Part 1.5

11 1 2
                                    

Di dalam kepekatan malam terlihat satu unggun api besar yang dinyalakan di padang perkarangan Akademi Yorora. Lebih kurang 500 orang duduk di dalam bulatan yang berasingan. Ahli rumah Diander terpisah kerana mereka terpaksa diagihkan mengikut kuasa elemental mereka sendiri.

Aurora duduk di kalangan Kexia yang hanya 6 orang termasuk dirinya. Ye Kexia adalah golongan Zanoid yang sangat sangat susah untuk dijumpai. Sekiranya mereka adalah Kexia, mereka adalah antara yang terpilih untuk menyelamatkan Zanoid dan Madia. Madia adalah gelaran yang diberi oleh Zanoid kepada rakyat biasa.

"Oi budak baru!" Seorang lelaki bersuara. Di riba lelaki tersebut duduk seorang gadis yang sedang tersenyum sinis memandang Aurora. Aurora memandang tepat ke mata lelaki tersebut. Dia tidak takut apa pun. Walaupun dia tahu dia masih tidak pandai mengawal kuasanya, dia sudah bersedia untuk menghadapi apa pun.

"Nama kau apa?" Tanya lelaki tersebut.

"Mora." Jawab Aurora ringkas.

"Tak. Nama betul kau." Lelaki tersebut bertanya lagi tidak puas hati dengan jawpan yang diberi Aurora.

"Mora." Aurora masih memberi jawapan sama.

"Kau cabar aku."

"Tak cabar. Saya bagitau nama saya yang betul. Nama saya memang Mora. Ini adalah waktu Zanoid. Waktu Zanoid, guna nama Zanoid bukan nama sebenar." Jawab Aurora tenang. Dia mencuba membaca fikiran lelaki di hapannya dengan memandang tepat ke mata.

"Jadi... Avalan. The leader of Kexia. Did I give you proper answer?" Kata Aurora lagi tenang.

"Telephaty." Serentak orang yang berada di keliling Aurora bersuara.

"Good one, Mora." Avalan berkata sambil menepuk tangannya. Gadis di ribanya sudah duduk di sebelahnya. Muka gadis itu berubah apabila Avalan dia kena duduk di sebelah Avalan bukannya di riba Avalan. Gadis itu terus bangun dan meninggalkan Avalan yang masih memberi penerangan.

"So... nanti Isnin petang... you will meet from your left, Diabolos, Gritt, Arte, Ventis, me and my girlfriend, Aquara. If you don't mind, I have something to do" Terang Avalan lalu dia bangun dan mengejar Aquara untuk memujuknya.

Aurora memerhati setiap orang yang diperkenalkan oleh Avalan supaya dia senang untuk mengingati mereka. Diablos yang duduk di disebelah kirinya adalah seorang lelaki yang berbadan agak sasa dan kulitnya putih pucat. Matanya agak bundar dan hidungnya mancung. Bibirnya juga merah tanda dia tidak merokok.

"Dah lah Mora. No need to remember our face. Siang nanti tengok lagi." Kata Diablos.

Gritt yang berada di sebelah Diablos mengangguk setuju. "Kau dengan Ventis je perempuan dalam Kexia."

"Aquara tu Yeanorra tapi gedik nak duduk dengan Avalan. Kami semua tak suka dia ada pun." Bisik Diablos. Meremang bulu roma Aurora apabila Diablos sangat rapat dengan mukanya. Dia ternampak Diablos mengenyitkan matanya sambil tersenyum manis.

Ventis yang memerhati dari tadi berdehem bagi menghentikan perbuatan Diablos. Ventis perasan yang Aurora tidak selesa. "Mula dah perangai dia."

Diablos tergelak besar apabila perbuatannya dibocorkan oleh Ventis. Aurora hanya terdiam kerana terkejut dengan perbuatan Diablos.

"Kami semua dah 2 tahun kat sini. So boleh la ajar awak sikit sebanyak." Sambung Ventis. Dia sudah duduk di hadpapan Aurora dan memegang tangan Aurora bagi menenangkan Aurora yang masih kekok.

"Mora duduk rumah mana?" Kata Diablos.

"Diander."

"Oh! sebelah rumah kitaorang je lah... Boleh balik sama sama nanti kan?" Tanya Diablos teruja. Ventis sudah mengeluh dan memandang Arte dan Gritt tanda meminta pertolongan.

AuroraWhere stories live. Discover now