" Sayang , biy dah balik . "
Ujar Byul Yi , sambil menutup pintu . Dia menggantungkan kunci rumah dan berjalan kearah bilik mereka .
Pintu bilik tertutup , jadi Byul Yi membuka perlahan , kelihatan Erine sedang berkemban sambil mengelap rambutnya yang basah .
Byul Yi terkedu melihat paha dan dada Erine yang terdedah . Liur yang ditelan terasa kesat . Dia benar benar tergoda disaat ini kerana melihat kekasihnya itu dalam keadaan yang mengasikkan .
Kerana tidak dapat menahan perasan , laju Byul Yi membuka pintu dan Erine menjerit nyaring kerana terkejut .
" Biy ! Erine terkejut tau tak ?! " Kata Erine sambil menghentak kaki kuat . Mata Byul Yi memerhatikan ikatan tuala Erine didadanya yang hampir terlerai , membuatkan Byul Yi menjilat bibir .
Erine yang marah tadi memandang Byul Yi pelik , kerana Byul Yi langsung tidak memberikan reaksi .
" Hello , biy ? Erine tengah cakap ni . " Erine memetik jarinya beberapa kali dihadapan muka Byul Yi .
Masih tiada reaksi tetapi Byul Yi mula berjalan ke arah Erine bersama senyuman nakal .
" Biy ? Kenapa macam ni ? Takutlah ! " Ucap Erine dengan suara sedikit terketar dan badan yang terundur ke belakang .
Kini Byul Yi berada dihadapan Erine , tangannya pantas memaut pinggang Erine , bibirnya pantas mencium lembut dan mengambil bau haruman badan Erine .
" Lee Erine , bauan badan awak buatkan saya hampir mengila . Kulit lembut , putih kemerahan , dengan paha dan dada yang terdedah membuatkan saya semakin tak keruan . Bibir merah jambu mungil awak sedari tadi menggoda dan memanggil manggil saya . Membuatkan saya tak mampu bertahan lagi . "
Bisik Byul Yi lembut , penuh menggoda ditelinga Erine . Seraya itu , menolak tubuh Erine jatuh keatas katil .
Pantas Byul Yi naik menindih badan Erine dan bibir mereka mula bersatu .
" Erine bangun ! Dah pukul berapa ni ?! Harini kau kerja kan ?! Nanti kau lambat Erine , bangun ! "
Jerit Jessica , teman serumah Erine .
Erina yang baru terjaga , mengah kerana mimpi dan jeritan Jessica .
' Mimpi ? Kenapa rasa real ? '
Erine menyentuh bibir , leher serta pinggangnya . Terasa seperti sentuhan itu benar .
Kali ini tangannya naik menyentuh dada pula , degupannya pantas dari biasa . Dia benar benar berasa panas sekarang .
Termasuk kali ini , sudah 5 kali dia bermimpi tentang gadis itu . Dan setiap kali dia terjaga dari mimpi itu , jantungnya pasti berdegup kencang bagai tiada hari esok .
" Erine , kau tak bangun lagi ke ?! Nanti bos bising Erine ! Aku dah nak siap Erine , cepat ! "
Jessica mengetuk lagi pintu bilik Erine , mengejutkan Erine dari lamunan mimpinya tadi .
" Ye aku bangun Jess , bisinglah kau ! Baru pukul 5 petang kot ! "
Jerit Erine kembali , membalas agar Jessica tahu yang dia sudah bangun .
" Ye memang baru pukul 5 , kau bersiap lama kau tau tak ?! Jangan lupa harini pakai dress merah tu ! "
Pesan Jessica lagi .
Erine mengeluh , melihat dress satin merah yang tergantung di mini dressernya . Dia bukan tak suka , tapi dress itu terlalu mengikut bentuk badan .
Erine buka pintu biliknya dan menjerit kepada Jessica .
" Aku bartender Jess , takkan nak kena pakai jugak kot ?! "
" Boss yang suruh Erine . Ingat aku suka pakai baju ni ?! "
Balas Jessica dari dalam bilik .
Erine dan Jessica bekerja di Night Space , sebuah kelab malam di Seoul . Setiap hujung minggu , mereka ada tema agar pelanggan tidak bosan .
Erine bekerja sebagai bartender , manakala Jessica pula sebagai pelayan .
Jadi , mahu tak mahu terpaksalah mereka berdua memakai pakaian yang mereka tidak gemar , demi sesuap nasi .
Erine kembali ke bilik dan mula bersiap untuk bekerja . Selesai bersiap , cepat cepat dia mencapai heels yang terletak di rak kasut dan menunggu Jessica memakai kasut diluar apartment mereka .
YOU ARE READING
her.
Romancekisah cinta antara kau dan dia Citarasa yang berbeza , tarikan yang menggoda . Dari jantina yang sama , terlahir satu rasa yang luarbiasa , Cinta . Masihkah hubungan ini berterusan walaupun dengan tentangan , ataupun terputus ditengah jalan ? Teru...