{ Guy }
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
" Ini kelas kau, ingat jangan merayap kemana-mana bahaya "
Vien mendongak membaca nama kelasnya. Pandangannya jatuh melihat persekitaran dalam kelas tersebut. Luas.
Kakinya melangkah masuk tak henti matanya meliar seperti baru keluar melihat dunia realiti. Dahinya berkerut sedikit apabila tiada seorang pun yang berada di situ.
Anak matanya dapat tangkap satu figura yang berada di kedudukan paling belakang sedang tidur sambil menggalas tangan. Vien jalan menghampiri dan mengambil tempat di sebelah nya.
Jari telunjuknya dikeluarkan mencucuk-cucuk bahu figura di sebelahnya untuk kejutkan ia tapi perbuatannya hanya sia-sia.
" Bangunlah inikan sekolah bukan tempat untuk tidur woi...Ish mana budak yang lain ek pahal tak sampai lagi ? " rungut Vien seorang.
" Siapa yang cipta sekolah ni asal diorang tak buat waktu siang bukan malam tak tahu ke waktu malam untuk orang beradu "
" Bising lah "
Membulat mata Vien melihat lelaki sebelahnya bangun lalu menatap tajam seperti mahu makannya. Vien perlahan menaikkan tangannya lalu mengeluarkan jari telunjuk dan jari hantu sign peace.
Apabila tiada respon lelaki tersebut dia kembali menjatuhkan tangannya kembali dan menunduk meminta maaf.
" Kau manusia baru ? "
Vien pada mulanya kelihatan agak bingung perlahan dia mengangguk kepala bersama wajah keliru. Kenapa 'manusia' tu macam seram bunyinya.
" Kenapa kau masuk sini, tak takut ke ? " Katanya senada.
Vien mengetap bibirnya tak tahu nak buat apa kemudian menggeleng kepala was-was. Badannya rasa kurang selesa apabila berasa aura yang tidak menyenangkan.
" Sebab ni sekolah jugak, so buat apa nak takut...kan " Vien mengangkat kening untuk mengurangkan ketidakselesaan nya.
Lelaki tersebut mengalihkan pandangannya sambil tersenyum senget lalu menghembuskan nafas panjang. Dia bangkit dari duduk berura-ura ingin pergi.
YOU ARE READING
[H] Dance With The Devil | PJM
Fantasy#: TRUST NO ONE :# ☞ . Pertukaran pelajar sekolah biasa ke sekolah yang luar biasa. Tanpa disedarinya, ada sahaja gangguan yang mengganggunya dalam melakukan hal harian. Dalam diam dia merungkapkan misteri sekolahnya. Status 》 Hiatus Start 》 End 》...