[EPISODE 04]

10 2 0
                                    

Aku yang sedang berada di dalam bilik ku sambil melipat baju-baju aku dan suami ku itu, terdengar bunyi pintu masuk di buka dan di tutup semula.

'Cool, Hyo! Be cool! Jangan takut! Jangan nervous! Kau kena tunjuk kat dia keras kepala kau. Siapa suruh dia keluar dengan perempuan tu? Benci aku... ' bisik hati ku.

Tak lama kemudian, aku mendengar pintu bilik di buka lalu di tutup semula.

"Dah balik?" Sapa ku.

"Kalau aku belum balik, takde nya aku kat sini." Balas nya.

Aku menahan geram. Nak aku layan dia macam isteri lain layan suami. Tapi, bila aku sapa dia macam tu, dia balas aku- ARGHHHH!!!

"Siapa mamat tadi? Kesian je aku tengok dia kena marah dengan naga. Tapi, nasib baik belum kena makan oleh naga tu." Perli nya.

"... Ex-boyfriend kawan saya." Balas ku ringkas.

"Asal kau nak masuk campur?" Tanya nya lagi lalu membaling jaket nya dan tersangkut tepat di kepala ku.

"Kitorang borak pasal dia. Dia marah saya dengan kawan saya. So, I had to protect her." Jelas ku lalu mengalihkan jaket nya dari kepala ku.

"Tch!... Asal kawan kau tunjuk aku?" Tanya nya lagi.

'Asal kau banyak soal ni? ' desis ku di dalam hati.

"Dia kata yang awak sesuai jadi pelakon kalau novel saya dilakonkan. Well, dia tak tau apa-apa tentang saya dan awak. Sebab tu, dia cakap macam tu." Jelas ku lagi.

"Bila kau balik? Asal kau balik? Sakit?" Tanya nya lagi lalu merebahkan badannya di atas katil.

"Tadi... Boss bagi cuti dua minggu sebab novel saya dan dia dapat tau yang saya buat kerja Hansung." Jelas ku lagi.

"Bila kau nak perkenalkan aku kepada kawan-kawan kau?" Tanya Yoongi lagi.

"Awak ni banyak tanya ni kenapa? Kenapa nak care pasal saya tiba-tiba ni?... Mimpi lagi?" Geram ku sambil memandang nya dengan sisi mata.

"Perempuan... Care salah, tak care salah... Aku tak mimpi. Aku sedar." Balas Yoongi.

"Sedar tak sedar jawapan sama je." Omel ku sendirian.

"Kau pulak asal moody sangat? Jealous tengok aku dengan ex-girlfriend aku? Aku deng-" Kata-katanya aku potong.

"No, no, no, no, no... Saya tak perlu kan penjelasan awak. Sebab saya tau saya pun bukan sesiapa bagi awak. Dan awak pun masih sayang kan dia. Saya tak jealous. Kita pun pernah bincang kan pasal ni? Duduk satu rumah, baring sama katil, tapi ikut haluan masing-masing. Jadi, jangan risau. Saya tak akan pernah terluka hati kalau apa-apa je tentang perempuan tu." Ucap ku lalu keluar dari bilik tersebut.

"Yeah, right..." balas Yoongi lalu menutupkan mata nya.

Aku menyandarkan badan ku pada dinding di sebelah pintu bilik tersebut. Aku berpeluk tubuh dan lama kelamaan tangan ku memegang dada ku yang sakit itu. Dan aku mulai memikirkan sesuatu yang tak pernah aku fikir.

'Kenapa... Aku rasa sakit hati ni... ' bisik hati ku.

"Gila lah kau ni, Hyo..." kata ku pada diri sendiri sambil menggelengkan kepala ku.

Aku berjalan menuju ke dapur dan bertujuan untuk masak tengah hari. Dia nak makan ke tak nak makan ke. Aku tak kesah sebab dia tak akan mati kebulur. Sebab apa? Sebab dia kan ada ex-girlfriend dia.

Pada tika aku sedang membahagikan bahagian-bahagian ayam untuk menjadi kecil, aku dapat merasakan bahawa diri ku seperti sedang dalam kemarahan.

I'm Not HerWhere stories live. Discover now