Ι tujuh Ι

24 7 0
                                    

{ New Sunrise Is Coming }

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

{ New Sunrise Is Coming }

•°•°•°•°•°•°•°•


Eden yang galak mengacau tepung untuk memasak takoyaki diperhati oleh Vivian di tepinya. Gadis itu hanya berdiam diri sejak dari kelasnya.




" Argh penat betul, lenguh tangan aku di buatnya " keluh Eden.






Dia menoleh sisinya, tampak Vivian sedang termenung jauh lalu ditolak bahunya perlahan mengembalikan dirinya ke badan asal.




Pelik Eden dibuatnya apabila mendapati bahawa rakannya itu kini banyak menyendiri dan termenung sahaja.




" Kau okay tak ? Kenapa dua hari ini kau banyak termenung...kau ada masalah ? Share lah dengan aku, mana tahu aku boleh tolong "




Vivian hanya menggeleng kepala bersyarat bahawa dia okay, walaupun Eden tahu kebenaran tentang keadaan gadis itu dia hanya berdiam diri.



Tangan kecil gadis itu laju mencapai senduk lalu mengambil alih tugas Eden sementara lelaki itu memanaskan takoyaki pan.



" Eden...patut ke aku bagitahu Hans tentang benda ini ? "





Pertanyaan Vivian menghentikan pergerakan Eden, dia menoleh ke arah gadis tersebut dengan wajah keliru. Baru saja dia ingin bertanya Vivian memotong percakapannya.





" Aku tahu yang kau dah tahu benda ni, tapi kau pretend like nothing happen. So tell me...should I ? "





Eden mengeluh keras, nampaknya dia tidak perlu berpura-pura lagi.





" Pergilah jumpa dia, sementara dia masih ada di taman ros sana. Beritahu dia semuanya tentang kejadian itu, jangan tinggal satu detik pun "




Vivian mengangguk laju lalu berlari keluar meninggal Eden berseorangan. Dia ingin jumpa lelaki itu dan memberitahunya tentang kejadian yang hampir meragut nyawanya kelmarin.





Iris mata Vivian liar mencari susuk tubuh Hans sehingga dia tidak menyedari bahawa dirinya sudah tiba di sebuah tasik sepi.





Vivian duduk di atas rumput apabila kakinya mula lenguh akibat berlari dari kelas sampailah tasik semata-mata ingin berjumpa dengan Hans.




" Vivian ? "





Pantas kepalanya mendongak memandang wajah lelaki yang menyebut namanya. Bibir diketap perlahan, tatkala hatinya mula tidak senang.






" Apa kau buat kat sini ? Kau tunggu aku ke "






Dia datang menghampiri Vivian yang mula bangkit dari duduknya. Senyuman kecil mula terbentuk pada wajahnya apabila melihat reaksi gadis itu.




" Kenapa kau takut...aku kan ada dengan kau. Oh, ya aku minta maaf tentang hal yang aku tolak kau masa itu. Aku tak tahu kenapa aku buat macam tu dekat kau "



Mika menunduk mengetap bibirnya sesaat lalu mendongak semula menatap Vivian yang kaku di hadapannya.



" Macam mana kau tahu aku kat sini ? "





" Aku cuma jalan sekitar sini, tak tahu pula kau ada thats why aku datang sini. Lagipun kan malam, bahaya untuk perempuan macam kau ni ada kat tempat macam ni sorang-sorang "




Vivian menatap wajah Mika dengan tatapan curiga. Pelik semacam perangai lelaki itu hari ini, tidak pernah dia berkelakuan begini setiap kali terserempak dengannya.



" A-aku tunggu Hans, kau nampak dia ? "




Serta merta air muka Mika berubah apabila mendengarkan nama yang tidak asing lagi. Muak sudah telinganya mendengarkan.



" Tak "



" O-oh kalau macam tu...aku pergi— "



" BOLEH TAK JANGAN SEBUT NAMA DIA LAGI ! Jangan cari dia lagi, apa guna aku kat depan kau kalau Hans juga yang kau fikirkan ?! "



Teriakan Mika berjaya menghentikan gerakan gadis itu. Vivian menoleh semula ke arah Mika, dia terkejut dengan kata-kata yang dilemparkan tadi.




Mika mengambil nafas dalam lalu memandang tepat mata Vivian. Dia tahu bahawa gadis itu amat terkejut dalam masa yang sama takut pada dirinya.




" Kau k-kenapa ni Mika ? Aku ada buat salah ke sampai kau marah sekali macam ni "




Walaupun badannya gementar sedikit, dia tetap gagahkan diri untuk berhadapan dengan lelaki tersebut. Namun, jelas di dalam hati dia rasa ingin kabur dari tempat tersebut secepat mungkin.




Mika menghampiri Vivian lalu menggenggam bahunya serta merenung dalam mata hazel gadis itu. Dapat dilihatnya getaran hebat anak matanya.





" Aku suka kau, Vivian...kenapa kau tak nak bagi aku satu peluang pun untuk rapat dengan kau... "





" Banyak kali aku nafikan perasaan ni...tapi tak berjaya. Aku cemburu bila kau dengan Hans, kau selalu sebut tentang dia...even aku ada dengan kau, still kau fikirkan dia lagi "





" Kenapa ? Kenapa mesti Hans...apa kurangnya aku dekat mata kau, Vien ? "





Vivian cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri dari Mika tapi tidak berjaya bahkan lelaki itu semakin mencengkam bahunya dengan lebih kuat.





" S-sakit...lepaslah ! Kau nak a-apa dari aku sebenarnya ni Mika ?! " Suaranya naik satu oktaf akibat cengkaman lelaki itu yang memeritkan.




" Balas perasaan aku "








•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

Happy reading and enjoy yourself !
Sorry for slow update ;)














You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 07, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[H] Dance With The Devil | PJMWhere stories live. Discover now