Bab 5

46 11 0
                                    

"Abang ,kenapa ajak dia sekali. Adik malu tahu tak ! Dahla adik sorang je perempuan " aku berbisik perlahan ke telinga abang.

"Haish, bukan selalu abang nak jumpa dia " abang membalas ringkas.

"Bosan aku , asyik tertunduk je. Mahu tak lenguh tengkuk aku nih" rungutku di dalam hati. Aku jaga pandangan okay walaupun hukumnya harus.

"Abang , adik pergi tengok t-shirt dekat kedai sebelah jap . Abang duduklah sembang dulu " aku mencari ruang bersiar-siar sendirian.

"Pergilah , tapi jangan jauh sangat " pesan abang sebelum kembali berbual dengan Amirul.

"Okay, turut perintah tuanku " aku tersengih . Abang membalas sengihanku dengan senyuman .

Hihi, boleh lari dari Amirul. Aku lari sebab kes malu dengan Amirul tadi. Mana tak malu aku lari tiba-tiba hampir terjatuh ,lepastu abang pula tambah cerita aku merajuk lah apa lah ...eyy !

"Lalala..." aku bernyanyi sendiri sambil menjamu mata melihat t-shirt seragam sekolah .

"Yang mana eh , size M ke L ? " aku menggumam sendirian.

"Ada apa-apa yang boleh bantu ? " seorang pelayan perempuan menghampiriku. Eyy, aku tak suka kalau tengah pilih barang tiba-tiba ada pelayan...rasa macam dikongkong. Hihi , kita nakkan ketenangan je.

"Ermm, bagi saya size L satu " aku memutuskan size L , badan aku kurus je...

"Baik. Tunggu sekejap ye " pelayan tadi tersenyum sebelum pergi mencari size baju ku. Sambil-sambil menunggu baju aku pergi bersiar-siar melihat baju jubah . Cantik !
Malangnya mahal sikit...

"Heyy Naura , nice to meet you " sapaan lelaki mengejutkanku.

"Kau kenapa selalu kacau hidup aku ? " aku membalas datar.

"Kau tanya aku? Cubalah tanya diri kau , heh ! " Afiq membalas sinis.

"Kalau kau dendam dengan aku sebab kes kemalangan tu...bukan kau je yang kehilangan orang tersayang tapi aku pun sama nasib " aku membalas geram sebelum menuju ke arah pelayan tadi yang menghampiriku.

" Kau punca , jadi kau kena bertanggungjawab . Aku takkan lepaskan kau Naura ! " Afiq membalas kasar. Dia terus mengikuti aku.

"Cik ni bajunya " pelayan tadi menghulurkan aku plastik baju.

"Terima kasih " aku mengambilnya sebelum membawa ke  fitting room,ruang mencuba pakaian.

"Afiq kau tolong pergi dari sini sekarang ! " aku bercakap kasar .

Dia tersenyum sinis sebelum pergi meninggalkanku. Aku menghembus nafas lega. Sebenarnya aku takut dia apa-apakan aku, gila tak takut...

"Cik , saya ambil baju ni " aku selesai mencuba pakaian.

"Baik" wanita tadi menyambut pakaian untuk dibungkuskan di dalam plastik.

***

"Umi esok Naura dah nak balik asrama. Umi ikut sekali tak hantarkan Naura " aku mengambil tempat di sisi ibu.

"Umi tak ikut rasanya . Badan umi ni selalu sangat lesu , tak berdaya nak pergi jauh-jauh. Maaf ya adik " ibu mengusap kepalaku lembut. Rindu nak bermanja dengan umi macam dulu. Sekarang umi selalu sakit jantung. Kadang okey kadang tak okey.

Sedihkan ?

"Tak apalah ,adik faham umi " aku memeluk tubuh umi. Saja nak  bermanja sikit ,bukan selalu. Ehek!

Love In Trouble [On Going]Where stories live. Discover now