[EPISODE 06]

13 2 0
                                    

"Bila kau nak balik?" Tanya Yoongi yang sedang berdiri di meja makan.

"Eok? Saya ingatkan awak pura-pura je tadi..." balas ku dengan sedikit terkejut.

Tangan ku yang masih sibuk mengawal vacum itu digenggam oleh Yoongi. Aku memandang nya hairan. Asal dengan dia ni? Mimpi lagi?

"Mimpi lagi?" Tanya ku.

"Setiap kali nak mendekat je kau cakap aku mimpi. Apa yang aku buat, huh, last night? Sampai kau nak emosi dengan aku apa semua?" Tanya Yoongi yang mulai emosi.

"Awak tak payah lah nak marah-marah. Saya tanya je..." tegur ku.

"Kau yang marah, bukan aku..." balas nya.

Dia kembali ke bilik semula tanpa berkata apa-apa lagi selepas itu. Dia meninggalkan aku dalam kebingungan.

"What?..." hairan ku.

Ini lah suami aku. Dah berkali-kali aku bagitau kan tentang dia? Ini fakta baru jadi korang memang takkan bosan dengan fakta dia.

Suami aku ni dia kadang-kadang nak baik dengan aku tapi kadang-kadang dia punya ego tiba-tiba tinggi melayang. Aku pun tak tau lah disoder apa yang dia hidapi sekarang ni.

Andaikan je aku ni seorang doktor, aku akan cuba sedaya upaya rawat dia ni.

Aku menggelengkan kepala ku lalu menyambung kerja ku untuk membersihkan lantai.

"Maybe dia taknak lagi kot bagi aku balik?..." bisik ku pada diri ku sendiri.

"Gwenchana..." kata ku pada diri sendiri.

Orang kata hidup ni berputar macam roda. Sekejap kat atas, sekejap kat bawah. Tapi kenapa sepanjang hidup aku, aku rasa macam aku ni selalu berada di bawah.

Kebahagian aku rasa sekejap je... Kejatuhan dan kesedihan aku bukan main berpanjangan. Macam roda yang tersangkut kat batu, tak boleh nak berjalan.

Selepas siap membuat kerja rumah, aku duduk diatas sofa ruang tamu sambil mengelamun. Tiba-tiba, phone aku berdering...

*MIC DROP! MIC DROP! (Bunyi ringtone)*

...yang menandakan ada panggilan yang masuk. Aku mencapai phone aku yang diletak diatas meja coffee yang berada di hadapan aku.

"Yeoboseyo, eomma? Wae?" Tanya ku.

"Yeoboseyo? Hyorin! Kamu boleh balik tak sekarang? Appa nak jumpa dengan kamu... " cemas Puan Park.

"Kenapa ni, eomma? Kenapa cemas semacam ni? Apa jadi? Kenapa appa nak jumpa dengan Hyo?" Tanya ku yang turut cemas.

"Appa akan ada operasi pemindahan jantung. Jadi, sebelum dia masuk ke ruang operasi, dia nak tengok muka kamu- " jelas Puan Park.

"Wait... What? Macam mana Hyo boleh tau last-last macam ni? Wae eomma tak bagitau awal-awal ni?" Tanya ku yang mulai beremosi.

"Eomma dah bagitau dengan Yoongi kalau appa kamu kena heart attack beberapa minggu yang lepas. Tak lama tu, hospital call nak buat pembedahan jantung. " jelas Puan Park lagi.

Aku mengetap gigi ku dan melagakan kedua-dua belah bibir aku untuk menahan rasa geram aku.

"... Fuh... Sepatutnya, eomma bagitau kat Hyo dulu..." keluh ku.

"Palli balik!... Ajak Yoongi sekali! "

"Arasseo..." balas ku lalu menutup panggilan tersebut.

Aku cuba mengawal emosi ku untuk bergaduh dengan Yoongi. Dia mungkin nak bagitau tapi aku yang asyik-asyik potong line dia? Atau dia tak nak aku risau?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 09, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I'm Not HerWhere stories live. Discover now