t w o

273 25 3
                                    

pagi

Seperti biasa, yang paling tua iaitu Seonghwa, mesti bangun awal untuk kejut sorang sorang. Dia mengambil tuala untuk mandi. Selesai mandi, dia mengejutkan Hongjoong terlebih dahulu.

"Yah Joong. Bangun. Dah pagi ni" Seonghwa menggoncangkan badan Hongjoong sedikit. Hongjoong pula menurut dan bangun sambil menenyeh matanya. Hiks mengapa budak ni comel angat.

"Kau pergi mandi dulu. Aku nak kejutkan yang lain" Hongjoong mengangguk. Dia menggeliat kecil lalu bangun untuk mandi.

Seonghwa keluar dari biliknya lalu ke bilik YunGi. Dia membuka pintu bilik tersebut lalu masuk.

"Eh tak bangun lagi budak ni" Seonghwa mencekak pinggangnya. Dia berjalan ke arah katil Yunho.

"Yunnnn bangunnnnnn. Mandi cepat. Kita dah nak gerak pergi jumpa bos" Seonghwa menggoncang Yunho dengan kuat. Halah kalau goncang slow bukannya nak bangun.

"Ha ye ye" Yunho berkata dengan suara yang mamai. Dia masih baring.

"Mandi mandi. Kejutkan Mingi kau tu. Cepatttt. Nanti kalau hyung masuk skali lagi bilik korang and korang tak bangun lagi, tau tau la apa hyung nak buat" serem aja warning nya.

"Ye ye. Yun bangun la ni" padahal still baring.

"Banyak la kau punya bangun. Dah, ingat tu" Seonghwa berlalu keluar dari bilik diorang berdua. Ha bilik JongSang pulak.

"Yah korang. Bangun bangun. Dah pagi ni. Nak masuk tengah hari dah. Nanti nak kena jum--"

"Dah bangun dah pon" belum sempat Seonghwa nak membebel, Jongho dan Yeosang bangun serentak. Malas nak dengar la tu.

"Ha bagus. Nanti kalau aku masuk jangan tidur balik pulak. Pegi mandi"

"Naeeeee" Seonghwa ke bilik WooSan. Ha yang ni boleh tahan susah. Tapi Mingi lagi susah.

"Wooyoung. San. Bangun"

"Ha ye ye esok esok" San berkata sambil memeluk Shibernya.

"Takkan kau nak bangun esok. Bangun cepatttt"

"2 minit lagiiii" Wooyoung menutup mukanya di belakang San.

"Takleh. Bangun bangun. Cepatla. Dah nak tengah hari ni"

"2 jam lagiii"

"Kalau kau rasa nak kena mandi kat atas katil, ha bangun la lagi 2 jam" Seonghwa acah acah nak pergi bilik air.

"Aishhh ye la ye la. Orang bangun ah ni" San bangun dengan keadaan mamai. Shiber still kat tangan.

"Taknak bangunnnn" Wooyoung memeluk perut San pula. Aih budak ni sengaja nak wat aku jeles hiks.

"Bangun la oi" San mengalihkan tangan Wooyoung yang memeluknya. Dia bangun untuk masuk ke tandas.

"Hadoh nak menyempat sikit pon tak boleh" Wooyoung duduk bersila sambil memeluk tubuhnya. Eh ada yang aku sepak ikut tingkap karang.

"Dah dah dah. Lepas Sannie mandi, kau pegi mandi" Wooyoung hanya mengangguk. Seonghwa keluar dari bilik Wooyoung dan San lalu kedapur. Nak masak.

"Nak masak apa eah?" Seonghwa meletakkan jari telunjuknya didagu. Buat buat pikir.

"Masak pancake je la" Hongjoong berkata di belakang Seonghwa. Seonghwa memandang ke arahnya. Rambut still basah. Auch hotnyaaaa

"Okeh. Tolong keluarkan bahan. Alang alang kau dah siap, tolong aku buat pancake skali" Hongjoong mengangguk lalu mengeluarkan bahan bahan.

√ Agent Spy《에이티즈》Where stories live. Discover now