Part 1.4

14 1 4
                                    

"Mora! Tunggu lah aku. Jalan slow sikit. Aku tak boleh guna benda alah tu nak kejar kau. Ni public kot..." Kata Flaris termengah-mengah mengekori Aurora yang berjalan laju darinya. Aurora memekakkan telinganya kemudian dia berhenti tiba-tiba dan memusingkan badannya memandang Flaris.

"Aku tak tau kedai buku kat mana. Aku bukan tau mall sini..." Kata Aurora sambil membuat muka kesian.

Flaris tergelak. "Tulah laju sangat jalan. Hahhahaha... dah jom ikut aku."

Aurora mendengus. "Ni bukan tandanya aku dah maafkan kau. Aku terpaksa tau!"

Flaris hanya tersenyum sinis dan berjalan menuju ke MPH. Aurora mengikuti Flaris dari belakang. Apabila tiba di MPH Aurora terus berjalan laju menuju ke bahagian buku bukan fiksyen, Flaris terkejut melihat kelakuan Aurora kemudian menggelengkan kepalanya. 'Perempuan' Getus hatinya.

Flaris berdiri di sebelah Aurora "Kita cari buku Dew dulu nanti cari buku apa yang kau nak."

"Tak pe... aku dah jumpa buku apa yang aku nak." Kata Aurora sambil mengambil sebuah buku dari rak. Seraya itu, Flaris bergerak ke bahagian novel dan mengambil sebuah novel tanpa teragak-agak. Dia sudah tahu akan kedudukan novel itu kerana dia sudah membeli buku tersebut sebanyak 5 kali dalam bulan yang sama.

"Meh buku tu aku nak bayar." Kata Aurora sambil menghulurkan tangannya.

"Eh. Tak payah la. Aku kena bayar. Buku ni kan denda aku."

"Ah! Takde." Aurora merampas novel dari tangan Flaris dan terus beratur di kaunter. Flaris menggelengkan kepalanya dan terus menunggu Aurora di depan kedai buku.

"Eh? Fawwaz!" Seseorang memanggil Flaris.

Flaris memandang ke arah suara tersebut. Dahinya berkerut apabila ternampak seseorang yang dia sangat kenali. Dia hendak berjalan menuju ke arah lain tetapi dia dikepung dari kiri dan kanan. Dia tidak boleh menggunakan kuasanya di hadapan orang ramai kerana itu melanggar peraturan selagi dia belum mencecah umur 16 tahun. Flaris mengeluh. Selama 2 tahun dia tinggal di Diander dia tidak sangka akan bertemu dengan pembulinya dari sekolah rendah. Hakim.

"Kau nak ke mana Fawwaz. Kau pergi mana lepas dah bunuh family kau? Pelik pulak aku kau tak kena tangkap polis. Lepas pulak kau kan?" Hakim ketawa besar. Tiga kawannya yang lain turut ketawa.

Flaris sudah menggengam tangannya marah dengan tuduhan itu. Beanie yang dipakai Flaris sudah mengeluarkan wapnya. Dia sudah melupakan kejadian itu. Mereka yang berada di hadapan mata Flaris adalah punca keluarga Flaris mati. Bukannya salah dia seorang. Genggaman Flaris sudah mula menyala dengan api. Tunggu masa sahaja api itu akan marak.

Aurora yang baru sahaja keluar dari MPH ternampak kejadian itu terus sahaja menelefon Lutum dan memaklumkan kejadian tersebut. Setelah memutuskan talian Aurora mengenggam tangan Flaris supaya api itu tidak menyala. Flaris tahu yang mengenggam tangannya adalah Aurora kerana tangannya yang kecil.

"Eh siapa ni? Awek kau ke Fawwaz? Tak sangka pembunuh pun ada dapat awek." Kata Hakim lagi.

"Entah- entah awek ni pun ikut sekali tak bunuh family dia." Sahut rakan Hakim yang berada di belakang.

"Fawwaz! Kau okay tak? Dorang buat apa kat kau?" Kata Lutum yang baru tiba dari belakang lalu memeluk Flaris. Flaris pelik dengan perangai Lutum. Lutum tidak pernah memeluk dirinya. Flaris cuba melepaskan dirinya. Lutum melepaskan pelukannya.

"Kau buat apa kat dia?" Tanya Lutum sambil memegang kolar baju Hakim.

Aurora dan Flaris memandang sesame sendiri dan menjungkitkan bahunya. Mereka tidak tahu apa yang dirancang oleh Lutum.

Hakim hanya tersenyum sinis. "Oh! Ada backup. Korang tunggu apa lagi. Pergi lah belasah Fawwaz." Hakim memandang kebelakang dan melihat hanya tinggal dia seorang.

'Tak guna punya anak buah.' Getus hati Hakim. Dia perlahan-perlahan memandang ke depan tanpa bertentangan mata dengan Lutum. Tidak berani.

"Tak... dia yang cari pasal dulu." Kata Hakim ketakutan. Lutum sudah melepaskan genggamannya dari kolar baju Hakim.

"Aku dah jaga dia dua tahun. Aku kenal baik buruk dia. Aku tahu cerita dia. Jadi kau tak payah tipu aku." Lutum tersenyum sinis. Dia menampar perlahan pipi Hakim berkali-kali. Walaupun nampak perlahan Hakim terasa seperti pipinya ditumbuk. Hakim menggosok pipinya yang kepedihan.

"Jangan munculkan diri kau depan aku lagi. Kalau tak kau tau akibatnya kan?" Tanya Lutum sambil tersenyum. Hakim mengangguk faham dan berlari dari tempat tersebut.

Lutum memandang kebelakang dan mengenyitkan matanya kepada Aurora. "So... how's my acting?"

"Acting apa bendanya... awak guna kuasa awak." Kata Dew selamba sambil menolak bahu Lutum.

"Shh... kenapa bagitau... baru nak berlagak depan Mora." Kata Lutum sambil menggaru belakang kepalanya.

"Kalau ye pun lepaskan lah tangan aku ni... berapa lama kau nak genggam weyh?" Kata Flaris. Aurora yang baru sedar dia tidak melepaskan genggamannya segera melepaskan. Dia terus berjalan ke hadapan tanpa menoleh kebelakang kerana malu. Aeross dan Whiff mengikuti Aurora. Aurora berhenti dan membantu Whiff mengangkat barang basah yang dibeli. Flaris hanya tersenyum dan mengikuti mereka bertiga.

Dew memandang Lutum yang tersenyum sendirian. "Hey. Suka sangat kenapa? Berputik cinta baru ke apa?"

"Aik? Jealous ke apa? Aurora adik je lah. Dia manja. Anak tunggal kan... jangan lah jelaous. You know my heart is only for you kan?" Kata Lutum sambil mencuit hidung Dew.

"Dah tu senyum apa?"

"Flaris. I see a spark in his heart. Dan... kita kena prepare diri kita untuk benda lagi besar. Tau kan sebab apa Alice mati?" Tanya Lutum.

"Tau. Zenur. Eh jom lah tunggu bas. Karang budak-budak tu gaduh lagi. Bukannya boleh tinggal saja." Kata Dew sambil menunggu bas bersama ahli rumah Diander. Lutum berjalan laju sebelah Dew mengikuti langkahnya.

AuroraWhere stories live. Discover now