f i v e

206 21 3
                                    

"Kot ye pon terkejut. Jangan la jerit hadoh" kata Eunjin. G Spy mula berjalan ke arah A Spy.

"Korang sape? Alien ke?" tanya Wooyoung.

"Haah. Alien" jawap diorang selamba.

"Alien apa yang cantik begini" Mingi mula menilik muka sorang sorang. Macam manusia biasa je.

"Alien yang sudah ditakdirkan untuk bersama korang semua okay gurau je" Haena memberikan senyuman kepada A Spy. Tak sampai 3 saat terus hilang senyuman dia.

"Creepy betul la"

"Kitorang kawan sekerja korang. Bos Keykiyu suruh tengok tengokkan korang. Dia pon tahu yang kitorang ni ada kelebihan luar bisye" kata Chansoo. Saje nak menunjuk, dia terbang mengelilingi A Spy. Kuasa dia tak perlu ada spell. Kalau dia rasa nak terbang, ha terbang je.

"Ehem korang. Datang sini jap. Aku ada nampak sesuatu" San yang dah sampai kat hujung jalan memanggil A Spy juga G Spy.

"Macam ne kitorang nak pergi? Jubin tadi pon dah hancur sebab tekaan salah" tanya Yeosang.

"Aku kan ada" Minji berkata.

"Kau okay ke? Ramai ni. Tak berat?" tanya Haena. Risau angat bini dia ha.

"Okay je. Bangunan pon aku boleh apungkan. Takkan setakat diorang sekecik ni aku takleh" sempat dia mengutuk diorang. Wahai atiny, jangan la kamu semua mengecam si Minji ni.

"Eleh dia pon pendek"

"Dah diam" kata Wonmi.

"Windness Gryffin" seorang demi seorang terapung di udara.

"Waaaa aku terbang la weh HAHAHAHA" seperti disampuk, Mingi tergelak. Begitu juga dengan Yunho dan Wooyoung. Orang lain takut sebab takut tetiba jatuh lam lubang dia boleh pulak gelak. Chansoo sudah sampai dekat seberang jalan.

"Ha ada yang tertinggal tak?" Moon bertanya. Mana tau an ada yang tak nampak tetiba tertinggal kat sana. Nahas pulak jadinya. Hongjoong mengira anak anak buahnya. Suda cukup.

"Takde" diorang berlima belas berjalan ke arah San.

"Huwaaaaa Sannieeeeee mujur kau tak apa apa hiks" Wooyoung memeluk ;-; San.

"Drama king betul"

"Apa hyung nampak?" tanya Jongho setelah diorang semua sampai.

"Pink diamond tu ada kat situ" San menunjuk ke arah pink diamond yang berada didalam bekas kaca. Nampak tebal. Belum sempat yang lain nak jalan ke arah pink diamond tu, Seonghwa dan Hongjoong menghalang. Terhenti diorang dibuatnya.

"Kita tengok dulu ada cctv ke tak" biasa la. SeongJoong an cekap orangnya. Yang lain mengintai ngintai jikalau ada cctv.

"Ada. Kat sana ada tiga. Then penjuru sana ada 4. Oh ye kat belah kanan tu pon ada 3. Kawalan ketat sangat la" banyak benor cctv nya.

"Apa gunanya aku kat sini" Moon berkata. A Spy memandangnya hairan. Apa punya kuasa la kalini. G Spy mula membuat muka menyampah. Dah nak acah jadi heroin la tu HAHAHAHA.

"Invisibless Reparro" diorang berenam belas terus jadi halimunan. Tapi A Spy tak perasan apa apa.

Info:
Invisibless Reparro-Spell ni khas untuk Moon sebab kuasa dia. Kalau yang lain guna, takkan jadi apa apa.

Cara sebutan

Invisibes Reperow

Invisibe(e untuk emak)s Re(e untuk emak)pe(e untuk ekor)row

"Apa yang jadi? Takde pape jadi pon?" tanya Mingi. Dia tengok still sama je.

"Korang halimunan. Kita je yang boleh nampak. Cctv takkan dapat kesan kita." G Spy mengangguk menyetujui Seyoung. A Spy hanya meng oh kan penjawapan tersebut.

√ Agent Spy《에이티즈》Where stories live. Discover now