Bab 26

2K 153 63
                                    

Xaariq yang berada di istana berasa ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya terasa seperti ditusuk dan seluruh tubuh badannya terasa sangat panas. Xaariq cuba untuk memanggil ayahandanya namun sekuat mana pun dia berusaha, tiada suara yang keluar dari mulutnya. Air matanya mengalir tanpa sebab dan tubuhnya menjadi lebih panas dan mula membuatkan Xaariq terasa kesakitan.

Xaariq hanya mampu memejamkan matanya untuk menahan segala kesakitan yang dialami. Sebaik sahaja matanya tertutup, dia seperti berada di tempat lain dan mampu menyaksikan si abang, Xaariz di sebuah hutan dan sedang hilang kawalan. Xaariz bergerak dengan lincah dan mengejar dua orang manusia. Seorang lelaki dan perempuan. Kemarahan dan kekecewaan si abang juga dapat dirasai oleh Xaariq.

"Xaariq? Xaariq?" Lembut sahaja suara Haizel mengejutkan Xaariq dari visinya.

Perlahan-lahan rasa sakit yang menusuk dan membakar tadi hilang dengan sendiri. Xaariq merasa sangat lega namun dalam masa yang sama risau akan keselamatan si abang.

"Haizel, kau kena tolong aku.! Xaariz dalam bahaya. Dia.. dia hilang kawalan. Aku dapat rasa sakit yang dia alami. Tolong aku. ?!" Baru sahaja Xaariq berkata demikian, dia diserang semula rasa sakit yang membakar tadi. Xaariq menjerit dengan kuat dan menyebabkan sisik naga Silvxen mengambil alih dirinya.

Silvxen menjelmakan dirinya dalam bentuk chibi dan cuba untuk melindungi Xaariq. Mata Silvxen  yang garang berubah menjadi sayu. Seperti dapat merasakan kesakitan yang Xaariq alami.

"Kamu, panggilkan Xavier kemari. Kedua anakandanya dalam bahaya. Kita perlu segera menjejaki si abang dan dua naga miliknya. Pergi sekarang!" Silvxen membentak kepada Haizel yang mula hilang arah.

Haizel yang terkebil-kebil hanya menurut kata sang naga dan segera berlari mencari King Xavier.  Dia tidak faham dengan situasi yang sedang berlaku. Entahlah, seharian ini dia terpaksa menerima bermacam macam peristiwa. Sedar tidak sedar, dengan larian yang pantas. Haizel tiba di ruang makan yang dituju oleh King Raito dan King Xavier tadi.

Haizel menerobos masuk ke dalam ruang makan tersebut dan menyebabkan King Raito dan King Xavier yang berbincang tersentak.

"Apa urusan kamu menggangu perbincangan beta dengan King Raito?" King Xavier hampir sahaja meletus kemarahannya dengan sikap biadap Haizel.

"Xaariq..Naga.." Haizel mengucapkan ayat yang terputus putus dan tidak lengkap dalam keadaan tercungap-cungap.

King Raito segera berdiri dan menuju ke arah Haizel,

"Apa yang berlaku? Jelaskan.!"

Suara King Raito agak keras memandangkan dia juga tidak gemar dengan sikap Haizel yang main masuk sahaja tanpa meminta kebenaran.

Haizel tidak membalas pertanyaan daripada King Raito walaubagaimanapun dia segera menarik tangan King Raito dan membawanya ke arah bilik Xaariq.

King Xavier hanya membuntuti arah yang dituju oleh Haizel dan King Raito.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Azzuro dan Arancione yang berada di dalam badan Xaariz semakin dipengaruhi oleh emosi Xaariz. Bila-bila masa sahaja mereka akan turut menyatu dan hilang kawalan.

Azzuro cuba melakukan telepati dengan pasangan kembar Xaariz namun setiap kali dia cuba untuk menyampaikan mesejnya pada Xaariq. Aura kegelapan dalam diri Xaariz menyerangnya dan menyebabkan kesakitan.  Oleh sebab itu, Xaariq yang ditelepati oleh Azzuro turut merasai kesakitan yang sama.

Azzuro mencuba untuk terus bertahan dan bernasib baik apabila dia dapat membangkitkan Silvxen yang berada bersama Xaariq. Silvxen dapat mengesan masalah yang dihadapinya dan melindungi Xaariq serta segera memanggil King Xavier.

Apabila Silvxen mendapat segala mesej yang ingin disampaikan Azzuro, telepati yang dilakukan terputus. Ini bermaksud bahawa Azzuro sudah tidak mampu bertahan menentang aura kegelapan Xaariz.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pendek ja.

Been a while tidak update.

Im so sorry 🙃

BYEEEBYEEE

HAPPY FASTING PIPOL ✨🥰

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 25, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Lost PrincessWhere stories live. Discover now