{ Pool }
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
"Jauh mengelamun" gadis itu hanya mengukirkan senyuman hambar kepada lelaki di sebelahnya.
"Kau okay ke tak ni, Ben ?" Tanya Eden simpati.
Vivian mengerutkan dahi mendengar nama panggilan yang terkeluar dari mulut lelaki itu. Ben abah dia lah.
"Vien, bukan Ben. By the way Eden...kau datang kan Prom Night semalam ?"
Dia menukar posisi menghadap satu-satunya lelaki yang ingin berkawan dengannya dengan riak wajah tertanya-tanya.
Eden yang duduk bersandar memandang Vivian bingung dengan kelakuannya. Ada sesuatu yang tak kena ke ?
"Yeah, aku ada kat event tu. Kenapa tanya ?" Eden menyisip kopi instant yang dibelinya tadi.
"Kenapa kau tak pandang aku masa aku jerit nama kau, sampai hati kau palau aku"
"Aku tak dengar pun orang panggil nama aku, kau salah orang kot " katanya sambil mengipas lidahnya akibat minum kopi yang panas tanpa meniup terlebih dahulu.
Vivian menghelakan nafas panjang, bibir mencebik gedik apabila lelaki itu langsung tak mengendahkan keberadaannya di event semalam.
Matanya kembali terbeliak seakan teringat sesuatu, dengan gelabah dia menggoncang lengan kekar lelaki itu. Habis tumpah kopinya manakala Eden mempamerkan wajah pasrah.
Tak senang aku nak minum nyah
"Mesti kau nampak aku menari dengan lelaki yang pakai topeng semalam kan ?" Mata dikedip beberapa kali menunggu jawapan keluar dari mulut rakannya.
"Ramai sangat orang jadi aku tak tahu kau yang mana satu" serta merta kepala lelaki itu dijadikan sasaran tamparan berbisa Vivian.
YOU ARE READING
[H] Dance With The Devil | PJM
Fantasía#: TRUST NO ONE :# ☞ . Pertukaran pelajar sekolah biasa ke sekolah yang luar biasa. Tanpa disedarinya, ada sahaja gangguan yang mengganggunya dalam melakukan hal harian. Dalam diam dia merungkapkan misteri sekolahnya. Status 》 Hiatus Start 》 End 》...