𝑻𝒆𝒎𝒑𝒕𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 | 14

45.4K 2.2K 307
                                    

꧁ Bab 14 | Hari Paling ꧂
Bahagia

Bella mengeluh berat, 6 jam yang memenatkan seumur hidupnya dan ianya masih belum berakhir.  Mata diliarkan ke seluruh pelosok ballroom yang sedang dijalankan majlis gilang gemilang buatnya dan Farris, masih sibuk dengan tetamu yang hadir.  Bila mamanya kata ingin mengadakan ‘wedding of the year’, Bella tak sangka sehebat ini. Bella tersenyum sendiri. 

Ye, hari bahagia yang dia impikan telahpun terjadi. Semakin lebar senyuman Bella, siapa sangka pertembungan yang tidak diduga akan memutikkan rasa cinta dihati Bella dan berakhir menjadi jodohnya. 

Memori dan sejarah yang paling terindah dalam hidup. Tak terungkap apa yang dirasa dilubuk hati dan setiap satu yang terjadi ini akan berada didalam kamus hidupnya yang paling istimewa. 

8 jam lalu, saat Farris menggenggam tangan Dato Arsyad dan melafazkan akad terhadap Bella.

Saat itu Bella bernekad, walau selama mana pun masa yang Farris ambil untuk terima dia, walau sekuat mana pun Farris menolaknya dan walau sudah sehabis daya sekalipun usahanya memikat hati lelaki yang sudah bergelar suaminya itu Bella tak akan sesekali menyerah kerana satu hal dia tahu, Farris adalah takdir yang tuhan kirimkan buat dia.

“Belle! Oh my god you're so gorgeous!” Bella yang sedang duduk di salah satu kerusi ballroom menoleh kesisi.

“Naira!” Bella bangkit dan memeluk tubuh Naira, rakan karib seuniersitinya di luar negara dahulu.

“Congratulations babe!”
“Thanks Naira”

“Kenapa lambat? I dah nak balik dah nasib baik tau” ujar Bella sambil menarik tangan Naira duduk disebelahnya.

“Yeah I'm sorry, I baru je sampai dari UK terus ke sini tau. Anyway, kenapa you duduk dekat sini?” soal Naira.

“Just take a rest for a while, I macam nak pitam tadi” jawab Bella, memang betul dia terasa mahu pitam jadi dari dia buat hal dikhalayak ramai, baik dia duduk di bilik itu dulu mengambil sedikit rehat. 

“Oh dari pagi kan. Tadi I masuk pun ramai lagi guest” Bella hanya mampu tersenyum.

“You know my mom” jawab Bella.  Naira tertawa kecil. Siapa tidak kenal Aunty Afeefah? Selagi tidak grand selagi itu majlis tak boleh jalan. 

“So where is the husband?” soal Naira sambil memandang sekeliling. Takkan pengantin baru dah terpisah kut.

“Dia pergi layan tetamu, kawan-kawam dia” Naira mengangguk kecil. 
“Oh Kyle cakap husband you kenalan rapat dia. Dia also dapat invitation from your husband's side” ujar Naira memberitahu.

“Oh really, I tak tahu pun” ujar Bella, haruslah dia tanya begitu. Kyle juga salah satu rakannya yang dia rapat diuniversiti walaupun Kyle adalah super seniornya. 

“Yeah I pun tak tahu, nak balik ni baru dia bagitahu” Bella hanya mengangguk, kalau dia tahu Kyle berkawan baik dengan Farris sudah tentu dari dulu Bella suruh Kyle kenalkan dia dengan Farris.

“You dah makan Naira?” Naira menggeleng.
“Belum,  I cari you dulu. Nah hadiah” kitak kecil dihulurkan. 
“Wow, thanks!  Fresh from UK eh” soal Bella bernada gurau.

“Fresh! Cuba cium ada bau UK lagi.” Bella tertawa. 

“Naira? Oh my god Naira!” dari arah belakang Armell terus memeluk tubuh Naira yang sedang duduk bersebelahan Bella. 

Temptation √ (TERBIT)Where stories live. Discover now