4

152 16 0
                                    

"Tak ada nak beli apa apa ke?"  Aku menggeleng. Dah banyak kali dia tanya. Pelik betul.

"Tak-"

Buk! Aku memandang budak kecil yang melanggar aku. Comel je dengan rambut yang diikat tocang dua.

"Adik okay?" Macam sesat je budak ni. Aku pandang sekeliling. Mana tahu mak dia ada sekitar sini?

"Okay. Aqish nak mama!" Dia menangis. Aku gelabah. Menangis pula.

"Kalau saya pergi tolong budak ni tak apa kan?" Aku memandang Zafrin. Takut pula kalau mengganggu dia atau production. Aah, kesah apa aku? Budak ni sesat.

"Jom tolong dia." Aku tersenyum. Kemudian, tangan budak perempuan itu aku pegang. Mesti budak ni pelik bila ada kamera ikut kami.

Sedang kami berjalan, seorang wanita bertudung datang ke arah kami.

"Aqish! Sini sayang." Dia memeluk anaknya. Aku tersenyum. Ni yang buat aku nak anak ni.

"Terima kasih, Cik." Dia menggenggam tangan aku dan terus berlalu pergi.

"Masa kita dah habis." Aku mengangguk. Kami masuk semula ke dalam kereta. Aku menyandarkan badan pada kerusi kereta.

"Awak memang suka budak budak?" Aku pandang Zafrin.

"Boleh lah. Kenapa tanya?" Kening sebelah diangkat.

"Saya nampak dari mata awak yang awak ikhlas tolong budak tu." Aku tersenyum.

"Takkan nak biar dia sorang sorang. At least, someone needs to help right." Dia mengangguk dan tersenyum. Aku rasa macam ada sesuatu di sebalik senyuman dia.

Kami tiba di studio. Kemudian, director menyuruh aku masuk ke dalam satu bilik. Hanya ada aku seorang di dalam itu. Tiba tiba, skrin televisyen di hadapan aku hidup dengan sendiri.

Skrin itu memaparkan wajah Dhia. Wait, maknanya ini live la? Maksudnya, sekarang turn Dhia. Popcorn di atas meja aku ambil.

Diorang pun pergi shopping mall? Banyak juga diorang berbual.  Kemudian, Dhia dilanggar seorang budak. Aku terkedu. Itu budak tadi! Tak guna betul! Itu semua lakonan! Bagus juga aku tolong budak tu.

Seperti yang aku expect, Dhia akan tolong budak tu. Good, Dhia. Aku tahu dia baik. Aku mengangguk puas hati.

Kemudian, aku keluarkan telefon. Aku rasa, hanya itu je kot part yang aku perlu tengok. Beberapa puluh minit kemudian, Dhia masuk ke dalam bilik itu.

"Hai, Dhia." Aku menyapa. Dia masih keliru kenapa dia perlu masuk ke dalam bilik ini.

"Just sit, Dhia. Let the screen explain." Dia duduk di sebelah aku. Kemudian, popcorn di atas riba aku diambil dengan selamba.

"Haih, perem-" mulut aku ditutup menggunakan jarinya. Dia menyuruh aku senyap apabila peserta seterusnya muncul di skrin. Aku tak tahulah nama dia. Kesah pula aku.

"Sumpahlah budak tu actor sebenarnya?" Aku mengangguk. Muka Dhia masih tak percaya.

"Tak guna gila perempuan ni. Acah. Dia tolong tapi tak ikhlas langsung." aku lihat skrin. Kesian pada budak tu. Kena tarik macam tu confirm sakit.

"Dengan plastic bag yang dia shopping semua Zafrin yang pegang." Aku menggelengkan kepala. Ni mesti jenis talam dua muka ni.

"Tadi kau ada shopping apa apa tak?" Dia bertanya. Mulutnya setia mengunyah popcorn di tangan.

"Tak ada mood."

"Kau nak tahu something tak?" Kami bergosip. Yelah, dalam ni mana ada kamera.

"Apa dia?"

"Aku tak tahu nak pandang Zafrin atau pandang cameraman. Dua dua hensem." Cameraman hensem? Tak kanlah Firas?

"Yang mana satu?"

"Yang pakai serba biru tu. Topi, baju, seluar. Even kasut pun biru." Firas lah tu. Entah apa kena dengan dia. Pakai serba biru.

"Kau-" kata kata aku dipotong apabila perempuan tadi masuk ke bilik ini. Aku terus berdiam. Mata masing masing melihat skrin dihadapan.

Sekarang, giliran Dahlia. Wah, dia shopping lagi banyak dari perempuan tadi. Sampai cameraman pun kena tolong angkat. Next, scene yang aku tunggu. Budak itu melanggarnya.

Mata aku terbeliak. Dia biar je?! Oh my goat. Dia langsung tak tolong budak tu. Tengok pun tak. Aku menggeleng.

"Dhia. Aku tiba tiba pening kepala. Nanti dah habis kejut tahu." Dia mengangguk. Mesti pening aku datang sebab aku terbau perfume yang maha kuat. Aku tidur secara duduk. Dah terbiasa dah.

"Sarah. Bangun. Masa untuk pengunguman." Aku menggosok perlahan mata aku. Kemudian, mengikut langkah Dhia yang menarik aku ke studio.

"Seperti episod sebelum ini, saya akan berikan Encik Zafrin untuk memberikan pengunguman." Microfone bertukar tangan. Mata aku sedaya upaya ditahan.

"Yang tersingkir untuk episod ini ialah Miss Farah. I'm sorry." Perempuan yang bernama Farah itu menunduk sambil keluar dari studio. Tangannya digenggam kuat.

"Orang yang mendapat tempat pertama minggu ini ialah Miss Dhia. Congratulations." Aku menepuk tangan sambil memeluk Dhia. Aku sangat bernasib baik.

Dhia terus berjalan pergi mengikuti Zafrin.

"Cut!" Aku mengeluh lega. Kemudian, Kak Mona aku tuju.

"Kak. Lepas ni apa?" Sekarang, baru pukul 3. Kepala aku di picit perlahan.

"Sarah okay tak?"

"Pening sikit. Bau minyak wangi lagi kot." Kak Mona menarik aku duduk di kerusi.

"Kak. Firas mana?" Aku pandang sekeliling.

"Dia pergi simpan barang sekejap. Nanti akak suruh dia hantar Sarah balik eh." Aku mengangguk.

"Jom. Akak hantar pergi kereta." aku hanya ikut sahaja. Masuk sahaja dalam kereta, aku terus bersandar pada kerusi.

"Bau perfume?" Aku mengangguk. Aku harap sangat esok, sesiapa pun yang pakai perfume kuat hari ni, tak pakai esok.

"Kau tidur jelah. Dah sampai aku kejut." Aku mengangguk dan terus menutup mata.

"Weh. Bangun. Kita dah sampai." Aku bangun dari tidur. Selepas aku mengunci pintu rumah, dia terus pergi dari situ.

"Segarnya!" sambil mengeringkan rambut, aku ambil phone. Nombor seseorang didail.

"Assalamualaikum, mak."

"Waalaikumsalam. Sarah. Jadi, ada perkembangan?" Aku mendengus.

"Mak. Patutnya tanyalah orang sihat ke tak. Ni tanya pasal benda tu pula!" Muka dimasamkan walaupun aku tahu mak aku tak akan nampak pun.

"Mak tak sabar nak dapat menantu. Cerita jelah."

"Yelah. Setakat ni, dah 2 orang tersingkir. Semalam, orang dapat ranking first. Hari ni, Dhia. Kawan orang." Aku menceritakan secara ringkas dan padat.

"Baguslah tu. Nampaklah juga, masa depan Sarah ni cerah." Cis! Macamlah kalau aku tak dapat Zafrin hidup aku gelap.

"Tapi, mak. Type lelaki yang orang nak bukan artis! Hah, lagi satu, kalau dia tahu orang ni spy dalam syarikat hiburan, tak ke naya je nanti?"

"Pandai pandai lah kelentong dia. Macam tak biasa. Dahlah. Mak letak dulu." Mak terus meletak panggilan. Aduh, mak ni. Suka betul letak panggilan tiba tiba.

Aku duduk di birai katil dan mengeluh. Serabut betul! Sekarang, aku ragu ragu dengan perasaan aku. Sama ada aku masih suka Firas. Atau aku dah mula suka pada Zafrin.

"Tidur je lah!"

Encik Artis [C] Where stories live. Discover now