𝑻𝒆𝒎𝒑𝒕𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 | 15

48.2K 2.3K 273
                                    

꧁ Bab 15 | Hari Seorang ꧂
Isteri

Bella terjaga dari tidur apabila alarm dari telefon bimbit berbunyi.  7:30 pagi,  waktu biasa dia bangun untuk bersiap ke tempat kerja. 

“Good moring pretty, Belle” ucapnya pada diri sendiri, seperti selalu. 

Bahagian sebelahnya dipandang,  seperti mana bahagian itu ditinggalkan malam tadi ianya masih bersih dan tidak disentuh. Farris tiada disisinya pada malam pertama. 
Bibirnya dimuncungkan. 

What a sad first night!

Memikirkan malam tadi memang dia betul-betul penat sangat je,  kalau tidak memang tiada peluang lah Farris nak tidur berasingan dengannya dimalam pertama ini. 

Bella meregangkan tubuh dan mematikan alarm yang masih membingit. 

Rambutnya yang terlepas diikat messy bun tinggi diatas kepala sebelum dia kearah tandas dan bersiap. 

Selesai memberishkan diri, Bella memulakan misinya mencari sang suami. 

“Farris?” panggil Bella perlahan. 
“Husband!” panggilnya lagi sambil mata meliar mencari lelaki itu,  setiap pintu bilik dibuka.  Tiada.

“Sayang...” panggil Bella, ada senyuman dihujung bicara.

Sehinggalah dia tiba di hadapan satu pintu bilik yang bertentangan dengan bilik utama dengan jarak lebih kurang 15 langkah. 

“Farris, are you in here?” perlahan-lahan bilik itu dimasuki Bella. Melihat dekorasi dan isi didalam bilik itu,  Bella dapat mengagak itu ruang kerja Farris. 

Kemas sahaja, teratur dan bersih. Pasti Farris seorang yang sangat teliti. 

Sedang asyik dia meneroka bilik itu,  sekujur tubuh yang sedang berbaring diatas sofa bed menangkap perhatiannya... Perlahan-lahan bibir menarik senyum senget. 

“Found you, my love” Bella mengatur langkah ke arah Farris. 

Senyuman Bella yang semakin melebar mati serta merta apabila matanya dijamahkan dengan satu frame gambar besar memenuhi satu sudut dinding. Saat itu juga hatinya terasa senak, sakit melihat apa yang terpapar didepan mata. 
“Wow...”

“Besarnya sayang you pada dia, Farris” bisik Bella sendirian sambil mata masih memerhati lukisan indah itu. Lukisan itu tampak sangat eksklusif, jelas memberitahunya ia dihasilkan dengan penuh teliti dan menjaminkan kesempurnaan kepada si pembeli. 

Sumpah, jiwanya dihambat cemburu. 

“Kalaulah I ada dekat tempat dia, tak akan sekali pun terdetik dihati I untuk curang pada you”

“How lucky you are, Hanna. Aku cemburu dengan kau” lama Bella menenung gambar itu, membayangkan dirinya yang berada ditempat Hanna.

Dicintai oleh lelaki yang dia cintai, dihargai,  dipercayai sepenuh hati,  dikasihi. Beruntungnya kau. 

Bella menggeleng kecil, mengusir rasa itu jauh dari hati. 

Senyuman ditarik membuang segala perasaan negatif itu pergi dan dia kembali memandang ke arah Farris yang masih lena. 

Sisi sofa diduduki betul-betul bersebelahan badan Farris.

Wajah lelaki yang sedang lena diulit mimpi itu ditenung semahunya. Terlalu sempurna,  mana tidak dia jatuh hati.

Belakang tangannya dilalukan pada setiap inci wajah licin sang suami... dari mata berwarna coklat gelapnya yang sedang terkatup, keningnya yang berlekuk dengan sempurna, hidung mancungnya, akhir sekali bibir merahnya yang jelas menunjukkan Farris tidak merokok. 

Temptation √ (TERBIT)Where stories live. Discover now