𝑻𝒆𝒎𝒑𝒕𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 | 16

47.6K 2.4K 177
                                    

꧁ Bab 16 | Need An ꧂
Improvement

Bella yang sedang berjalan tenang menuju ke arah balkoni segera menghentikan langkah apabila sesuatu yang berada ditangan Qayyum menarik perhatiannya.

“Qayyum?” panggil Bella membuatkan orang kepercayaan Farris itu memberhentikan langkahnya lalu menoleh ke arah Bella.

“Ye puan?”

“Apa yang you bawa tu?” soal Bella sambil merapati Qayyum. Matanya masih tidak lepas memandang sesuatu yang besar ditangan Qayyum. 

“Tuan, minta saya buangkan frame ni dari bilik dia” sambil memberitahu Qayyum memusingkan sedikit frame yang sudah ditaruh ke lantai itu kearah Bella.

Bella mengangkat keningnya. Macam tak percaya, frame yang megah terpapar didalam bilik kerja itu tiba-tiba sahaja diturunkan dan akan dibuang. 

Sekelip mata. 

Wow. 
Adakah ini satu petanda baik buat Bella?

“Really?”
“Ye puan, saya minta diri dulu?” pinta Qayyum kembali mengangkat frame itu. 

“Okay, hati-hati Qayyum” pesannya sambil melihat Qayyum beredar. 

Bella tersenyum sendiri, akalnya ligat berfikir apa yang membuatkan Farris ingin membuang frame itu secara tiba-tiba.  Takkan Farris dah move on dan mula menerima pernikahan ini kot. 

Tak mungkin.
Bella menggelengkan kepalanya. 

Niatnya yang tadi ingin ke balkoni diteruskan. Tiba di ruang terbukan itu,  nafas ditarik dalam dan mata dipejam. Otaknya kembali meneka asbab Farris menurunkan frame itu. 

Gaduh ke?

Ke dah terkantoi curang?

Choi!

“Okay stop Bella. Baguslah tu, apa kata kau fokus je dengan misi kau” Bella kembali membuka matanya dan dia mula meninggalkan ruang itu.

Hari ini dia mahu meneroka banglo moden yang juga sudah menjadi miliknya. Dia mahu tahu setiap satu isinya.

Hampir 3 jam kehulur dan kehilir.  Dari tingkat atas yang mempunyai bilik mereka, pejabat Farris dan 2 lagi buah bilik kosong, turun ke tingkat bawahnya yang ada gim mini, infinity pool dan bilik tetamu, turun lagi ke bahagian wet dan dry kitchen, ruang tamu,  dining room dan balkoni sehingga ke ruang bawah tanah yang bertempatkan 5 jenis kereta mewah Farris.

Akhirnya di kembali ke arah sofa bersebelaha balkoni.

Bosan! 

Mana suaminya pergi?!
Sudah 3 jam, takkan cuti-cuti begini pun masih bekerja. Tapi dia keluar tadi hanya berpakaian santai.
Hmmm.

“Armell” tiba-tiba satu nama itu terlintas difikirannya. 
Segera telefon yang berada didalam tangan dibuka dam nama sahabatnya itu dicari. 

“Hello?” sapa Armell terlebih dahulu dengan suara yang jelas baru bangun tidur. 

“Mell, kau baru bangun tidur ke?” soal Bella. 
“Haah, semalam aku tak tidur siapkan kerja” Bella mencebik.  Tak sampai hati pula nak ganggu. 

Temptation √ (TERBIT)Where stories live. Discover now