Aku melihat wajah orang di hadapan aku tak percaya. Adakah ini mimpi ataupun realiti. Sesiapa tolong kejutkan aku dari mimpi ngeri ini.
"Kak. Kenapa saya? Tak naklah terlibat dengan benda benda macam ni. Lagipun, apa mak ayah saya akan kata nanti?" Aku mencari alasan. Padahal mak dan ayah tak kesah pun dengan keputusan aku. Asalkan aku tak buat benda yang salah.
"Ala. Bolehlah, Sarah. Sarah je yang single dan sesuai untuk perkara macam ni. Lagipun, tujuan kita bukan untuk carikan awak pasangan. Tujuannya untuk dapatkan gosip panas untuk majalah kita." Alasan Kak Mona tu, sangat tak boleh diterima akal. Aku terdiam.
"Mak dan ayah saya?"
"Itu jangan risau. Syarikat dah tanya mereka dan mereka setuju." Aku tercengang. Boleh pula mak dan ayah setuju? Tak bagitahu aku pula tu.
"Sarah jangan risau. Gaji Sarah akan dinaikkan tau. Bonus, kalau Sarah dapat tawan hati Zafrin tu." Aku melayang memikirkan tentang artis bernama Zafrin itu.
Zafrin Arif. Umur sama macam aku, penyanyi dan pelakon terkenal jugalah. Aku dahlah tak berminat nak bercinta dengan artis. Sebab, pengalaman aku, hampir semua artis yang aku jumpa, fake fake belaka.
Belakang camera lain, depan camera lain. Perangai nauzubillah. Mohon dijauhkan.
"Yelah. Kalau saya terkeluar awal awal jangan marah pula ya." Kak Mona tersenyum dengan keputusan aku. Tiba tiba, dia terus menarik aku ke bilik makeup.
"Eh, apa ni, kak?"
"Pergi bersiap. Kejap lagi diorang nak buat shooting untuk peserta." Kejutan apa lagi ni? Aku baru je belajar untuk menerima keputusan yang aku sendiri setuju.
"Hah, Raz. Siapkan dia. Kejap lagi ada shooting." Kak Raz aku pandang. Dia mengangkat tangan tanda okay. Selepas itu, Kak Mona terus sahaja keluar dari bilik itu.
"Okay, Sarah. Akak nak Sarah ikut je apa yang akak suruh okay?" Aku mengangguk walaupun tak faham apa yang jadi sebenarnya.
Kaca mata bulat aku dibuka dan Kak Raz memakaikan eye lens pada mata aku. Aku tak berani nak membantah sebab Kak Raz ni terkenal dengan perangai dia yang tak suka diganggu masa dia buat kerja.
Rambut aku yang lurus dia jadikan curly supaya lebih cantik. Muka aku pula di makeupkan. Dia jadikan muka aku nampak lebih sharp.
"Done!" Aku pandang hasilnya pada cermin. Not bad. Tapi-
"Kenapa akak pakaikan eye lens coklat ni?" Mata aku yang berwarna biru ni tak cukup cantik ke? Mata aku memang berwarna biru asli okay. Aku tak tahu datang dari mana sebab aku tak kenal sangat salah silah keluarga aku.
"Akak dengar, Zafrin tu nak orang biasa biasa je. Dia tak suka mix, katanya." Eh peliknya. Mata pun nak dipertikaikan ke? Walau apa pun, aku terus ke bilik persalinan di dalam bilik makeup itu.
Aku mencapai gaun putih yang tergantung di belakang pintu. Senangnya kerja aku! Semua company yang sediakan. Terasa macam artis pula!
Aku keluar dari bilik itu. Baju ditilik dan aku terus keluar dari bilik makeup. Kak Mona aku tuju.
"Kak." Dia memandang aku atas bawah. Mukanya macam tak percaya pun ada.
"Cantiknya, Sarah. Dah jom." Dia menarik aku masuk ke kereta. Kereta itu bergerak ke destinasi shooting.
Sampai sahaja di tempat shooting, aku melihat ada 9 lagi perempuan yang sedang menunggu turn untuk shooting. Aku lihat gelagat masing masing. Ada yang sedang termenung. Makeup. Buat ig live pun ada.
"Sarah pergilah berkenalan dengan diorang. Akak nak uruskan sesuatu kejap." Aku mengangguk. Kemudian, aku ambil salah satu kerusi yang kosong.
"Euw! Ni tempat i! You pergilah tempat lain." Seorang wanita yang rambutnya disanggul itu menghalau aku. Aku mendengus dan terus duduk di kerusi lain. Gedik betul.
"Macam lah aku ni seribu batu jauhnya dengan dia. Cakap tak boleh kuat lagi." Aku berkata perlahan.
"Dia memang macam tu." wanita di sebelah aku berkata. Aku memandang dia.
"Ouh, aku Dhia Alana. Kau?"
"Aku Sarah." Kami berjabat tangan. Aku tersenyum semula.
"Kau kenal ke perempuan tadi tu?" Wajah Dhia aku tenung. Cantik betul dia. Ayu je bila bertudung.
"Kenal masa audition. Tak tahulah macam mana dia boleh jadi top 10." Aku tersedak. Ada audition ke?
"Kau okay tak?" Aku mengangguk.
"Kita ada audition ke?" Dhia memandang aku pelik sebelum mengangguk faham. Sekarang, aku yang pelik dengan dia.
"Kita audition online je. Hari tu aku ada tertengok video minah tu. Aku pun search la siapa dia. Ouh, mesti ada orang hantar video kau senyap senyap kan?" Aku terkedu. Aih, nak kena betul agensi aku ni! Kalau aku tolak pun confirm aku tak boleh lari sebab dah terpilih.
"Ye lah kot."
"Shooting time!"
Aku mengeluh. Tak pernah seumur hidup aku, aku rasa penat macam ni. Hampir lima jam kami shooting. Semua sebab minah tak guna tulah. Ouh, nama dia Dahlia Syafika.
Itu tak kena, ini tak kena. 'I nampak gemuk' 'gross'. Menyampah aku.
"Terima kasih." Aku mengucapkan terima kasih kepada semua kru yang penat melayan karenah Dahlia.
"Baiknya kau ni." Dhia turut berterima kasih pada mereka semua.
"Aku kesian tengok diorang. Bagi aku, gambar gambar yang diorang ambil semua perfect. Tapi, tulah. Minah tu semua tak kena." Dhia mengangguk setuju.
"Jom Sarah." Kak Mona memanggil aku.
"Aku balik dululah. Bye, Dhia." Kami melambai tangan. Kemudian, langkah Kak Mona aku kejar.
"Akak. Kita nak pergi mana?" Aku bertanya apabila Kak Mona tidak berjalan ke arah kereta vellfire yang kami naiki tadi.
"Akak nak hantar Sarah pergi kereta boyfriend Sarah." Aku berkerut. Sejak bila pula aku ada boyfriend?
"Bila masa saya-"
"Hye, girlfriend!" Seorang lelaki muncul di hadapan aku. Aku menepuk kepala perlahan.
"Akak! Macam mana dia boleh sampai sini?!" Kak Mona yang tersengeh tu aku pandang geram.
Haih, tuan tuan dan puan puan. Kenalkan, Ahmad Firas. Kawan baik aku sejak sekolah menengah.
"Dia paksa akak bagitahu. Okaylah. Akak pergi dulu tahu." Kak Mona berlalu pergi meninggalkan aku.
"Girlfriend! Sanggup betul girlfriend masuk rancangan ni. Tak sayang boyfriend lah tu." Aku membuat muka jijik.
"Gedik lah kau! Jom lah, pergi makan." Aku terus masuk ke tempat sebelah pemandu.
"Kau ni. Aku gurau je." Dia ketawa. Sejujurnya, aku sebenarnya suka dia. Tapi, dia tak pernah perasan.
"Hah, cuba cerita. Macam mana kau boleh terjebak dengan benda ni?" Aku mengeluh. Kemudian, aku ceritakan semula apa yang jadi pada aku hari ni.
"Poor you, my girlfriend." Aku tak suka betul dia panggil aku macam tu. Terasa macam dapat fake hope you know.
YOU ARE READING
Encik Artis [C]
Romance[Romance X Short story] Turut serta dalam rancangan realiti? Kalau ini program hiburan tak apa juga! Tapi tak! Ni program mencari kekasih. Kenapa aku orang yang di pilih untuk join! Siapa aku? Aku adalah salah seorang pengintip yang bekerja untuk sy...