Laila

292 1 0
                                    

Kedengaran riuh-rendah suara anak-anak kecil keriangan sambil berlari-lari di taman permainan. Kanak-kanak sebaya yang lengkap memakai uniform sekolah tadika. Wajah-wajahnya sungguh comel walaupon ada yang kelihatan comot sedikit akibat lelehan hingus.

Zaman tadika merupakan satu alam yang paling digemari kerana tidak perlu memerah otak untuk memikirkan masalah.

Jika zaman tadika merupakan zaman yang paling disukai namun tidak bagi aku, Laila. Zaman tadika bukanlah satu kenangan yang paling aku sukai malahan bertambah benci dan menyakitkan.

Aku sendirian tanpa sesiapa disisi.. Aku sendirian tanpa kawan.. Aku sendirian bagaikan Hidup Segan, Mati tak Mahu.

Aku sering disisihkan oleh rakan-rakan tadikaku. Aku sendiri masih tercari-cari sebab dan punca aku disisihkan. Mana mungkin disebabkan tubuhku yang kerdil? Mana mungkin disebabkan aku kuat mengadu? Mana mungkin disebabkan aku gembeng? Sehingga kini segalanya masih lagi menjadi 1001 rahsia yang sukar untuk dirungkaikan.

Sedari kecil sering saja aku dituduh kerana mereka membenciku. Apakah salahku sehinggakan diperlakukan sebegitu?

- Pencuri-

Pagi-pagi lagi aku sudah bersemangat untuk pergi ke sekolah. Harapanku biarlah mereka menjadi baik bersama aku walaupon atas alasan kepentingan mereka.

Usai beratur terus sahaja aku berlalu masuk ke dalam kelas Bakti. Ya.. Itulah nama kelasku.

Tempat dudukku agak terperosok di tepi tingkap.. Mana mungkin mempunyai jiran. Hari ini akan adanya kelas seni jadi aku sungguh bersemangat untuk berada di dalam kelas.. Tidak seperti kebiasaannya di mana aku selalu menghabiskan masaku di dewan makan.

Sebaik sahaja guruku, Teacher Shamsiah masuk dan memberi salam terus sahaja kami melabuhkan punggung di atas bangku untuk memulakan sesi pembelajaran. Dengan hati yang riang aku mengeluarkan perkakasan penting untuk seni seperti pensil, pemadam dan colour warna.

Usai mendengar sedikit penerangan dari guruku terusan sahaja guruku berlalu keluar sebantar untuk menguruskan hal penting. Aku dikelilingi oleh rakan-rakan sekelasku iaitu Farah, Mash, Nurina dan lain-lain. Mereka membelek-belek kotak colour pensilku dan kemudiannya Farah mengambil dan berkata "Inikan Nurina punya. Kau curi eh?". Laila memandang orang sekeliling dengan pandangan sayu dan menafikan "Bukanlah.. Tu aku punya.. Mak aku baru belikan semalam". Kini kotak colour pensilku sudah bertukar tangan kepada Mash.

Baru sahaja aku ingin bangun untuk mengambil semula kepunyaanku pantas sahaja aku dipegang kemas oleh rakan-rakan yang lain. Mana mungkin aku bisa meloloskan diri kerana ukuran saiz badanku tidak terlawan dengan saiz badan mereka.

"Kau nie memang pencurikan. Ini colour aku.. Semalam colour aku hilang.. Rupanya kau yang curi" Nurina mula bersuara. Aku mulai cemas dan ingin menangis. "Betul bukan.. Tu aku punya.. Mak aku belikan semalam" aku cuba meyakinkan mereka namun apa daya.. Kata-kataku bagaikan tiupan angin yang berlalu. Tiada sesiapa yang membelaku dan mempercayaiku.

Kemudian terus sahaja mereka menukar colour baruku dengan colour lama kepunyaan Nurina. Mereka tersenyum gembira kerana rancangan mereka berjaya. Aku hanya mampu berdiam diri dan menerima segala yang berlaku. Mana mungkin aku melawan kerana takut akan terkena lebih teruk lagi. Tidak berapa lama kemudian, guru kami memasuki semula ke dalam kelas dan segalanya terus berjalan seperti biasa.

- Taman Permainan -

Setiap kali selepas waktu makan pasti kami akan menghabiskan masa di taman permainan yang telah disediakan oleh pihak tadika.

Aku berlari-lari menuju ke taman permainan dan bermain di bahagian gelongsor. Sedang aku bermain, aku berhenti sebentar dan mula kebosonan. Yelah.. Gelongsor bahagianku langsung tiada teman namun gelongsor satu lagi dan bahagian buaian penuh dengan rakan-rakanku.

Perlahan-lahan aku menghampiri Mash dan Farah yang sedang leka bermain buaian. Aku memberanikan diri untuk menyuarakan hasrat hatiku. "Mash.. Farah... Aku nak main buai juga boleh?" soalku takut-takut.

Mash dan Farah saling berpandangan dan kemudiannya terus tersenyum sinis. "Boleh.. Tapi dengan satu syarat" Kata Farah sambil mengesat hingusnya yang ingin meleleh. "Apa dia?" soalku penih teruja. "Kau boleh naik buai kalau kau boleh naik tanpa orang angkat" terang si Mash sambil tersenyum meleret.

Khai mengangguk dan terus mendapatkan buaian tersebut namun langkahnya dihalang oleh Mash kerana memberi ruang pada Farah untuk meninggikan buaian tersebut. Laila memandang mereka silih berganti meminta penjelasan namun terus sahaja mereka meninggalkan Laila sendirian terkontang-kanting untuk menaiki buaian.

Loceng telahpon berbunyi menandakan telah tamat waktu rehat dan sesi pembelajaran akan disambung semula. Laila yang masih berusaha untuk menaiki buaian terus memaling ke belakang untuk memhentikan niatnya.

Usai berpaling hatinya bertambah pilu apabila dia ditinggalkan bersama seorang lagi lelaki yang tidak sempat keluar ketika dia masih ralit berusaha. Laila mengenggam kemas baju Arip agar dirinya tidak bersendirian di dalam taman itu. "Jangalah tinggalkan aku. Aku pon nak keluar juga" rayuku sambil menangis. Arip memandang sayu.

"Arip.. Kau nak keluar ke tak?" soal Farah penuh sinis. Arip menganggukkan kepalanya berkali-kali. Kemudian Farah menyambung lagi kata-katanya "Kalau kau nak keluar.. Kau kena panjat pagar nie.. Biarkan Laila kat dalam tu". Laila semakin menangis dengan kuat. Tanpa berfikir panjang terus sahaja Arip memanjat pagar taman permainan tersebut dan berjaya keluar dari kurungan tersebut. Laila memandang lirih pada Arip dan berkata "Sampai hati tinggalkan aku".

Kemudian kesemuanya terus meninggalkan Laila sendirian di dalam taman. Laila bersengongoi di gelongsor. Hatinya sungguh sakit. Selama setahun lebih dia bersekolah di situ.. Selama itu juga dia sering dibuli oleh rakan-rakannya itu terumata sekali Farah dan Marsh.

Tidak berapa lama kemudian.. Tukang pembantu tadika, Mak Ita datang dan terkejut dengan adanya Laila di gelongsor sambil menangis. Sambil membuka kunci pagar sambil Mak Ita membebel. Bukan rakan-rakannya yang dimarahi tetapi dirinya pula yang dimarahi. Usai keluar, terus sahaja Laila berlalu masuk ke dalam kelas.

Patutlah tiada siapa yang menyedari kehilangannya.. Rupanya guru-guru yang mengajar tiada di dalam kelas kerana terpaksa menghadiri mesyuarat.

#Apakan daya untuk seorang gadis genit melawan rakan yang lain

#Apakah salah bagi Laila untuk bebas berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa ada yang menentukannya

#Apakah Laila salah kerana memiliki saiz tubuh yang lebih kecil dari rakan lainnya?

101 KisahWhere stories live. Discover now