13

258 19 0
                                    

"Aku terima nikahnya Sarah binti Wan Khairi dengan RM 100 ringgit tunai." Arif berjabat tangan dengan ayah aku.

"Sah."

Aku tersenyum. Bacaan doa dibaca bagi merahmati pernikahan kami. Pernikahan kami hanya didatangi oleh rakan rakan rapat dan keluarga terdekat.

Majlis resepsi petang nanti baru akan dihadiri oleh artis, wartawan dan juga orang ternama.

"Wah. Tak sangka kau kahwin lagi awal dari aku. Tahniah, lah." Aku tersenyum mendengar kata kata Firas.

"Thanks sebab datang. Aku tahu kau tengah busy sebab nak prepare untuk majlis kau."

"Tak ada apalah. Mana boleh aku tak datang." Aku tersenyum. Tiba tiba, Aaira menegur aku.

"Tahniah, Sarah. Aku minta maaf sangat aku tak boleh nak stay lama lagi. Diorang perlukan aku." Mulut aku memuncung. Aaira membuat muka kesian.

"Hmm. Tapi, jangan lupa selalu call aku! Kirim hai aku pada diorang." Aaira membuat simbol okay. Kemudian, lambaian diberikan dan dia menghilang dari pandangan.

"Tahniah, Sarah. Bila dah tukar department jangan lupa akak pula." Aku ketawa.

"Kak, kitakan bawah syarikat yang sama." Aku tergeleng melihat perangai Kak Mona yang gayanya macam aku nak berhenti kerja.

"Nak berdrama sikit pun tak boleh." Aku ketawa.

"Sayang, jom." Arif tiba tiba menarik aku ke arah ibu bapa kami.

"Tahniahlah korang berdua." Mama Arif mengucapkan pada kami. Aku tersenyum.

"Betullah, orang selalu kata. Lari jauh mana pun, kalau dah jodoh tu, akan jumpa juga." Mereka semua ketawa.

"Sarah, jadi isteri yang baik. Taat suami. Kalau ada masalah, bincang baik baik." Aku mengangguk dan tersenyum.

"Arif juga. Jadi suami yang baik. Bimbing isteri ke arah yang lebih baik. Jadi matang dari sebelum ni." Arif juga mengangguk.

"Kamu ni, Sarah. Tak kan nak kerja jadi pengintip lagi, kot? Suami sendiri artis." Aku tergelak mendengar kata kata mak.

"Mak. Orang dah tukar department lah. Jadi, manager pula kali ni."

"Manager siapa pula? Tak jeles ke Arif tu?" Semua orang ketawa.

"Manager Arif lah." Arif memeluk pinggang aku. Ibu bapa kami sudah tersenyum mengusik.

"Cewah. Tak nak berenggang dah. Confirm melekat twenty four, apa orang muda selalu cakap tu?"

"Twenty four seven." Papa Arif menyambung kata kata mamanya. Mereka semua ketawa. Aku sudah tertunduk malu. Dia mengetatkan pelukan di pinggang aku.

"Sayang comel betul bila malu." Apa lagi. Makin merahlah muka aku.

"Awak. Ingat tak yang saya tanya awak kenapa tak ada gosip pasal peserta masa program tu? Awak kata nak bagitahu bila kita dah kahwin."

"Ouh, tu. Saya ada upah hacker untuk block semua gosip pasal saya. Mudah." Aku berkerut.

"Tapi, gosip yang pasal shopping mall tu?" Tak kanlah hacker tu tak hack pula? Sampai Arif stress pula tu.

"Masa tu, hacker tu ada masalah peribadi. Jadi, dia tak boleh nak hack untuk sementara waktu. Wartawan pula, sibuk nak kejar saya. Tu yang stress tu." Aku mengangguk faham.

Tiba tiba, tangan aku digenggam oleh Arif. Matanya masih berada di jalan raya.

"Jom honeymoon. Awak cakap je nak pergi mana." Mata aku sudah bersinar sinar.

"Serious, saya boleh pilih?" Arif mengangguk.

"Nak pergi Korea boleh ke?" Arif mengangguk membuat aku melakukan tindakan drastik. Aku mencium pipinya sekilas.

Aku terkedu dan menunduk apabila tersedar apa yang aku telah lakukan. Arif pula sudah tersengih nakal.

"Sayang. Nak kiss lagi." Kepalanya di dekatkan dengan aku tetapi aku sempat menolak kepala dia kuat.

"Awak kena fokus pandu kereta." Dia ketawa. Haih, suka betul malukan diri sendiri.

"Aaira! Aku dah sampai Korea!" Aku berkata teruja. Sekeliling Incheon Airport aku lihat.

"Serious?! Tunggu sana, aku ambil korang berdua!" Talian terus dimatikan. Aku menggeleng dengan perangai Aaira.

"Awak. Aaira on the way." Arif mengangguk. Tangan aku dia genggam.

"Nanti mesti sayang nak luangkan masa dengan Aaira kan? Habislah, saya dipinggirkan." Aku ketawa.

"Tak adalah sampai saya pinggirkan awak. Kan kita duduk hotel. Dia pun bukannya sentiasa free. Lagi lagi dia manager artis. Lagilah busy."

Lengan Arif aku peluk. Kemudian, dia mengusap kepala aku perlahan dan tersenyum.

"Sarah!" Aaira berlari ke arah aku. Pandangan orang sekeliling dia abaikan.

"Aaira!" Arif tergeleng melihat drama yang di lakonkan oleh aku dan Aaira. Ceh, baru tak jumpa beberapa bulan.

"Dah, jom jom." Aku ketawa mendengar kata kata Arif.

"Arif. Jom pergi syarikat sekejap." Arif mengeluh. Dia masih mengantuk sebab masih awal lagi untuk kami berjalan jalan.

"Mengantuk. Sayang nak buat apa dekat situ?" Matanya masih tertutup.

"Saya nak jumpa Ice." Ice. Group yang di handle oleh Aaira. Mempunyai 4 member in total.

"Kejap lagilah." Aku mengeluh. Kemudian, aku memanjat katil. Selepas itu, aku melompat lompat di atasnya.

"Sayang! Gempa bumi!" Dia memeluk aku erat. Aku sudah ketawa terbahak bahak.

"Baik awak pergi siap sekarang." Dia mengeluh. Tanpa membantah, dia terus masuk ke bilik air untuk bersiap.

Aku dan Arif berjalan ke syarikat sambil menikmati pemandangan Seoul yang indah. Nyaman je udara dekat sini.

"Aaira." Aku menyapa Aaira yang menunggu di pintu hadapan syarikat.

"Jom. Diorang tengah practice tu." Aku mengangguk. Kami berdua mengekori Aaira untuk ke bilik latihan.

Masuk sahaja, aku mendengar bunyi bising. Bukan bunyi lagu. Tetapi, bunyi orang memekak.

"Yah! What are you doing?! You guys need to practice!" Aaira mengamuk tiba tiba membuatkan aku dan Arif terkejut beruk.

Ke empat empat lelaki itu mula terdiam. Mereka berdiri sebaris sambil menunduk.

Kalau dilihat dari muka, bukan semua berasal dari Korea. Mungkin, ada yang dari Jepun?

"What are you guys doing? Malhaejwo." Aaira masih bengang dengan mereka semua.

"Sorry. We were distracted by him." Seorang lelaki dengan rambut berwarna blonde menunjuk ke arah seorang lelaki lagi.

Mereka mula bergaduh kecil dengan bahasa Korea. Aaira memicit kepalanya perlahan. Aku rasa, tak mudah untuk Aaira kawal diorang setiap hari. Aku tabik pada dia.

"Huh, nevermind. I want you to meet my best friend and her husband. This Sarah and he is Arif." Aku tersenyum kecil sambil melambai kecil.

Mereka berempat menunduk serentak. Aku terkedu melihat mereka.

"Annyeonghaseyo, we are Ice." Aku mengangguk dan tersenyum. Arif juga begitu.

"Annyeong."

"Sayang." Aku memandang Arif sambil mengangkat sebelah kening.

"I love you." Aku tersenyum manis. Matanya aku tenung dalam.

"I love you too."

THE END

Encik Artis [C] Where stories live. Discover now