"Tapi hyung, kalau dia fikir yang kita ni terlalu bijak, kita rasa yang kita dah tau yang dia nak perdaya kan kita, maybe jugak dia memang buat perangkap nombor 11 tu" kata Yunho pula. Semua mula buntu.

"Alakadar je la" jawab San bersahaja. Eh memang nak mati awal ke apa. San mula mengangkat kakinya. Seperti didalam tv, mesti scene mendebarkan ni dia buat slow motion. A Spy juga slowmo menutup mata diorang and kadang kadang mengintai. Kecuali Jongho. Halah this is Choi Jongho la. Sentiasa bersedia tengok ajal hyung dia sampai. Kuaja betoi.

San memijak jubin yang terukir nombor 10. And lantai tersebut mula jadi warna merah. Takleh nak lari dah weh. Anak panah laju menuju ke arah San. Tiba tiba

"Windness Gryffind!!" anak panah tersebut beralih arah menuju ke dinding. Guess what? G Spy datang. And yang alihkan anak panah tadi Minji. Wah dah pandai kawal ea. Anak panah tadi menembus dinding. Hancur berderai. Fuh takleh bayang kalau San kena.

Info:
Windness Gryffind-Hanya Minji yang boleh menggunakan spell ni kerana khas untuk kuasanya sahaja.

Cara sebutan

Waindnes Grifin

Waind(d halus)ne(e untuk emak)s Grifin

A Spy mula terpaku. Tak bergerak duh. Cam kena sumpah jadi batu. G Spy pon dah bangga ngan Minji. Ala selamatkan nyawa orang sape tak bangga.

"Ta-Tadi tu apa" tanya Jongho. Dia terkejut. Depan mata dia duh anak panah tu beralih.

"Yah korang. Jangan la terkejut sangat" kata Seyoung.

"Macam mana tak terkejut!!"

To Be Continue

√ Agent Spy《에이티즈》Where stories live. Discover now