Hari Ahad. Hari perhimpunan , hari yang paling pelajar benci dan suka.
Benci sebab kena dengar leteran daripada pengetua. Suka sebab akan skip satu waktu mata pelajaran.Macam-macam pelajar zaman sekarang.
"Tirah, jangan lupa tekan loceng . Dah pukul tujuh dua puluh lima ni. Aku nak pergi setup tempat duduk cikgu jap " pesan Syahidah ringkas .
" Okey " balasnya sepatah.
Kringg...
.
"Naura habis tugas ke belum. Loceng dah bunyi " Nawar melaung melalui daun pintu. Malas nak masuk dorm.
"Nawar pergi dulu, tugas ana dah hampir selesai " Naura kelam kabut menyimpan batang penyapu pada tempat asalnya. Keluar surau dah lewat, kena pula hari ini tugas dorm. Hari Ahad memang selalu padat.
"Okay,ana tunggu anti depan pintu pagar " ujar Nawar sebelum meninggalkan Naura yang kelam-kabut tu.
"Macam-macam la Naura ni. Asyik-asyik lambat" gumam Nawar sendirian sambil tersengih.
"Woi, kau kutuk aku"sergah Naura dari belakang. Kan dah keluar 'kau aku' dengan Si Nawar ni.
"HAHAHAHA" Nawar gelak kuat.
"Nawar cover gelak " Naura memintas laju. Muka serius.
"Sorry,sorry ana terhibur dengan anti punya sergahan" Nawar tersengih.
"Istighfarla , sorry dekat ana buat apa" Naura sengih. Bukan nak bagi Nawar sentap ke apa. Tegur je.
"Hoho, betul-betul" Nawar biasa je. Dah masak dengan Naura yang mulut pedas tu.
"Jom arr pergi perhimpunan,lewat berdiri la tengah-tengah perhimpunan" Naura mematikan perbualan. Orang dah sibuk pergi perhimpunan , dua orang ni masih lenggang-lenggok.
"Haha, ana dah insaf " Nawar tersengih. Sengih je kerja . Kalah kerang busuk dah aku tengok.
Nawar dan Naura jalan beriringan menuju ke tapak perhimpunan. Kelihatan pelajar-pelajar sudah memenuhi ruang perhimpunan.
.
.
"Test...test. Allah...Allah... " pengacara membuat cubaan pada mikrofon."Perhatian kepada semua warga Maahad Islami . Anda diminta untuk berada di tapak perhimpunan dengan segera. Ulang suara, perhatian kepada semua warga Maahad Islami anda diminta untuk berada di tapak perhimpunan dengan segera " suara pengacara majlis bergema di segenap kawasan sekolah.
"Bismillahirrahman nirrahim , Assalamualaikum wbt. Yang berusaha pengetua sekolah..." semua pelajar menumpukan perhatian kepada pengacara majlis. Ada juga yang menguap, tersengguk-sengguk pun ada.
Alahai,tak tidur ke semalam.
Tidak bagi seorang pelajar lelaki. Matanya asyik terarah kepada seorang perempuan iaitu Nauratul.
"Naura kau dah banyak berubah, kau dah cantik dan kau...dah sombong " lelaki itu merenung dengan pandangan tajam.
"Cis , Kejahatan seharusnya dibalas kejahatan !" lelaki itu mendengus.
.
"Dijemput Cikgu Fatihah untuk mengumumkan barisan BADAR bagi tahun 2015 ,cikgu dipersilakan" selaku pengacara majlis menjemput Cikgu Fatihah."Assalamualaikum kepada semua warga Maahad Islami " Cikgu Fatihah memulakan perbicaraan dengan ucapan salam.
" Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh cikgu " jawab pelajar serentak.
"Okay saya harap semua sihat belaka lah ya " cikgu tersenyum mesra.
YOU ARE READING
Love In Trouble [On Going]
Historia CortaKetika ujian datang melanda , hilang semua kekuatan . Jiwanya lemah , terduduk rebah tanpa ucapan. Kisah silamnya bertebaran satu sekolah mahupun aspuri dan aspura. Terbuka aibnya bersama fitnah . Sungguh , dia ingin mati ! Hadirnya ujian ini mend...