[EPISODE 03]

11 2 2
                                        

Aku melangkahkan kaki aku setapak ke hadapan menuju ke pintu masuk. Aku memulas tombol pintu terlebih dahulu. Kunci? Dia keluar ke? Aku pun mengeluarkan kunci dari beg aku dan membuka pintu rumah.

Seperti biasa aku akan masuk lalu menutup dan mengunci pintu rumah semula.

"Nampaknya betul-betul keluar lah dia ni..." bisik ku pada diri sendiri.

Aku menuju ke bilik tidur dan meletakkan barang-barang tadi di atas meja belajar ku. Ini lah kenapa aku tak suka cuti, tak tau apa nak buat.

Nak masak untuk lunch, takut nanti masak terlalu banyak and takde orang nak makan selain aku. Nak message dengan suami nanti tak berbalas.

Garu kepala tak korang kalau ada suami macam ni?...

"Nak buat apa ni?... Kalau aku masak pun, bukannya dia nak jamah sikit. Fikir aku letak racun ke apa?" Omel ku sendirian.

"Kerja lagi bagus lah... Kenapa aku kena cuti?"

Aku pun mengambil keputusan untuk menelefoni EunAe untuk berjumpa dengannya daripada aku bercakap sendiri nanti lama-lama jadi gila. Baik aku lepak.

Aku set location dan keluar semula dari rumah untuk lepak dengan dia.

"Hello, sunshine~" ucap EunAe yang telah pun order minuman di café tersebut.

"Awal kau datang?" Tanya ku lalu mengambil tempat duduk dihadapan EunAe.

"Of course!~ Eh, by the way, kau tak kerja ke?" Tanya EunAe kembali.

"Boss bagi aku cuti 2minggu sebab novel yang pasal suami dingin tu jadi trending and hot kat pasaran. Plus, dia dah tau kalau aku buat kerja Hansung." Jelas ku.

"Bagus lah kalau macam tu. Takde nya kau kena buli lagi oleh dia." Geram EunAe.

Aku tergelak kecil mendengarkan kegeraman EunAe.

"Eh, order lah. Tunggu apa lagi?" Arah EunAe.

"Wai-"

Baru sahaja aku ingin memanggil pengambil order, aku ternampak sebuah pasangan yang amat ku kenali sedang duduk berdekatan dengan kaunter yang berada berdekatan dengan aku.

Yoongi dan ex-girlfriend dia. Yoongi turut melihat ku tapi dengan laju aku menyorok muka ku semula.

"Kau dah kenapa?" Tanya EunAe kepelikkan.

"Kau tolong panggil, aku sakit tekak lah..." arah ku.

"Aik? Okay je suara kau?" Hairan EunAe.

"Panggil je lah." Arah ku.

"Alaa... Malu-malu kucing pulak dengan waiter... Kau fikir takde waiter perempuan ke? Waiter!" Panggil nya.

"Nanti kau tolong cakap cappucino ice." Arah ku lagi.

"Ye? Order apa?" Tegur waiter perempuan tersebut.

"Cappucino ice satu." Kata EunAe.

"Itu saje?" Tanya waiter tersebut lagi.

"Ye, tu saje." Balas EunAe.

Waiter tersebut kembali ke counter untuk menyediakan air untuk ku.

Aku dah agak dah. Kalau tak lepak dengan kawan dia mesti dia pergi jumpa dengan ex-girlfriend dia. Orang lain jumpa dengan ex-girlfriend pun tak nak. Dia pulak jumpa ex-girlfriend macam girlfriend sendiri.

"Eh, Hyo, lelaki tu sesuai tau dijadikan sebagai pelakon sebagai suami dingin novel kau tu." Kata EunAe sambil menunjuk-nunjuk lelaki tersebut.

Aku memusingkan kepala aku sedikit. Ya, dia tunjuk Yoongi. Sebaik sahaja aku memutarkan kepala ku untuk memandang nya, dia memandang aku jugak.

I'm Not HerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang