[EPISODE 01]

19 2 0
                                    

"Nah!" Kata kawan sekerjaku yang durjana, Hansung, setelah dia meletakkan longgokkan kertas diatas meja aku.

Aku memandangnya dengan pandangan yang menjijikkan. Sedangkan dia memberikan senyuman kepadaku. Senyuman membuli.

"Malam ni, aku ada plan dengan bini aku. Candle light dinner, anniversary ke-7 tahun. Kau belum kahwin jadi kau tak tau apa yang aku rasa. So, tolong aku ek?" Rayu Hansung.

Aku mengawal kerusi ku untuk menghadapnya. Aku tayangkan muka serius ku kepadanya. Dari dulu hingga sekarang, aku asyik-asyik dibuli oleh budak ni. Dia buat-buat muka tak bersalah.

"Kau... Kau fikir aku ni takde plan ke malam-malam macam ni?" Geramku.

"Alaa... Kau kan dengan family je takpun dengan kawan kau... Aku ni dengan anak bini. Anak aku dah penat-penat buat-"

"Pergi lah... Tapi, kalau boss tiba-tiba tau yang kau bagi aku semua kerja kau... Jangan tuduh aku..." amaran ku.

"Baik, boss!" Ucapnya lalu melarikan diri ke luar bangunan.

Aku menatap longgokkan kertas yang berada di samping meja ku. Keluhan berat aku lepaskan. Aku bersandar pada kerusi kerja ku sambil menutup rapat mata ku.

"Kenapa hidup aku macam ni..." keluh ku.

Rantai yang aku gantung di leher ku, aku sentuh sehingga lah aku tergenggam sebentuk cincin pada rantai tersebut.

"Aku kena balik sekarang ni..." keluh ku.

Aku mengemas semua kertas dan barang-barang aku untuk dibawa pulang ke rumah. Semua pekerja dah balik kecuali aku. Tapi, takkanlah aku nak stay kat sini sampai subuh, sedangkan aku ada tanggungjawab yang lain.

Selesai aku mengemas, aku berjalan ke lif yang menuju ke tingkat bawah tanah 1. Dimana letaknya parking lot.

Sebelum aku sambung, aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku Park Hyorin. Oops! Silap! Min Hyorin. Umur aku masih muda 21tahun.

Aku bekerja sebagai seorang penulis novel di bawah syarikat Bonbon Series. Dan juga seorang penerbit.

Aku seorang perempuan yang telah pun berkahwin. Tapi, takde sesiapa pun yang tau. Sebab perkahwinan aku ni dijalankan secara senyap-senyap.

"Cik Hyorin, dah nak balik ke?" Tegur Pak Cik Guard sebaik sahaja melihat aku yang berada di dalam kereta menuju ke luar bangunan.

"Ya. Takkanlah nak duduk kat dalam office tu sorang-sorang. Seram jugak rasanya." Gurau ku dengan senyuman.

"Haha... Mesti sebab rumors Tuan Hansung. Saya pun tak tau lah betul ke tak. Jadi, saya takde komen pasal tu. Selamat jalan ye, Cik Hyorin." Ucapnya sambil melambaikan tangan kearahku.

Aku membalasnya dengan lambaian dan senyuman. Aku menekan pedal minyak dan membiarkan kereta ku meluncur laju diatas jalan raya.

Ah, ya! Aku kahwin senyap-senyap bukan sebab aku ada buat kesalahan apa-apa. Aku just entahlah dengan parents aku tu. Suka kahwin paksa. Aku pun rela kan je lah.

Aku berkahwin dengan seorang lelaki yang berkeluarga Mint. Maksud aku Min. Lelaki itu berpenampilan simple dan berpersonaliti dingin. Tak pernah tengok dia senyum atau gelak sebelum ni.

Aku dan dia hormat privacy masing-masing. Jadi, even kitorang tidur dalam satu bilik dan satu katil. Semestinya kitorang tidur dengan jarak hampir 1meter.

Dan kalau aku masih nak kerja, aku mesti kerja kat ruang tamu atau dapur. Sebab dia kata, bunyi ketikkan keyboard pada laptop aku membuatkan dia tak dapat tidur.

I'm Not HerWhere stories live. Discover now