Haritu pergi kedai cermin mata. Dah siap check power mata apa semua, duduklah jap. Pastu ada pakcik sorang duduk selang lagi satu kerusi dari aku, tengah try try spek mata yang kanta dia besar.
Ayah ada lah sembang sembang dengan pakcik tu. Pastu pakcik tu kata, time dia dari sekolah dah biasa pakai spek mata yang kanta dia kecik. Jadi macam tak selesa lah pakai sebab macam tiba tiba sangat pakai spek yang lain daripada yang lain. Pakcik tu kata sambil try spek mata dia (tak ingat sangat sebenarnya), "Kita kena explore dulu untuk dapatkan inspire. Sebab benda macam ni ada aesthetic value dia yang tersendiri." (ceh main bantai je) tapi aku ingatlah tiga perkataan yang dia cakap tu.
explore
inspire
aesthetic valueharini bila aku teringat balik cakap pakcik tu, benda ni berkait dalam kehidupan kita yang sebenar.
Kita kena explore dunia luar dan tidak terlalu selesa dalam zon yang kita sedang duduki sekarang. Kita kena keluar dari comfort zone yang kita dah 'terbiasa' itu dan pergi keluar untuk menjalani eksplorasi yang bermakna dalam hidup.
Dari eksplorasi itu, kita akan terinspirasi dalam pelbagai perkara. Terutamanya, aesthetic value. Nilai estetika ini ada dekat mana mana. Tak kisah lah pada diri kita sendiri, alam, makhluk dan apa-apa sahaja. Kerana aesthetic merupakan seni dan kita adalah karya seni teragung ciptaan Ilahi.
Seni juga terlahir dari cara kita berfikir. Semua orang punya gaya berfikir yang tersendiri. Masing-masing punya kreativiti di tahap yang berbeza. Nilai estetika seni tidak semestinya terletak pada lukisan – tetapi juga pada penulisan, reka cipta, dan juga pada percakapan seperti syarahan, pidato, debat dan banyak lagi.
Dan dari seni jugalah kita memberi inspirasi kepada orang lain dan pada masa yang sama, kita juga terinspirasi dengan masterpiece seseorang.
“Aspire to Inspire before you Expire.” kata-kata dari Eugene Bell Jr ini membawa banyak maksud yang tersirat di sebaliknya.
Aspire = Aspirasi = Bercita-cita
Inspire = Inspirasi
Expire = Ekspirasi = TamatMaka, apa yang dapat disimpulkan adalah kita harus bercita-cita tinggi untuk terus menyebarkan inspirasi dan manfaat kepada semua orang sebelum kita mencapai ekspirasi dalam hidup (baca: meninggal dunia)
Sekian, assalamualaikum.