3

159 17 0
                                    

"Tahniah saya ucapkan pada semua. Berikan tepukan gemuruh untuk diri sendiri." semua orang bertepuk tangan.

"Disebabkan rancangan ini hanya dalam masa 6 hari. Saya ingin mengumumkan siapa yang tersingkir dan siapa yang mendapat tempat pertama. Yang tersingkir ialah-" Drumroll di mainkan.

Semua orang menunduk dengan harapan yang mereka tidak akan tersingkir. Hanya aku yang selamba memandang Zafrin itu.

"I'm sorry. Miss Dalisya. Anda terpaksa tinggalkan kami." Aku memandang orang yang aku pasti itu Dalisya. Tak silap, dia orang yang paling lambat sampai. Dia menghentak hentakkan kakinya. Kemudian, berjalan laju ke pintu keluar.

Semua peserta menarik nafas lega. Sekarang, pengumuman yang seterusnya.

"Peserta yang mendapat tempat pertama untuk episod ini ialah-" Drumroll lagi sekali dibunyikan. Urgh! I hate that sound!

"Miss Sarah! Congratulations!" tepukan gemuruh diberikan. Aku memberikan senyuman palsu. Semua peserta memandang aku dengan jelingan yang boleh membuatkan aku mati. Heh, gurau gurau.

Kecuali Dhia yang memandang aku dengan pandangan proud mom. Dia mengesat air mata palsunya itu. Badannya aku tolak perlahan. Bengong betul. Dah lah tengah rakam.

"Let's go. Miss Sarah." Aku mengekori langkah Zafrin. Aku mendengus perlahan. Tak suka betul bila ada kamera yang merakam.

Kami masuk ke dalam satu kereta. Kemudian, aku membuat muka pelik apabila cameraman tidak masuk sekali.

"Jangan risau. Saya tahu awak tak selesa." aku mengangguk.

"Kita nak pergi mana?" Dia tersenyum melihat muka gelabah aku. Hey, tak lawak okay.

"Somewhere special." Hmm. Special. Awkward betul bila kami hanya berdiam diri. Agak agak apa Firas tengah buat eh?

"Jom buat QnA." Aku mengangguk setuju. Senang lah aku nak dapat maklumat pasal dia. Lagipun, inilah tujuan sebenar aku masuk program ni, kan?

"Umur awak?"

"22." Dia mengangguk. Kami berdiam diri. Tiba tiba, aku tak tahu nak tanya apa.

"You don't have question?" aku berfikir.

"Bila rancangan ni berakhir, apa yang awak nak buat?" Aku memandang wajahnya.

"Kalau boleh, saya nak bertunang dengan dia dan kenal dia dengan lebih rapat." Aku menelan air liur perit. Kenapa aku ada bad feeling pasal ni eh?

"Tuan. Kita dah sampai." Dia menarik tangan aku untuk keluar bersamanya. Kami berada di tasik yang sangat indah. Tiada seorang pun manusia yang berada di situ. Ouh, kecuali kami.

"Tempat apa ni?"

"Tasik persendirian saya dan tempat untuk saya tenangkan diri." Aku mengangguk. Patutlah tak pernah nampak.

"Sarah. Saya tengok, awak tak macam perempuan lain. Yang lain, sibuk kejar saya. Gelabah bila jumpa saya. Awak rileks je." Ceh. Dia nak cakap yang dia ni famous sangat ke?

"Awak kena paksa masuk program ni ke?" Aku terkedu. Aduh, takkanlah aku nak cakap yang aku ni spy in disguise?

"Nak cakap kena paksa tu, tak lah. Mak saya nak sangat menantu. Jadi, dia suruh saya masuk program ni. Tapi, tulah. Apa nak buat? Ikut jelah." Sorry mak. Sarah nak cipta alasan je.

"Ouh. Unique. Awak nak saya tolong awak?" aku pandang dia dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Saya boleh tolong awak keluar dari program ni." Mata aku terbeliak. Kenapa dia ni?

"Eh, jangan salah faham. Saya tak suka paksa orang untuk suka saya. Saya takut awak tak selesa ke apa." Aku mengangguk faham. Hmm. Peluang keemasan ni.

Tapi, aku takut aku kena buang lepas aku keluar program ni. Habislah, aku nak cari kerja dekat mana?

"Tak apalah. Mana tahu jodoh saya memang awak. Semua yang jadi ada hikmahnya." Aku berkata tanpa memandangnya.

Bodoh! Berani betul kau cakap macam tu! Mulut aku ni memang tak guna!

Tanpa aku perasan, Zafrin tersenyum sambil merenung aku yang menunduk.

"Hahahahaha." Aku mendengus. Tak guna betul kawan baik aku ni!

"Clishe nak mati jawapan kau! Bila masa Sarah yang aku kenal ni suka cakap benda benda macam tu hah?" Dia ketawa lagi.

"Tolonglah! Cover sikit ketawa kau tu boleh tak? Malu lah!" Orang sekeliling kitorang dah pandang kitorang semacam. Aku berharap je, tak ada siapa kenal aku. Walaupun rancangan tu akan disiarkan esok, poster rancangan tu dah pun disiarkan.

"Sorry. Sorry." Dia menarik nafas dalam sebelum ketawa sekali lagi. Tetapi kali ini, ketawanya di cover dengan telefon miliknya.

"Kau tak cair ke dengan dia?" Aku terdiam. Ada la sikit aku cair dengan sikap dia yang baik dan peramah.

"Sikit. Tapi, aku masih takutlah. Takut dia fake je." Aku tak suka orang bagi fake hope dekat aku.

"Kau tak payah risau lah. Berdasarkan apa yang aku dengar, dia tu memang baik tahu dengan orang sekeliling. Crew semua suka dia." Aku terdiam. Lupa pula yang dia ni cameraman.

"Kau boleh tolong aku?" Akh mendekatkan badan aku ke arah dia. Takutlah kalau aku dengar.

"Jadi cameraman yang ikut aku."

"Kau gila ke? Macam mana aku nak masuk production tu?" Dia menggeleng geleng.

"Senang je. Nanti aku minta lah Kak Mona cakapkan dekat director. Confirm dapat punya. Macam kau tak kenal dia." Apa yang Kak Mona buat, semua akan jadi. Sebab, ramai yang takut dengan dia. Kak Mona buat apa pun, aku tak tahu.

"Kau serious ke nak aku jadi cameraman kau?" Aku mengangguk.

"Hmm. Bolehlah." Aku menepuk tangan aku. Idea aku memang gila. Tapi, nak buat macam mana? I'm desperate right now.

Hari kedua. Seperti semalam, kami diarahkan untuk berkumpul pada pukul 7.

"Bertemu lagi di rancangan Its you! Nampaknya peserta kita hari ini tinggal 9 sahaja. Di tangan saya ada mission untuk hari ini." aku harap mission tu tak teruk sangat.

Pengacara itu membuka mission lambat lambat. Eh, geram betul aku. Nak je aku pergi sana buka mission tu terus.

"Interesting! Mission hari ini, ialah anda diberi masa 1 jam setiap seorang untuk keluar bersama Zafrin." Mission jenis apa tu? Macam pelik je.

"Disebabkan Miss Sarah dapat tempat pertama pada episod lepas, dia akan menjadi yang pertama untuk keluar bersama Zafrin."

Aku terus berjalan ke kereta yang disediakan. Zafrin sudah pun tunggu di dalam kereta. Firas yang menjadi cameraman aku pun masuk ke dalam kereta itu.

Suasana di dalam kereta hanya sunyi ditemani bunyi cengkerik. Eh, gurau. Aku melihat arah yang dituju kereta ini.

"Shopping mall?" Zafrin mengangguk. Aku tak rasa mision ni hanya untuk luangkan masa dengan Zafrin.

"Kalau nak beli apa apa, bagitahu je." Aku mengangguk. Sebenarnya, mood aku nak shopping memang tak ada sekarang. Sebab, apa yang aku fikir adalah, sekarang ni waktu kerja aku.

Encik Artis [C] Where stories live. Discover now