Bab 25 :

2K 129 21
                                    

"Cress!!, kau akan bertanggungjawab atas apa yang kau lakukan. Aku takkan lupakan dan maafkan apa yang kau dah buat!!" Xaariz berkata dengan perasaan yang bercampur baur. Kecewa, marah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Xaariq perlahan- lahan membuka kelopak matanya. Dilihat ke sisi katil, Haizel tertidur di tepi katil. Xaariq tersenyum simpul melihat gadis yang diminatinya menemaninya sepanjang malam.

Penuh perasaan kasih Xaariq menatap Haizel. "Alangkah indahnya hari kalau tiap hari menatap keindahan dunia ini" Xaariq bermonolog sendiri dengan angan-angan. Sedang ralit menatap wajah Haizel yang putih melepak, Xaariq dikejutkan dengan suara ayahandanya yang datang menjenguk keadaan puteranya.

"Aariq.. dah bangun dah ? ada sakit kat mana- mana tak? risau ayahanda tengok keadaan kamu tak sedarkan diri semalam" Selamba sahaja King Xavier menegur anaknya yang ralit memandang sang gadis.

"Err.. Ayahanda ?" terkejut betul Xaariz mendengar ayahandanya. Rasanya baru semalaman dia tidak sedarkan diri. Bagaimana pula ayahandanya boleh ada. Maklumlah jarak perjalanan dari Dragoland ke Kaizerland bukan dekat.

"Hmm?" King Xavier tersenyum sinis melihat tingkah anaknya itu. Sama sepertinya ketika bercinta dengan ibu mereka. WAHAHAH.

"Bila ayahanda sampai?! Ada apa-apa masalah ke sampai datang ke mari?" Hairan saja ayahandahya yanh selalu sibuk datang ke Kaizerland.

"Ayahanda tak boleh datang ke?" Bermain dengan soalan pula King Xavier. Sahaja mendera perasaan malu Xaariq yang ditangkap olehnya menatap si Haizel.

"Aariz mana yah ?" Pantas sahaja Xaariq menukar soalan kerana enggan menjadi mangsa ejekan dari ayahandanya.

Senyuman yang terukir di bibir King Xavier mati apabila mendengar soalam yang diajukan oleh Xaariq.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sihir halimunan yang dikenakan oleh Cheng dan Cress semakin pudar dan menunjukkan fizikal tubuh mereka sepenuhnya.

"Mampuslah, boleh pulak mantera ni habis masa tengah sibuk nak lari!" Cheng bersuara keras menandakan ketidakpuashatian terhadap sihir tersebut.

Cress hanya mengikut jejak Cheng yang melompat dari dahan ke dahan untuk mengelakkan sebarang kesan tapak kaki ditinggalkan di tanah.

"Cress! Kau cepat siket. Nanti budak yang sukakan kau tu dapat kejar kita pulak. Mati kita dikerjakannya.! Kau pun bodoh, kenapa kau buka rahsia kau depan dia ?!" Geram Cheng memikirkan tindakan membuta tuli yang dilakukan oleh Cress tadi.

"Aku tak tahu pulak di masih mampu bertahan. Aku cakap benda tu supaya dia patah semangat dan lemas dimamah racun yang kau berikan.! Kau kata racun tu lagi berkesan kalau orang yang menerimanya patah hati kan ?!" Cress menjawab dengan suara yang keras.

Cheng hanya diam dan menyumpah seranah di dalam hati.

Cress yang dibalas dengan kebisuan mula memikirkan apa yang dilakukannya sekarang ini adalah salah. Menyesal ? Hatinya seperti ditusuk tusuk ribuan jarum yang tajam. Namun apa yang dilakukam ini sudah tiada jalan kembali. Hanya kerana sikapnya yang kurang matang dan rasional. Dia dengan beraninya membuat perjanjian dengan Cheng untuk membantu Slayerland bagi menjatuhkan Kaizerland dan Dragoland sebagai ganti untuk nyawa Haizel dan kuasa kegelapan yang diberikan untuknya membalas dendam.

"Haih" Cress hanya mampu mengeluh memikirkan semula kebodohannya ini.

"Cress! Kau cepat ! Aku dapat rasa aura budak tak guna tu semakin mendekat. Kau taknak mati kau ikut aku !" Suara Cheng memanggil Cress dibelakangnya bagi membentuk sihir kegelapan untuk mempertahankan diri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Ayahanda ?" Xaariq menegur ayahandanya yang diam tidak berkutik apabila dia mengajukan soalan tentang abang kembarnya.

King Xavier menghela nafas yang berat. Suara King Raito bergema di dalam kotak fikirannya.

"Xaariz tidak dapat dijumpai dikawasan sekitar istana. Spekulasi daripada Tentera Elit adalah Xaariz diculik dan dibawa lari semasa kekecohan yang berlaku ketika Xaariq hilang kawalan."

King Xavier memandang tepat ke arah anak mata Xaariq yang menunggu jawapan darinya. Entah apa lah yang ingin dikatakan untuknya.

Baru sahaja King Xavier ingin membuka mulut. Haizel yang berada di sisi katil Xaariq tersedar dari lena.

Haizel menggeliat kecil dan mengosok gosok matanya.

"Selamat pagi Haizel!" Tumpuan Xaariq pada ayahandanya ditarik Haizel yang baru bangkit dari lena.

Haizel tersenyum sebaik sahaja mendengar suara Xaariq. Nampaknya Xaariq tidak apa apa. Syukurlah ucap hati kecilnya.

King Xavier yang terasa dirinya menjadi orang ketiga berdehem dehem bagi menyedarkan kedua manusia di depannya untuk kembali ke alam nyata.

Xaariq dan Haizel yang tersedar kehadiran King Xavier tersipu sipu.
Haizel bangkit dan memberikan tunduk hormat untuk King Xavier.

"Selamat pagi King Xavier" Haizel berkata dengan lembut sambil menundukkan separuh badannya tanda hormat.

Xaariq menarik muka masam setelah mendengar Haizel yang hanya mengucapkan selamat pagi kepada ayahandanya. Ucapan selamat yang diberikan untuk Haizel juga tidak dibalas. Hmmm. Sedih..

" Ya, pagi. Kamu dan Xaariq boleh pergi bersiap. Setelah itu pergi ke ruang makan. Beta dan King Raito akan menunggu disana." King Xavier membalas sapaan Haizel dan memutuskan untuk memberi ruang untuk Haizel dan Xaariq membersihkan diri sebelum mereka diberikan berita tentang kehilangan Xaariz.

"Baik Ayahanda", "Baik Tuanku" Xaariq dan Haizel menjawab dengan serentak.

Haizel segera keluar dari bilik yang menempatkan Xaariq dan berlari anak menuju ke biliknya.

Xaariq pula hanya melihat kelakuan Haizel dan kemudian turun dari katil menuju ke bilik airnya. Wiuuu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jeng Jeng Jeng 😈

To Be Continue 🌈😇

Do Like And Comment

Tolong Promote Jika Tidak Keberatan Yah .. TQ 🤗

#StaySafeThere💕

The Lost PrincessWhere stories live. Discover now