Cheng dan Cress duduk mengelilingi Xaariz yang sebentar tadi meronta ronta kuat di atas kerusinya.
"Kau takkan dapat lepaskan diri dari racun aku kalini Xaariz. Aku akan pastikan bila keluarga kau jumpa kau, mereka hanya akan bawa mayat balik ke Dragoland dan masa tu kau tau apa akan jadi ? Adik kau akan mengamuk dan akan hancurkan Dragoland..Makin senang la kerja aku nanti" Sinis sahaja Cheng berkata kata.
Cress menghulurkan picagari yang berisikan racun kegelapan kepada Cheng. Jauh di sudut hatinya, dia ingin melepaskan Xaariz dan membantunya. Namun, apa yang dilakukan oleh otak dan fungsi badannya terbalik dari apa hatinya inginkan.
Suara-suara kebencian bergema gema di dalam kepalanya. Kuasa kegelapan dalam dirinya menggelapkan hatinya. Lama-lama perasaan belas kasihan hilang dalam dirinya dan dia menjadi seorang yang pendendam dan gembira melihat orang lain terseksa.
Cheng menyuntikkan racun tadi ke dalam badan Xaariz. Dia menunggu beberapa saat sebelum mencabut picagari tersebut dari leher Xaariz.
"Kemaskan barang kita, kita akan tinggalkan tempat ni sebelum ada orang lain jumpa kita" Cheng mengarahkan Cress.
Seperti robot, Cress pantas bergerak dan mengemaskan barang-barang yang diperlukan mereka.
Cheng masih memerhatikan Xaariz dan senyum terlakar diwajahnya apabila racun yang disuntikkan tadi sudah meresap ke seluruh badannya dan badan Xaariz mula menjadi pucat. Buih kecil keluar dari mulut Xaariz seakan akan muntah gunung berapi.
Namun senyum yang terlakar tadi mati, tubuh Xaariz kembali seperti sediakala, muntah buih tadi juga berhenti dan apa yang lebih mengejutkannya, rambut Xaariz telah berubah dengan kemunculan warna warna lain.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Xaariz yang duduk berteleku di tepi air terjun merasakan ketenangan yang sangat menyenangkan dan keselesaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.
Aura ketenangan yang dihasilkan oleh Xaariz membuatkan air yang tadinya berpusar dengan ganas menjadi tenang dan muncul jambatan yang menuju ke arah air terjun tersebut.
Xaariz membuka mata dan dia kagum dengan apa yang disaksikannya. Air terjun yang jatuh dari atas itu terbelah dua membuka seperti pintu di sebalik air itu jelas dilihatnya pintu.
Tanpa membuang masa, Xaariz segera menyeberang menuju ke pintu tersebut. Tolak sahaja pintu tersebut, terpampang dua ekor naga miliknya yang sudah dalam bentuk chibi sedang bertafakur.
"One, Zuro..Aku dah datang untuk kalian" Xaariz mendekati kedua naganya secara perlahan-lahan.
Kedua dua naganya tidak bertindak balas dengan suara Xaariz.
Xaariz memberanikan dirinya untuk menyentuh dua ekor naga tersebut. Naga tersebut tetap tidak bereaksi.
Dengan sedaya upaya Xaariz cuba membangkitkan naganya dari tidur mereka. Ditolak, digeletek, dipicit. Naga tersebut tetap tidak bereaksi.
Xaariz yang geram cuba untuk memukul naga tersebut dan secara tidak sengaja tangannya luka terkena tanduk Azzuro. Darah menitik ke atas kedua dua naganya dan naga itu bangkit setelah terasa darah milik Xaariz.
Azzuro dan Arancione yang kecil terbang dan duduk di atas telapak tangan Xaariz. Kedua mereka menjilat darah Xaariz dan perlahan-lahan luka tadi sembuh tanpa meninggalkan sebarang parut.
"Azzuro, Arancione!" Gembira bukan kepalang Xaariz dengan dua ekor naganya.
Dari bentuk chibi, Arancione dan Azzuro kembali ke bentuk normal mereka.
"Kami akan bersatu denganmu, Maka sediakanlah dirimu, Darahmu sudah menjadi simbol kepada penyatuan kita. Seal itu telah patah dan kami sedia melayani dan memberikan kuasa kami kepadamu" Zuro dan One berkata serentak dan menunduk hormat ke arah Xaariz
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Dummmm* Dentuman kuat terhasil dari bilik tempat kurungan Xaariz, Cheng yang bersantai tersentak dengan apa yang berlaku!! Mustahil Xaariz masih hidup setelah diberikan racun sebentar tadi.
*Kreakkkk* Pintu terbuka dan menunjukkan sekujur tubuh sedang berdiri dengan mata yang bersinar terang.
"Siapa Kau ?!" Lantang Cheng bersuara, cuba menakuti.
Xaariz tidak membalas dan hanya berjalan perlahan keluar dari bilik dengan senyuman yang menakutkan.
"Hihi, Kau ke yang cuba bunuh aku tu?! Maaflah, nampaknya kau tak berjaya. Hihi" Xaariz ketawa seorang diri sambil menyindir Cheng yang cuba membunuhnya.
"Muss..Mustah.il kau masih boleh hidup selepas apa yang aku buat kat kau!" Cheng membalas walaupun agak gementar.
"Racun kau tu cuma membangkitkan sesuatu yang kau tak mampu nak lawan. Terima kasih atas pertolongan kau" Sinis saja Xaariz berkata kata.
"Cresss!! Kemari Kau!! Kita perlu tinggalkan tempat ni segera!!" Cheng enggan berlama lama, risau Xaariz akan menyerangnya pula. Kecederaannya masih belum pulih dan sekiranya dia perlu bertarung tentu saja dia akan kalah.
Cress berjalan pantas menghampiri Cheng, membawa bersama barang yang mereka inginkan.
Xaariz tersentak melihat wanita yang disukainya berada dihadapannya dan mengkhianati Kaizerland dengan bekerjasama bersama orang Slayerland.
"Cress, Kau kena racun kan ? Orang ni buatkan kau khianat kami kan ?" Xaariz bertanya dengan nada yang lemah, tidak percaya dengan matanya.
"Heh, pada awalnya memang dia buat racun aku untuk membelot kamu tapi, sekarang kesan racun tu dah hilang dan aku berbesar hati untuk membantu dia. Kamu semua perlu dihancurkan!!' Cress membalas dengan spontan.
"Hentikan drama kamu, Cress, mari kita tinggalkan tempat ni," Cheng menarik tangan Cress dan membaca sihir untuk membuatkan mereka halimunan.
Xaariz merasa sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Cress. Sakit hatinya melihat kesanggupan Cress mengkhianti negara mereka.
"Xaariz, Jangan terlalu emosi, kelak akan memakan dirimu" Azzuro bersuara untuk menenangkan Xaariz.
Kekecewaan dalam dirinya membuatkan Xaariz hilang kawalan dan ingin membunuh Cheng dan Cress.
"Pengkhianat harus dihapuskan!!" Bermonolong sendiri Xaariz dan kemudian bertindak menghancurkan markas persembunyian Cheng dan keluar mengejar kedua orang yang ingin dibunuhnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jeng Jeng Jeng 😈
To Be Continue 🌈😇
Do Like And Comment
Tolong Promote Jika Tidak Keberatan Yah .. TQ 🤗
YOU ARE READING
The Lost Princess
Fantasy'Haizel Sky Crystalrine' Nama tak seindah jalan hidupnya. Dia membesar tanpa kasih sayang ibu dan tahu asal usul ayahnya. Hidup sangat perit disamping keluarga ibu saudaranya yang sentiasa menyeksanya. Kerana fitnah dia dihalau dari rumah ibu saud...