Part 1.3

15 2 0
                                    

Aurora menunduk sambil memgang lutunya. Dia tidak dapat mengikuti kelajuan ahli rumah Diander. Whiff sudah berlari setempat di sebelah Mora. "Mora... sikit je lagi... tu depan tu je rumah kita..." Whiff memberi kata semangat. Whiff berlari setempat.

Aurora menyanggul rambutnya lalu menghebuskan nafasnya sebelum dia lari. Belum sempat dia melangkah rambutnya sudah terurai. Ada satu benda laju lalu di sebelahnya. Aurora mengikat kembali rambutnya kepada sanggul.

"That's Flaris. Keterra with super speed. Dia memang pantang orang sanggul rambut. Ada je dia nak kacau. Cepat sampai rumah kalau tak dia akan kacau lagi. Saya pergi dulu. Jumpa kat sana." Whiff sambung berlari.

Aurora memandang sekeliling sebelum dia berlari. Takut kena sakat dengan Flaris lagi. Setelah yakin tiada kelibat Faris, Aurora berlari menuju ke rumahnya. Tanpa dia sedari Flaris sudah tergelak jahat. Flaris hendak mengenakan Aurora lagi.

Flaris menggunakan kuasanya untuk berlari laju di hadapan Aurora. Aurora yang tidak tahu bahawa Flaris akan lari di hadapannya jatuh tergolek. "Are you mad?" Marah Mora kepada Flaris. Flaris gelak sambil baring puas hati kerana dapat mengenakan orang.

Aurora cuba bangun tetapi dia duduk kembali. Dia mengaduh kesakitan sambil memegang pergelangan kakinya. Dia melipat seluarnya hingga ke paras lutut kerana dia terasa pedih. Darah mengalir dari lututnya. Flaris memandang Aurora yang melipat seluar. Mukanya berubah apabila melihat darah mengalir dari lutut Mora. "Weyh sorry."

"Sakit kau tau tak. Ni jalan tar... Bukannya padang." Marah Aurora. Flaris menggendong Mora.

"Turunkkan aku lah!" Aurora menjerit sambil menumbuk numbuk dada Flaris.

"Kau nak balik dengan kaki terseliuh tu ke? Boleh je... tapi dia punya berdenyut lepas Dew rawat kau sakit tau tak. Aku pernah kena aku tau lah. Sekarang kau diam aku nak bawak kau balik rumah. Kau ni kecik sangat. Macam mana boleh jadi Kexia." Bebel Flaris lalu menggunakan super speed nya pulang ke rumah.

Apabila sampai di rumah, Flaris membaringkan Aurora di atas sofa lalu mencari Dew. Dia kelam kabut. Risau. "Dew. Tolong. Mora." Rayu Flaris apabila dia berjumpa dengan Dew.

"Awak buat apa kali ni?" Dew mengeluh lalu pergi ke ruang tamu.

Dew memerhati keadaan Aurora sambil memajamkan matanya. Lalu memegang tangan Mora. "Awak terseliuh ni... tahan sikit tau."

Dew memejamkan matanya. Keluar satu cahaya putih dari tapak tangan Dew. Dew meletakkan lama di lutut Mora kemudian ke pergelangan kaki Mora. Mora menjerit ketika cahaya itu terkena pergelangan kakinya. Selang berapa minit, cahaya tersebut lenyap dan Dew membuka matanya.

"Okay dah... nasib keluar petang. Hutang Flaris kena bayar jugak by petang ni. Teman dia tau. Dia memang nakal." Kata Dew sambil mengusap ubun Aurora. Aurora mengeluh lalu dia mengangguk. Dia tidak boleh katakan tidak kepada Dew.

Dew memandang Flaris dengan pandangan tajam lalu naik menuju ke biliknya. Aurora duduk memandang api di hadapannya. Flaris duduk di sebelahnya tanpa berkata apa-apa. Aurora juga hanya memandang depan tidak mahu borak dengan Flaris.

"Berapa lama dah dorang macam tu?" Tanya Lutum kepada Aeross dan Whiff yang sedang membuat kerja rumah mereka.

"10 minit." Jawab Aeross dan Whiff serentak.

'Mora. Pergi mandi. Nanti nak outing. I treat you ice cream.' Pujuk Lutum dari dalam hatinya.

Aurora pandang ke belakang lalu mengeluh. Dia bangun dari tempat duduknya. "Promise?" Mora bertanya kepada Lutum apabila dia lalu di hadapan Lutum. Lutum mengangguk. Mora tersenyum lalu masuk ke biliknya.

Flaris mengeluh kemudian dia sambung termenung. Aeross menolak Whiff supaya memujuk Flaris. Whiff mengeluh. Bukannya kakak kembarnya tidak tahu yang Flaris juga suka menyakat Whiff. Lutum memegang bahu Whiff. Whiff memandang Lutum yang menggelengkan kepalanya.

"Flaris! Gi mandi! Kau tu bersiap lama... Kejap lagi kita nak keluar. Korang berdua pun siap." Kata Lutum sambil menuju ke biliknya. Flaris mengikuti arahan Lutum. Dia masuk ke dalam biliknya dan mandi.

AuroraWhere stories live. Discover now