"Allahumma solli salatan kamilatan wasallim salaman...tamman 'ala saidina muhammadinillazi " bibirku bergerak mengikuti pelajar-pelajar lain membaca selawat tafrijiyyah. Selawat ni akan dibaca setiap kali perhimpunan tak rasmi , pelajar perempuan berkumpul dengan perempuan je . Pelajar lelaki perhimpunan di tempat yang berbeza. Erti kata lain asing tempat.
"إنشاء الله , أفضل أخت مردية لتلقي كلماتها"
(Insya Allah , dijemput Kak Mardiah untuk memberikan ucapan )
"بسم الله الرحمن الرحيم. إنشاء الله في هذا اليوم , سأخبرك عن الموضوع الحب. الحب لمن ؟ اولاً , واجب على كل مسلم نحب بالله ..."
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Insya-Allah hari ini , saya akan menyampaikan ucapan atas tajuk ' Cinta'. Cinta ? Cinta kepada siapa ? Yang pertama , wajib ke atas orang muslim untuk kita mencintai Allah... )
Kak Mardiah meneruskan kalam sobahnya selama 5 minit sahaja. Kalam sobah (ucapan pagi) ini diadakan pada hari selain daripada perhimpunan rasmi .
Bagi sesiapa yang menyampaikan kalam sobah perlulah menggunakan bahasa arab dan tidak kurang daripada 5 minit. Selepas daripada menyampaikan ucapan , orang itu mestilah memberitahu maksud kalimat-kalimat baharu untuk memudahkan pelajar- pelajar yang lain memahami maksud-maksud perkataan tersebut. Setiap perkataan tersebut perlulah disalin oleh pelajar-pelajar dan diwajibkan untuk menghafal.
"Okey semua boleh bersurai , BADAR sila tunggu " ujar pengawas yang bertugas.
Aku berjalan menghampiri ahli-ahli yang lain. Senyuman ku ulas sedikit apabila bertentang mata.
"Okey , insya-Allah hari ini ana nak pesan sedikit sahaja. Saya harap semua dapat memberi kerjasama . Seperti yang kita tahu , jawatan BADAR bukan ditubuhkan tanpa sengaja tetapi untuk membantu guru-guru menghidupkan hati- hati pelajar di sini supaya dapat mengenal Allah dan Nabi dengan sempurna, membantu pelajar-pelajar yang masih di dalam proses penghijrahan. Jadi , kita sebagai ketua ataupun pemimpin perlu mentajdidkan niat . Jawatan bukan sebagai jalan untuk mendapat kemuliaan daripada orang lain ataupun inginkan pujian yang kita ni bagus , baik dan sebagainya " Nafisatul 'Aisyah selaku ketua BADAR berjeda seketika sebelum kembali menyambung ucapannya .
"Ana harap antunna dapat menjaga imej sebagai BADAR. Jaga ikhtilat , jaga pandangan dan yang penting jaga adab. Jangan disebabkan kita ada jawatan kita boleh perlekehkan orang, jatuhkan orang. Itu tiada dalam senarai sifat kepimpinan Rasulullah. Ingat semua perlu habiskan taklifat yang ana berikan minggu lepas. Sampai sini sahaja perjumpaan kita. Maaf curi masa antunna sekejap " Kak Aisyah tersenyum manis , tutur katanya lembut bercampur tegas tetapi mudah menusuk kalbu.
"Insya-Allah , kami akan cuba menjaga imej BADAR sebaik mungkin" ujar salah seorang daripada junior ku.
"Alhamdulillah , kita semua boleh bersurai masuk kelas masing-masing" ujar Kak Aisyah. Aku seraya berjalan beriringan bersama Kak Aisyah.
"Kak Aisyah nanti if ada apa-apa , panggil saya tau. Saya okay je lagipun apa guna saya sebagai penolong kak " aku tersengih lebar.
Kak Aisyah tergelak kecil.
"Ya , nanti kak panggil kamu. Sebab nanti kita akan ada mesyuarat dengan pimpinan BADAR putera untuk bincang tentang program baru " aku mengangguk-anggukkan kepala.
YOU ARE READING
Love In Trouble [On Going]
Short StoryKetika ujian datang melanda , hilang semua kekuatan . Jiwanya lemah , terduduk rebah tanpa ucapan. Kisah silamnya bertebaran satu sekolah mahupun aspuri dan aspura. Terbuka aibnya bersama fitnah . Sungguh , dia ingin mati ! Hadirnya ujian ini mend...