𝑻𝒆𝒎𝒑𝒕𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 | 17

45.3K 2.3K 112
                                    

꧁ Bab 17 | Hugs ꧂
& Kisses

“Turun pun you, jom dinner.  I masak special untuk you” Bella menarik lengan Farris membawa lelaki itu yang baru turun ke arah meja makan.

Cecah sahaja punggung Farris pada permukaan kerusi, hidungnya terus diasak dengan semerbak bau.  Sedap dan mengiurkan.

“Tada...” Bella meletakkan sepinggan Beef Steak yang dipelajarinya dari you tube dihadapan Farris. 

Kemudian,  Bella tanggalkan apron dari tubuhnya meninggalkan dia dengan hanya bergaun satin labuh berwarna rosegold. 

Farris yang duduk berhadapan Bella hanya memerhati gerak geri Bella dari wanita itu meletakkan makanan di hadapannya sehinggalah Bella membuka apron mempersembahkan dia yang seksi bergaun satin sehinggalah dia duduk berhadapan Farris. 

Salah ke kalau dia kata Bella lagi tampak menggiurkan dari Beef Steak dihadapannya.

“Cuba you rasa,  sedap tak.  This is my first try tau” beritahu Bella ramah. Tak kisahlah Farris kisah ke tidak dia tetap nak bagi tahu,  bangga cubaan pertamanya berjaya.

Betullah kata mama,  kalau hati ikhlas Insya Allah buat apa pun menjadi. Hik! 

Farris hanya akur, liurnya ditelan sebelum pisau dan garfu digenggam dan dia mula membelah daging dihadapannya. Perlahan-lahan, daging yang di-grill itu dimasukkan ke dalam mulut.

Juicy.
Delicious.

Is it good?” soal Bella lagi. Hidangan dihadapannya tidak disentuh langsung,  leka melihat Farris menjamah masakannya.

“Yeah” jawapan seringkas alam itu sudah cukup buat hati Bella berbunga.  Senyumannya semakin lebar dan dia turun menikmati hidangan. 

Selesai makan malam yang hanya ditemani bebelan Bella, Farris terus ke bilik kerjanya manakala Bella mengemas dapur. Ye,  mereka tiada pembantu rumah atas permintaan Bella. Dia mahu lakukan semuanya sendiri. 

Kalau dia perlukan bantuan pun,  hanya jika perlu.  Tak mahulah dia ada hamba Allah lain tinggal disini mengganggu privasinya,  nanti nak goda Farris tengah rumah mesti susah.  Gegege

Selesai membersihkan apa yang patut,  Bella terus ke tingkat atas untuk ke bilik. Sunyi,  Farris masih belum masuk. 

Bella terus ke tandas untuk mencuci muka, memakai segala krim dan losen dan memberus gigi.

Baru disebut-sebut, Farris muncul didalam bilik dengan riak seperti selalu.  — kosong. 

“You letih?” soal Bella sambil memanjat katil dan duduk bersebelahan Farris. 

“Hmm” balas lelaki itu pendek sambil matanya tertancap pada telefon bimbit.  Bella hanya berdiam diri,  hanya matanya menjamah seluruh wajah Farris sepuas-puasnya. 

Orang kata kalau kita pandang muka suami pun dapat pahala kan. 

“Tak payahlah pandang I macam tu” ujar Farris rimas dengan tenungan Bella yang bagai nak tembus.

“Okay kalau macam tu I peluk” tanpa amaran, Bella terus melingkarkan tangannya di pinggang Farris dan kepalanya diletakkan diatas dada lelaki itu. Nyaman. 

“Apa ni Bella” tangan Bella cuba dirungkaikan.

“You ni dengan isteri pun nak berkira” ujar Bella kembali namun pelukannya tak dilepaskan,  Farris akhirnya membiar.  Sudah beberapa malam, Bella kalau tidur pasti mahu memeluknya. 

“Today is so tiring, I tak sempat lunch pun nak siapkan kerja” adu Bella perlahan dalam perjalanan mahu tidur,  matanya sudah mula memberat ditambah lagi dengan ketenangan degupan jantung sang suami lagi terasa dibuai.

“Goodnight love, mimpi I tau. I love you” dalam pejaman, Bella mengucup lembut pipi Farris sebelum dia kembali berbaring dilengan Farris dan terlena. 

Begitu juga lelaki itu. 

Entah sudah berapa lama Bella terlena, dia terjaga apabila terasa lemas. 

Mata dibuka dan dia memproses apa yang berlaku.  Tidak begitu lama, dalam mamai Bella tersenyum sendiri. Lebar.

Patutlah terasa berat,  seluruh tubuh Farris sudah berada diatasnya dan wajah lelaki itu berada di leher Bella, jelas terasa nafas hangat Farris tenang menampar lehernya.

Tiba-tiba hilang lemas. 
Hadir pula ketenangan. 

Belakang badan Farris yang berlapik t-shirt diusap-usap, kan bagus kalau Farris punya perasaan sama sepertinya. 

Beberapa saat,  tubuh Farris ditolak sedikit memberi ruang pada dia namun lain pula tindakan lelaki itu. Semakin dieratkan pelukannya ditubuh Bella. 

“Hmmm...” nafasnya juga disedut dalam, menarik segala haruman dari Bella masuk ke rongga hidungnya.

Bella akhirnya membiarkan,  ini peluang kenapa pula dia nak menolak.  Nak dapat pelukan dari Farris dalam sedar lelaki itu memang tidak mungkin jadi hargai waktu ini.

Perlahan-lahan kepala ditoleh dan sisi kepala Farris dicium.

“I love you,  will always be”

•••

Bangun sahaja pagi, Bella sudah tiada disisinya. Malah bahagian sebelah bersih sudah berkemas. 

Farris bangkit dan menuju ke tandas,  pintu ditolak dan ianya terbuka tanda Belka tiada didalam. 

Mana wanita itu pergi? Selama tempoh singkat dia bersama Bella,  tak pernah Bella hilang begini. 

Bilik pakaian mereka pula dituju juga tiada,  tanpa berfikir panjang Farris terus masuk ke tandas dan membersihkan diri untuk ke tempat kerja. 

Selesai bersiap,  dia ke bawah untuk bersarapan,  ada hidangan di atas meja makan yang ditutupi dengan tudung saji.

Farris membuka tudung saji itu. Ada roti bakar,  sosej,  baked beans, telur dan kopi — English breakfast.

Ada nota diselitkan dibawah kutleri. 

I kena keluar awal harini. Makan breakfast ni okay.  Love you sayang, tak sabar nak jumpa you, miss you already. — sweet wifey. 

Diakhiri dengan lukisan berbentuk hati kecil dihujungnya. 

Tanpa perasaan nota itu dibaca sebelum diletakkan disisi meja.  Sarapan dinikmati sebelum dia ke tempat kerja. 

𝓽𝓸 𝓫𝓮 𝓬𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Deng!

𝓛𝓸𝓿𝓮,
𝓠𝔂𝓼

Temptation √ (TERBIT)Where stories live. Discover now