Part 1

26 3 6
                                    

Kereta yang dipandu Noah memasuki satu kawasan yang amat ganjil bagi Aurora. Seingat Aurora ayahnya tidak pernah membawanya ke situ. Aurora memerhati sekeliling dari cermin tingkapnya.

Aurora ternampak ada beberapa rumah yang berlainan warna atapnya tetapi yang menarik perhatian Aurora adalah atap yang bewarna emas. Rumah rumah tersebut berada jauh di belakang satu bangunan yang setinggi lima tingkat dan terdapat banyak pokok yang warnanya hijau. Di sebelah kiri bangunan tersebut ada sebuah padang yang teramat luas. Mungkin dua kali padang bola sepak.

Aurora membuka pintu kereta setelah ayahnya mematikan enjin. "Daddy... where are we?" Tanya Aurora sambil memegang lengan ayahnya.

"Your new school. Its time for you to be independent. We need to get you registered." Kata ayahnya lalu memasuki pejabat. Aurora mengikuti ayahnya sambil menarik beg bagasinya. Dia meletakkan beg bagasinya di satu sudut yang tertulis 'Sila letakkan barang anda di sini.'

Ayah Aurora mengisi satu borang dan menyerahkan kepada orang bertugas. "Oh! Mr. Noah. I never thought I see you again. I believe its best for you to talk with our principal. She has been saying over and over you will come here by this year. By the way. I'm Isabella. It's a pleasure to meet you sir!" Kata Isabella dengan memberikan senyuman. Dia sempat menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.

Noah hanya membalas senyuman Isabella. "Take a seat first sir. I'll call your name later." Kata Isabella lalu dia bergerak untuk masuk ke pintu pengetua.

Noah mengambil tempat duduk di sebelah Aurora yang sedang ralit bermain telefonnya. Kini Aurora sudah berumur 13 tahun. Sudah 10 tahun isterinya meninggal dunia. Noah tidak pernah menceritakan kejadian itu kepada Aurora kerana dia sendiri tidak tahu bagaiman hendak bercerita. Dia hanya beritahu kepada Aurora bahawa ibunya meninggal kerana kemalangan kereta.

"Mr. Noah. Aurora. We are ready for both of you." Kata Isabella di sebalik pintu yang tertulis Encik Iskandar. Pengetua Akademi Yorora.

Aurora dan Noah bangun dari tempat duduk mereka dan masuk ke bilik Encik Iskandar. Aurora hanya mengikuti langkah ayahnya tanpa menanya apa pun.

"Noah! How are you?" Kata Encik Iskandar teruja lalu memeluk Noah. Noah membalas pelukan Encik Iskandar.

"Is! Hahaha... I believe your English has improve after 10 years." Noah mengusik Encik Iskandar setelah meleraikan pelukan mereka. Aurora hanya memerhati mereka lalu duduk setelah ayahnya duduk.

'Does she know about the incident?' Tanya Iskandar kepada Noah dalam hati.

'I believe not. Aku ubah supaya dia tau masa umur dia 15 tahun' Jawab Noah dalam hati. Ya mereka berdua boleh membaca dan berkomunikasi melalui telepati.

Pada sangkaan Noah, Aurora tidak dapat mengetahui apa yang diborakkan oleh mereka berdua tetapi jangkaannya meleset apabila Aurora bersuara.

"Tau daddy... Aurora saja buat tak tahu sebab nanti daddy risau. Benda tu selalu dalam fikiran daddy. And... that time when you tried to erase my memories... I accidentally block it. I don't know how... you just set me to sleep but not erasing my memories." Kata Aurora sambil menyelak rambutnya yang ikal ke belakang.

Noah memandang Aurora dengan muka yang terkejut. Dia tidak tahu hendak cakap apa selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Aurora. Encik Iskandar hanya memandang dua beranak tersebut bergilir-gilir.

"Your daughter can speak Malay very fluent." Kata Iskandar cuba memecahkan kesunyian.

"Encik Iskandar... saya sekolah rendah jugak maybe for 3 years... lepastu... saya macam buat masalah sikit. Bak kata netizen... saya ni pembawa malang. Asyik ada je yang berlaku. Ribut lah, banjir lah... tanah runtuh... rumah terbakar dan sebagainya... dan saya kena caci kena maki... after that saya bagitahu daddy nak home learning je..." Terang Aurora.

AuroraWhere stories live. Discover now