| lima |

38 8 0
                                    

{ Dangerous Eyes }

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

{ Dangerous Eyes }



°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°


Tangan ligat bermain permukaan air kolam pancutan di kawasan halaman rumahnya. Fikirannya kembali memutarkan peristiwa kelmarin di mana lelaki yang dilarang berjumpa telah menyelamatkan nyawanya.





Wajah Hans yang samar-samar ketika itu menjadi tanda tanya. Bagaimana rupa sebenarnya ?





Kelopak mata automatik mengecil apabila terkena sinaran matahari yang menyinari paginya. Tangan kanan dinaikkan bagi melindungi matanya dari sinaran.





Vivian mendongakkan kepalanya apabila terasa tangannya dipegang oleh seseorang. Terkebil-kebil matanya dek kerana silau memandang lelaki yang berada dihadapannya.






Lelaki itu tergelak kecil melihat wajah bingung milik Vivian dengan matanya yang kecil.






"Macam mana awak ada kat sini ?" Tanya Vivian.







"Saya datang bila saya rindu, so what ?" Jawabnya.






Dia mengukirkan senyuman lebar apabila gadis itu mengerutkan dahinya lalu menarik pergelangan tangan Vivian dan bawanya pergi.







"Wait, awak ni siapa ?"







Vivian mencuba melepaskan genggaman lelaki itu namun tak berjaya. Perlahan lelaki tersebut memusingkan badannya menatap Vivian.





"Hans Ivander"






Membulat mata Vivian menatap tidak percaya pada lelaki yang mengaku dirinya 'Hans'. Tak mungkin sekacak ini.






"Tak perlu terkejut sangat, awak yang seru saya datang ke sini. Jadi jom saya bawa awak teroka kawasan sini"





Hans kembali menarik pergelangan tangan Vivian agar mengikuti langkahnya. Vivian hanya akur saja tanpa sebarang kata.







Terkena panahan dengan ketampanan milik lelaki disebelahnya sehingga membuatkan mulutnya susah membuka mengeluarkan suara.






Pipinya kian memerah apabila peristiwa di dalam kolam terlintas di kepalanya. First...kissnya sudah dicuri oleh lelaki disebelahnya ini.






Perlahan mulutnya ditutup sebelah tangannya tidak percaya akan realitinya. Hans yang memerhati gelagat gadis itu mula tertanya.




"Muka awak merah"





Automatik senyuman dibibir Vivian mati. Argh dia terlupa tentang kewujudan lelaki ini. Dia mengetap bibir menoleh ke arah Hans yang memerhatinya.




[H] Dance With The Devil | PJMWhere stories live. Discover now