f o u r [S2]

117 14 0
                                    

"Kenapa lambat?!" suara Nek Kasa bergema diruang tersebut. Ateez terkejut beruk dibuatnya. Yela, diorang mana biasa lagi dengar suara macam tu jerit. Macam- okay tabaik mengutuk orang bulan puasa macam ni. Nanti aku yang kena.

"Diorang bangun lambat, nek" jawab Chansoo selamba badak. Ggs nampak cool je. Ha sebab tu la dipanggil Girls Got Swag aceh menyempat.

"Kalini aku maafkan korang. Lain kali kalau lambat lagi, korang berlapan kena push up 50 kali" kata Nek Kasa. Ateez mula kecut perut. Mata Nek Kasa tertangkap sesuatu yang menarik. Terus tergelak member kat situ.

"Nape nenek gelak nek?" tanya Mingi sambil buat muka seposen dia.

"Baik kau pergi tengok kat air pancut sana" Jimyul menunjuk kearah air pancut yang berdekatan dengan mereka. Mingi terus berjalan kearah air pancut tersebut dan terjerit kecil.

"Yah! Yang Moon kau ni kan!!" Mingi mengejar Moon tapi tetiba je Moon hilang dari radar. Mingi dengan serta merta mengalah. Dia membasuh mukanya sehingga hilang kesan make up. Setelah siap, diorang beratur didepan Nek Kasa.

"Kau boleh tunjuk diri sekarang Moon" kata Nek Kasa. Moon terus memunculkan dirinya. Dia duk tempat dia je dari tadi. Tak gerak kemana pon. Nek Kasa menyambung percakapannya.

"Aku Mahaguru Kasa Putih. Korang boleh panggil aku Nek Kasa. Aku akan latih korang untuk dapatkan kuasa yang korang nak. Aku harap korang semua boleh bertahan dengan cabaran yang diberi. Ingat, semasa latihan, dengar arahan aku. Kalau korang tak dengar, aku pada masa tu, akan buat apa saje yang aku nak" Nek Kasa juga seperti meremangkan bulu roma abe abe eytih. Seram sejuk wo

"Faham?!"

"F-Faham nek!!"

"Okay kita mulakan dengan cabaran pertama" Nek Kasa memasuki rumahnya diikuti yang lain.

"Korang kena ingat. Berlatih elok elok kalau tak, nahas korang dikerjakan nek" dengar je balik amaran Wonmi, terus Ateez rasa cam nak balik rumah.

Cabaran pertama

Kesabaran

"Challenge ni awal awal Hwa hyung takkan lepas" straight Jongho berkata.

"Korang nampak kan sampah tu? Sila bertahan dengan jangan kutip sampah tu masuk dalam tong. Sebab time korang berlawan nanti, takde masa nak kutip sampah" terang Jimyul tentang cabaran pertama. Seonghwa mula berubah menjadi agresif. Dengan serta merta dia mengutip sampah sampah tersebut masuk kedalam tong sampah.

"Failed!" jerit Jimyul. Nek Kasa hanya terangguk angguk.

"Bawak alatan lain" arah Nek Kasa. Jimyul mengangguk. Untuk cabaran pertama, Jimyul yang bertugas. Jimyul kembali dengan kertas kecil yang berkilauan.

Dia menabur kertas tersebut di merata rata tempat. Seonghwa mula pening. Yang lain pulak pergi main kertas tu macam main salji. Siap baring and kebas kebas tangan lagi.

"Parah" kata Nek Kasa. Dia menggelengkan kepalanya melihat perangai sebenar Ateez. Memang sebijik macam Ggs time mula mula latihan dulu.

"Failed!" jerit Jimyul sekali lagi. Ateez kembali ke tempat masing masing.

"Alatan lain!" Jimyul mengambil alatan lain lagi dan kembali dengan sekotak pizza dan juga pisau. Seonghwa macam dah agak je Jimyul nak buat apa. Jimyul memotong pizza tersebut. Bukan segi tiga tapi segi empat. Fuh terbakar habis mata Seonghwa dibuatnya.

"Aish salah lah! Bukan macam tu orang potong!" Seonghwa merampas pisau tersebut dari Jimyul lalu memotong pizza dengan betul. Memang panas habis hati dia tengok adegan yang begitu kejam. Ateez yang lain tetiba rasa geram bila pizza dipotong macam tu.

√ Agent Spy《에이티즈》Where stories live. Discover now