۞ « ᪥ » ۞𝙱𝚒𝚕𝚒𝚔 𝙰𝚞𝚛𝚘𝚛𝚊
Matahari mula menunjukkan diri. Sedang aku leka termenung di birai katil,pintu bilikku diketuk.
"Aurora,ini sarapan kau." Vedetta datang sambil menatang dulang yang berisi susu dan pancake.
Aku tersenyum nipis. Kenapa mereka layan aku seolah-olah aku juga keluarga ini? Aku bukan sesiapa untuk dilayan begitu eksklusif.
"Grazie Vedetta. Kenapa,...kau hantar sampai ke dalam bilik Vedetta? Bukannya aku tak boleh turun ke ruang makan istana."
Vedetta menggeleng sambil tersenyum. "Ini arahan dari Principe. Aku hanya mengikut perintah."
Dia mula menyusun makanan di atas meja bersebelahan katil aku. Kemudian melabuhkan punggung di birai katil.
"Selepas makan,Principe suruh aku bawa kau berjalan-jalan di sekitar istana. Jadi bolehlah kau bersiap selepas ini." Dia memegang tangan kiri aku yang berada di atas riba.
Aku mengangguk. Lalu mengambil susu dan menghirupnya perlahan.
Vedetta mula bangun dan menuju ke pintu seraya berpaling seketika. "Aku akan datang semula selepas 30 verbale." Kemudian terus berlalu pergi.
Pantas aku menghabiskan makanan. Lalu terus menuju ke tandas.
☾︎ ♫︎ ☽︎
Selepas beberapa ketika. Vedetta datang kemudian kami terus keluar.Melalui lorong yang cantik. Penuh dengan dengan lilin yang bergantungan di tingkap. Everything was gold.
Kami berjalan sehingga tiba di bahagian belakang il palazzo. Terdapat pelbagai jenis bunga memenuhi bahagian tembok yang begitu tinggi sekali.
Pokok-pokok yang hampir menyerupai pokok Krismas menjadi laluan.
Kami duduk di bench. Tenang. I love this moment.
"Kenapa aku tak pernah nampak Imperatrice Gabrielle di istana? Dia terlalu sibuk?"
"Ohh,Imperatrice Gabrielle memang jarang berada di sini. Dia selalu ke Florence.Melawat kakaknya yang berada di sana. Istana Vecchio."
Logiknya begitulah kan. Seorang yang mempunyai darah diraja mesti berkahwin dengan orang yang sama taraf keturunan dengannya juga.
Secara tak langsung memonopoli dan mentadbir negeri tersebut. Kuasa mereka akan semakin meluas dan memudahkan mereka dalam menguruskan negara.
Tak hairanlah Quirinal Palazzo,di antara sistem diraja yang paling berkuasa di Italy.
"Dah lewat. Mari. Kita balik ke bilik semula."
☾︎ ♫︎ ☽︎
𝙿𝚛𝚒𝚗𝚌𝚒𝚙𝚎 𝙳𝚘𝚖𝚒𝚗𝚒𝚌𝚘 𝚁𝚘𝚘𝚖
"Jadi apa yang kau dapat? Spill. Aku nak tau semua. Walaupun kau rasa perkara itu remeh."
"Imperatrice Fernanda rupanya memang mempunyai seorang anak perempuan. Aurora Madonna. Tidak diketahui identitinya sebab tidak seperti anak diraja yang lain,dia tidak dihebohkan di press conference."
Alfonso mengambil nafas seketika."Di sebabkan pada masa tersebut,Imperatrice Fernanda di buru oleh Emanuele Victor dan Emanuele juga ingin membunuh sesiapa yang berkaitan dengan Imperatrice Fernanda,jadi dia bertindak menyorokkan anaknya di Bolognina."
"Aurora kemudian di besarkan dengan seorang lelaki iaitu Jeofre. Di amanahkan menjaga Aurora sehingga dia berumur 21 tahun."
"Segala pembelajaran yang perlu di ketahui sebagai seorang Principessa,telah di ajar dari kecil oleh Jeofre. Emm, Jeofre dan isterinya merupakan bekas insegnante di istananya. Jadi,...Tiada masalah untuk mengajar."
"Aspettare! Kau cakap Emanuele Victor memburu Imperatrice Fernanda?" Dominico melurut perlahan jambangnya.
"Ya. Aku pun tak pasti sebabnya. Aku dah buat research,tapi malang. Perkara ini di simpan rapi oleh Emanuele Victor sendiri."
"Weirdo. Pasti ada benda penting yang di rahsiakan dari orang ramai. Jika Imperatrice Fernanda ingin merampas kuasa Emanuele Victor,...Aku tak rasa perkara tu logik."
"Proceed." Alfonso mengangguk.
"Kemasukan Aurora ke Universiti Bologna bukan merupakan satu kesilapan. Setiap yang berkaitan dengan dengan royal,akan dimasukkan di universiti tu. Tapi,dia diberitahu bahawa markahnya yang terbaik. Fullmark bagi semua kertas."
"Dia memang seorang yang bijak. Tak dinafikan."
"Imperatrice Fernanda kini melenyapkan diri. Tiada siapa yang tahu di mana dia berada."
"Undang-undang Palazzo Farnesa,seorang perempuan boleh menyambung takhta Emanuele jika tidak mempunyai anak lelaki."
"Jadi sekarang Emanuele Lorenzo masih memegang takhta di Farnesa sedangkan dia sedang tenat."
Alfonso mengelap peluh yang mengalir di tepi dahi. Tangannya laju mencapai gelas.
"Setakat ini,itu sahaja Principe. Jika ada apa-apa maklumat,saya akan sampaikan."
"Grazie. Partire."
Laju Alfonso meninggalkan bilik setelah menundukkan kepalanya.
'Aku kena siasat. Kenapa Emanuele Victor memburu Imperatrice Fernanda. Dan yang paling pelik ingin membunuh sesiapa yang berkaitan dengannya.'
'Keberadaan Aurora di sini juga perlu di rahsiakan dari pengetahuan orang lain. Lebih-lebih lagi Emanuele dan Imperatrice.'
💫💫💫💫
I walk away to save my myself
💫💫💫💫
♡♡♡♡
Wuhoo! Hit the star for me guys. Comment lah... Jangan jadi silent readers k. Adios amigos!
YOU ARE READING
𝕀𝕄ℙ𝔼ℝ𝕀𝔸𝕃
FantasyAurora : " Domini,you are a out of nowhere. I will never bow to you." Xander : " No one ever mess to my order. You're the one. Sorprendente!" " Once you walk in,you will never turn back,hun. " °°~°° Even though I try to forget about you,even I v...