[YOONGI POV]
Keesokkan pagi nya aku kembali ke rumah aku semula. Apabila kaki ku sedang menuju ke tingkat atas, aku ternampak Hyorin sedang berbaring diatas sofa.
Posisinya agak kurang selesa. Kepala nya jatuh ke lantai tapi tak jatuh sangat lah. Dan tangan nya yang di sebelah kiri memegang dada, manakala yang di sebelah kanan bergantung ke lantai.
"Dia tunggu aku ke semalam? Ke ada sakit jantung?" Tanya ku pada diri sendiri.
Aku mengambil langkah segera ke arahnya lalu mengalihkan rambut nya yang sedang menutup muka nya. Alangkah terkejut nya aku, apabila melihat wajahnya yang seperti menangis.
Mata nya merah dan bengkak serta bekas titisan air mata juga masih tertinggal di pipi nya. Aku perhatikan wajah nya lama.
"Mianhae... Aku tak boleh buat apa untuk kau." Bisik ku kepada nya.
Aku mengangkat badan Hyorin yang ringan itu menuju ke bilik tidur. Aku meletakkannya diatas katil dan menyelimuti badannya dengan selimut.
"Asal kau nak tunggu aku semalam?..."
"Asal kau menangis?..."
Persoalan itu bermain di kepala ku dan tiada jawapan yang aku dapatkan.
"Memang taklah kau nak nangis sebab aku kan? Mesti kau menangis sebab tengok kau punya drama korea." Perli ku.
Aku berdiri dari duduk ku lalu menuju ke dapur. Aku ingatkan nak masak bubur untuk dia. Tapi, pergerakkan aku terbantut apabila mendengarkan telefon ku berdering.
*YOU CAN'T STOP ME LOVING MYSELF! (Bunyi ringtone)*
Yang bermaksudkan panggilan masuk. Aku mencapai phone aku yang berada di dalam poket seluar ku dan menjawab panggilan tersebut tanpa memandang kearah nama si pemanggil.
"Yeoboseyo?" Sapa ku.
"Yeoboseyo? Yoongi-sshi, eomma ni. " Sapa orang yang menggelar dirinya eomma, mak mertua aku.
"Ahh... Eomma? Eomma macam mana? Sihat ke?" Tanya ku.
"Sihat... Cuma appa kamu ni... Dia... Kena serangan jantung beberapa minggu lepas. Jadi, dia tak boleh nak bangun dari katil lah... " jelas nya.
"Ahh... Tapi, dia okay kan?" Risau ku.
"Okay... Dia cuma... Huh... Kitorang kemas rumah beberapa minggu yang lepas. Dan bila eomma dan appa kemas bila lama Hyorin, kitorang jumpa buku dairy dia. Hyorin tu tak rapat sangat dengan eomma dan appa. Jadi, eomma dan appa tak memahami dia sepenuhnya... " jelas nya.
"..." diam ku dan terus mendengar.
"Dia dulu tinggal dengan Halmeoni je. Sebab... Dia dulu boleh digelar sebagai haiwan liar. Bukan manusia lagi. Dan bila dia tinggal dengan Halmeoni dia, dia pun mula dapat dikawal. Jadi, selepas Halmeoni dia pergi, Hyorin pun balik semula ke rumah asal nya. " cerita nya lagi.
"Apa yang buatkan appa dapat serangan jantung?" Tanya ku.
"Kitorang baca buku dairy Hyorin tu. Eomma pasti Hyorin tak nak bawa buku dairy tu bersama dengan dia ke rumah kamu sebab dia malu nak berkongsi cerita dengan kamu. Dan... Kitorang dapat tau yang... Selama ni, disebalik senyuman yang dia berikan adalah senyuman kesakitan. " jelas Puan Park.
"..." sekali lagi aku mendiamkan diri.
"Dia rasa selepas kehilangan Halmeoni dia, dia kehilangan tempat dia meluahkan perasaan. Hiks! Jadi, eomma harap kamu boleh buangkan perasaan macam tu pada Hyorin. Jadikan diri kamu sebagai tempat dia meluahkan semua nya. Hiks! Kerana segala kekuatan seseorang insan, pasti ada kelemahan mereka. " harap Puan Park.
YOU ARE READING
I'm Not Her
RomanceDia lelaki yang dingin macam ais batu. Ais batu pun boleh pecah and cair bila kena matahari. Dia? Aku bagi kata-kata yang menyakitkan pun tenang, aku bagi pickup line pun tenang. Dasar lelaki takde perasaan. Buat apa dia nak kahwin dengan aku kalau...