1.0 PENGENALAN

109 6 1
                                    

PENGENALAN

Sebagaimana tamadun dan tradisi agung kebudayaan pelbagai bangsa lain di dunia ini, masyarakat di Alam Melayu turut mempunyai tamadun dan tradisi sama ada agung atau kecilnya secara tersendiri. Dari tamadun dan tradisi inilah maka terbentuknya pensejarahan Melayu. Sebelum itu, pensejarahan dapat diertikan sebagai penulisan sejarah atau karya sejarah. Pensejarahan atau historiografi Melayu sering kali dikaitkan dengan karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional yang bergenre sejarah antaranya Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, Bustanus Salatin, Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Siak dan sebagainya. Karya-karya ini dianggap sebagai karya yang penting dan diiktiraf sebagai masterpiece atau karya agung Melayu. Karya-karya klasik ini juga sering dijadikan sebagai sumber maklumat bagi mengkaji tentang sejarah prakolonial Malaysia.

Disebabkan kedudukan karya-karya ini sebagai karya agung historiografi Melayu, menyebabkan ia banyak mendapat perhatian para sarjana, sama ada dari Barat mahupun Timur. Namun demikian, wujud persoalan-persoalan terhadap karya-karya ini kerana teks-teks ini terutamanya teks Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, dan Tuhfat Al-Nafis dianggap sebagai dokumen politik yang bertujuan sebagai pendakyahan bagi menunjukkan keunggulan dan mengukuhkan kedudukan sesebuah kerajaan atau sesuatu bangsa. Dapat difahami bahawa istilah pendakyahan yang diterbitkan daripada perkataan dakyah membawa bermaksud cara atau tindakan untuk menghebahkan penerangan, ajaran, fahaman dan lain-lain. Oleh itu, ketiga-tiga teks klasik di atas telah dikaitkan mempunyai unsur pendakyahan masing-masing yang cuba didoktrinkan kepada masyarakat pada zaman tersebut mahupun zaman seterusnya.

Oleh yang demikian, melalui makalah ini penulis akan mengupas sejauh manakah yang dikatakan ketiga-tiga teks ini iaitu Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), Hikayat Merong Mahawangsa dan Tuhfat Al-Nafis dianggap sebagai suatu pendakyahan untuk mengangkat dan mengukuhkan kedudukan sesebuah kerajaan atau sesuatu bangsa.

Oleh yang demikian, melalui makalah ini penulis akan mengupas sejauh manakah yang dikatakan ketiga-tiga teks ini iaitu Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), Hikayat Merong Mahawangsa dan Tuhfat Al-Nafis dianggap sebagai suatu pendakyahan untuk menga...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambar Hiasan. (Sumber: Google Images)

Sejarah & Pensejarahan Melayu 1Where stories live. Discover now