Chapter 6

2.2K 52 5
                                    

Setelah selesai makan tengahari aku mengajak Iskandar untuk melepak di bilik aku.

Iskandar : Uish besar jugak bilik kau ni.
Ameer : Alah kau,biasa-biasa je la.

Lepas tu mata dia tertancap pada satu frame gambar yang terletak di atas meja study aku.Di dalam gambar tersebut terdapat aku,Mama and Papa yang tengah happy melihat aku memotong kek Birthday.

Iskandar : Ni gambar masa birthday kau eh?bila ni?nampak macam baru lagi gambar ni.
Ameer : Oh tu gambar last year,birthday aku masa form 1.
Iskandar : Birthday kau bulan berapa and berapa hari bulan?
Ameer : Bulan 1,10 hari bulan 1.Dah lepas dah pun.
Iskandar : Oh sorry eh aku tak tau,kalau aku tau mesti aku dah bagi kau hadiah.
Ameer : Aku rasa kalau kau tau that time birthday aku pun kau akan buat tak tau je sebab kau tak suka aku kan time tu ?.
Iskandar : Ala sorry laa.
Ameer : Asyik tanya pasal aku je,birthday kau tu bila pulak ?
Iskandar : 3 hari bulan 6,lambat lagi.
Ameer : Lambat apanya,lagi 2 bulan je kot,kau nak apa sebagai hadiah nanti ?bagitau je nanti aku bagi as long as benda tu tak mahal.
Iskandar :Hahaha kau bagi je apa pun aku terima janji hadiah tu kau yang bagi.Ha'ah lupa nak tanya kau takde sibling ke?kau anak tunggal eh?ye la aku tengok takde pun frame gambar kau melainkan gambar dengan Mama,Papa kau je.
Ameer : Ha'ah aku anak tunggal,sebab tu kau nampak aku macam manja sikit dengan Mama,Papa aku tadi.Kau pulak macam mana?
Iskandar : Oh aku ada Kakak dengan Adik,Kakak aku umur 17,adik aku pulak baru darjah 1.
Ameer : Kakak kau umur 17?asal aku tak pernah nampak pun Cikgu Noraini datang ke sekolah dengan Kakak kau?
Iskandar : Kakak aku sekolah lain,dia Sekolah Asrama.
Ameer : Oh macam tu,ha ni lupa nak tanya kau masa form 1 dulu kau Sekolah mana?asal kau pindah datang Sekolah aku?
Iskandar : Aku SKTM dulu.Masa form 1 dulu aku Sekolah petang so obviously aku kena pergi Sekolah pukul 12 tengahari so takde sapa nak hantar ambik aku sebab Mama,Papa aku waktu tu tengah ada kat tempat kerja,kadang tu pun salah sorang pada mereka kena tinggalkan kerja and balik rumah sebab nak hantar aku pergi Sekolah.
Ameer : Oh okay now aku faham kenapa kadang tu time Cikgu Noraini mengajar dia terpaksa balik and tinggalkan kelas.Eh ni kau tak nak mandi ke?takkan still nak pakai baju Sekolah ni,dah bau busuk kot dengan berpeluh lagi.
Iskandar : Aku mana bawak baju spare doh.
Ameer : Ala takpe kau pakai je baju aku dulu,nanti kau pulang balik la.
Iskandar : Really ?
Ameer : Ha'ah ye,jap aku carikan baju untuk kau.

Aku pun buka lah almari baju aku and carikan baju yang sesuai untuk Iskandar.

Ameer : Ha nah,aku rasa baju ni muat dengan kau lagi pun aku rasa size kita sama je.Kau pergi lah mandi dulu,tuala aku dah letak dekat bilik air.
Iskandar : Orite thank you ,aku pergi mandi dulu eh?

Sambil menunggu Iskandar selesai mandi aku pun mengambil telefon aku yang berada di atas meja study and aku buka application Whatsapp.Then aku ternampak ada banyak mesej yang dihantar oleh Iskandar pagi tadi and now aku baru faham kenapa Mama memerli Iskandar sebentar tadi.

"Haih lama nya dia ni mandi,dah dekat setengah jam dah,dia ni main sabun ke apa ?"

5 minit lepas tu dia pun keluar dari bilik air dengan hanya bertuala dalam keadaan basah.Aku seperti leka seketika memandang pandangan yang indah di depan mata aku.

Iskandar : Hei!kau asal aku pandang aku macam tu ?tergugat iman eh tengok aku pakai macam ni ?
Ameer : Eh taklah manada.
Iskandar : Kau suka.....

Belum sempat Iskandar menghabiskan ayatnya ada satu panggilan masuk di telefon aku dari Cikgu Noraini.Syukur Ya allah,kalau Cikgu Noraini tak call aku tak tau apa aku nak jawab dengan Iskandar kenapa aku tengok dia macam tu tadi.

Cikgu Noraini : Hello Ameer,boleh hantar location rumah dekat Cikgu?Cikgu nak pergi ambik Is ni.
Ameer : Oh jap eh Cikgu.

Aku pun membuka aplikasi Whatsapp dan menghantar location rumah aku kepada Cikgu Noraini.

Ameer : Dah pergi siap cepat,Mama kau datang nak ambik kau.
Iskandar : Uish cepatnya,aku baru ingat nak duduk lama kat rumah kau.

Cikgu Noraini pun datang ke perkarangan rumah aku dan dia turun dari kereta serta memberi salam di hadapan pagar.Lantas aku,Is dan Mama keluar.

Mama : Waalaikummusalam.
Cikgu Noraini : Maaflah Puan,Is ni ha dia nak datang rumah Ameer katanya boring teman saya dekat Sekolah,Is tak menyusahkan ke?dia ada buat perangai tak?
Mama : Takdelah Cikgu,Is okay je kat sini.
Cikgu Noraini : Eh Is pakai baju sape ni ?
Iskandar : Is pakai baju Ameer,tadi Is mandi so dia bagi pinjam baju dia.
Cikgu Noraini : Ameer nanti cikgu balik basuh baju tu lepas tu Cikgu pulangkan balik eh baju tu dekat kamu ?
Ameer : Eh tak payah lah cikgu,Is kau simpan je baju tu anggap tu hadiah aku bagi dekat kau sebagai tanda persahabatan kita.

Mama dan Cikgu tersenyum saja melihat apa yang diperkatakan oleh aku.

Cikgu Noraini : Ha dah jom jom,Mama ada kerja nak buat dekat rumah ni.Saya balik dulu ye Puan.
Mama : Ye hati-hati drive Cikgu.

Sempat jugalah Mama aku kenal dengan Cikgu Noraini dalam masa 10 minit macam tu and aku perasan lately ni sejak Is pindah dekat Sekolah aku Cikgu Noraini dah tak macam dulu,dia lebih baik daripada dulu,kalau tak hari-hari kena tengok muka dia yang macam cekodok basi tu,sikit-sikit ada je yang tak kena lepas tu suka melenting tak tentu pasal dekat student-student dia.

Keesokkan harinya Iskandar datang melepak dekat rumah aku lagi,boleh dikatakan dalam seminggu 2,3 kali jugak lah Iskandar akan datang lepak dekat rumah aku lepas habis tamat waktu persekolahan.

Di dalam bilik Ameer :

Iskandar : Ha Meer nak tanya something boleh tak,semalam aku nak tanya kau tapi tak sempat aku nak tanya Mama aku kacau pergi call kau.

"Aduh dia ni ingat lagi ke pasal hal semalam tu?ingat kan dah lupa.Budak ni makan apa ha semua benda dia ingat."

Ameer : Ha apa ?jangan tanya soalan pelik-pelik.
Iskandar : Kau suka Pikachu ke ?
Ameer : Hah ?(muka blur)
Iskandar : Yelah,tengok lah bilik kau ni cadar cartoon Pikachu,tuala pun Pikachu and yang paling obvious sekali tu ha anak patung besar Pikachu atas katil kau tu.
Ameer : Hehehe sorry lah aku memang minat Pikachu dari kecik lagi.
Iskandar : Aku rasa kan aku tak nak panggil kau Ameer lah,sebab semua orang panggil kau Ameer,kita ni kan dah official jadi bff so aku nak bagi nama special dekat kau and aku sorang boleh panggil kau nama tu,boleh ?
Ameer : Nama apa?kau ni kan mengada betul lah.
Iskandar : Aku nak panggil kau"Pikachu"

Aku diam seketika sebaik sahaja Iskandar beritahu yang dia nak panggil aku dengan panggilan"Pikachu".Ye ada orang pernah panggil aku dengan nama tu sebelum ni and aku rindukan orang tu.

Iskandar : Ameer?hello?Ameer?dengar tak ni?
Ameer : Eh ha dengar-dengar.
Iskandar : Kau okay tak aku panggil kau nama tu?
Ameer : Aku okay je as long as kau panggil nama tu bila ada kita berdua je,depan kawan-kawan lain dengan parents kita jangan panggil.Kalau kau panggil nama tu aku gigit kepala kau.
Iskandar : Eh aku lagi suka kalau kau gigit kepala aku,nak gigit tempat lain pun boleh hahaha.
Ameer : Dah la kau,aku malas layan.

Hari berlalu dengan pantas,tak sangka aku dah berkawan dengan Iskandar dah hampir 2 bulan and hari ni adalah birthday dia.

Ameer : Nah(sambil menghulurkan kotak yang berisi hadiah)
Iskandar : Apa ni?
Ameer : Hadiah birthday kau la,hari ni kan birthday kau.Ha bukak lah cepat.
Iskandar : Baju ?sama dengan kau ?

And dia perasan baju yang aku bagi dia tu sama dengan baju yang aku tengah pakai sekarang.

Ameer : Ye sama dengan aku,aku tak tau nak bagi apa so aku bagi baju je lah.
Iskandar : Thanks My Pikachu.Love youu !!
Ameer : Bodoh jangan la sebut kuat-kuat nanti kawan-kawan lain dengar !


Thanks For Reading😉

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now