Kring...kring...kring!
.
.
Loceng berbunyi menandakan waktu pulang telah pun tiba . Ketika ini , pelajar 5Perniagaan sedang belajar di makmal sains . " Wey Dhia , nak balik dahni . Bangunla . Sampai bila nak melakar peta dunia atas meja ni " kejut Sarah sambil mengoncang bahu Dhia . " haa apa ? Nk Pulang dah ? Aku rasa baru kejap aku tidur." Balas Dhia setelah bangun dari tidur yang lena lalu terus menyimpan buku2nya dalam beg . Mereka ni berada di meja baris ketiga , jadi kalau tidur pun , cikgu takkan perasan kot . " ok pelajar , Setakat ini saja sesi pembelajaran kita pada harini . Balik nanti , mohon siapkan kerja rumah mukasurat 45 , 46 dan 47 " arah cikgu Zaidi .Setelah selesai membaca doa , mereka pun keluar makmal dan terus menuju kearah tempat parking motosikal . " weh , kau balik terus ke pasni ? " tanya Sarah . "Ha'ah , ye kot . Nape ?" Balas Dhia . " ah , takdela . Aku ngan Jiha balik lewat kit harini . Kau taknak solat dulu ke "tanya Sarah . " haa bolehla . Alang2 tu aku nak buat hw terus . Malas la aku buat kat rmah " balas Dhia lalu mereka bertiga pun menuju ke surau sekolah .
" Weh , cuba dengar tu . Merdunya dia azan ! . Jom gi intai sat " ajak si Jiha . Tanpa berlengah masa , mereka pun terus mengintai empunya suara di sebalik langsir pemisah tempat solat lelaki dan perempuan . " Eh korang , tu bukan Faiq ke ? Bapak ah suara dia . Merdu siot !" Kata Sarah sambil menepuk2 bahu Dhia . " err haish korang ni ,jom la solat . Tak elok lengahkan solat " balas Dhia .
Setelah selesai membuat hw yang cikgu kasi , merekapun bergegas menuju ke tempat parking motor untuk pulang kerumah . " balik nanti , aku nak makan , pastu nk tengok cerita doraemon ! . Wuish tashabarnya saia ! " omel Dhia dalam hati semasa dalam perjalanan pulang ke rumah . Setelah sampai di perkarangan rumah , Dhia terus memasuki biliknya dan terus menukar baju sekolah kepada tshirt biasa berlengan pendek . Setelah selesai menjamu selera , Dhia terus menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen .
Tok !! Tok !! tok !!
" assalamualaikum adik , mama ngan papa dah balik ni " kata mama sebelum melangkah memasuki rumah agam tersebut . " waalaikumussalam " blas Dhia lalu terus menuju kearah papa dan mamanya untuk bersalaman . Dhia mempunyai 2 adik beradik sahaja . Kakaknya sekarangni tengah sambung belajar di Universiti yang terkemuka di Malaysia . Jadi , tinggal Dhia , papa ngan mama jela kat rumah ni .
Dhia berehat sebentar setelah berpenat lelah mengulang kaji pelajaran . Yela , Spm kan , takkan nak bersenang lenang macam selalu lagi kan ?😂 . Dhia mengerling jam di dinding . " perh dah kul 1 lagi . Lama gak eh aku study " omel Dhia dalam hati . Sebelum tidur , Dhia sempat membalas chat2 daripada kawan2nya . Just friends , not boyfriend yer . Setelah selesai mengemas apa yang patut , Dhia memanjat katil dan terus tidur dengan lenanya .
BERSAMBUNG ....
YOU ARE READING
Hate Or Love 🚫
RomancePergaduhan yang seringkali terjadi telah menyebabkan timbulnya rasa cinta dalam diri Dhia terhadap musuhnya itu . Adakah cintanya itu bertepuk sebelah tangan atau sebaliknya ?? Nak tahu lebih lanjut , mohon baca dulu guys . Jangan lupa vote...