𝑻𝒆𝒎𝒑𝒕𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 | 24

59.8K 2.5K 432
                                    

꧁ Bab 24 | Terima Kasih ꧂
Maksu

Bella menghidupkan telefon.  Serta merta senyuman sehingga menampakkan gigi terhias diwajah putih bersihnya. 

Gambar dia dan Farris bersama-sama dipantai dijadikan wallpaper telefon.  Sungguh menawan hati Bella. Bertambah gilalah dia lepasni,  buka fon je muka Farris yang tersenyum fah terpampang didepan mata. 

Bella masih ingat hari dia mengajak Farris untuk bergambar bersama-sama ditepi pantai yang mempunyai permandangan yang cantik dimata Bella. 

"Farris sini lah" panggil Bella apabila Farris berjalan terus ke arah bertentangan dengannya. 

"Kenapa?" soal Farris dengan kerutan diwajah. Farris, bila je tak berkerut.  Bella sanggup buat kenduri 7 hari 7 malam jika Farris memandangnya dengan senyuman. 

Tak apa, satu hari nanti pasti akan terjadi impiannya itu. Dan, hari itu juga jaminan untuk buat kenduri 7 hari 7 malam Bella akan tamat tempoh.  Gila nak buat kenduri 7 hari 7 malam! Mampus gue

"Kan I cakap semalam nak ambil gambar tepi pantai tu" Bella dekati Farris.

"Jomlah!" tangannya dilingkarkan ke lengan Farris sebelum ditarik bersamanya ke arah lokasi yang dia maksudkan.

Memang cantik. 

"Nak telefon you" minta Bella tanpa bersalah. 

"Buat apa?"

"Bagi je. Fon you tak ada langsung gambar kita. I nak ambil pakai fon you. Cepat lah" apabila Bella sudah meraba-raba seluarnya, pantas lengan Bella dicapai dan dia menyeluk poket mengeluarkan telefonnya sebelum diberikan kepada Bella. Memang gila kalau dibiarkan tangan Bella merayap. Tak pasal-pasal ditengah pantai ini juga dia tanggalkan pakaian Bella dan membuat drama 18sx percuma. 

"Cik!" Farris hanya memerhati Bella yang menahan seorang wanita bersama anaknya. Pulak dah. 

"Minta tolong ambilkan gambar kami boleh?" pinta Bella sopan bersama senyuman mesra.

"Boleh-boleh" seraya itu,  telefon bimbit yang dihulurkan Bella dicapainya dan Bella juga mula menarik Farris ke arah yang dia mahu. 

"Awak berdua rapatlah lagi" Bella dengan senang hati memeluk sisi tubuh Farris dan lengan lelaki itu selamba diletakkan diatas bahunya sebelum dicium sekilas. 

"Satu... Dua... Tiga"

Cup!

Pipi Farris jadi mangsa bibirnya.

Macam bergambar dengan mannequin!

"Sweet couple" sempat wanita itu memuji sebelum mengembalikan telefon Farris kepada Bella.  Bella tersenyum lebar. 

"Thank you kak!" wanita itu mengangguk dan beredar. 

Bella melihat kembali gambar yang ditangkap wanita tadi,  bibir dia sendirinya tersenyum. 

Patutkah sweet couple. 
Memang sweet!

"Sweet couple.  You hear that baby?"
"Nanti send dekat I tau. Lagi satu jangan buang gambar ni sebab nanti bila you rindu-rindu I boleh kiss gambar I" Farris hanya melepaskan nafas berat. Malas mahu melayan.

Patutlah Bella jatuh cinta.  Farris kalau tersenyum memang mencairkan hati walaupun separuh ikhlas. Cuba bayangkan kalau Farris betul-betul ikhlas, sudah dihantar ke hospital bahagia Bella agaknya.  Angau!

Temptation √ (TERBIT)Where stories live. Discover now